cosmoderm

Cosmoderm merupakan jenama yang menghasilkan produk penjagaan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti. Jenama ini diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia dan disahkan halal untuk pencinta kulit di mana sahaja, Ia menggunakan bahan-bahan aktif yang tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Pokok Teh dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.

Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vitamin E 125ml

Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vitamin E 125ml

RM16.90

Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser adalah pembersih muka berkrim yang membersihkan dengan lembut tetapi mendalam tanpa mengeringkan kulit. Ia berkesan untuk menyingkirkan minyak dan kotoran daripada liang pori serta mengawal kegatalan kulit dan mengurangkan jerawat dengan kandungan minyak Tea Tree. Produk ini memberi kelegaan dan penyelesaian kepada pelbagai masalah kulit muka. Hanya perlu perahkan sedikit pembersih muka ini ke atas telapak tangan yang dibasahi, urut perlahan-lahan ke wajah yang basah dan dibilas air sehingga bersih.

Thursday Plantation Tea Tree Daily Face Cleanser (200ML)

Thursday Plantation Tea Tree Daily Face Cleanser (200ML)

RM26.80

Pembersih muka ini sesuai untuk kegunaan harian dengan membantu membersihkan lebihan minyak muka tanpa mengeringkan kulit. Ia mengandungi campuran pembersih muka yang lembut, minyak Tea Tree dan ekstrak Chamomile yang seimbang. Kandungan minyak Tea Tree boleh membantu mengawal bakteria yang menyebabkan kulit berminyak dan kandungan ekstrak Chamomile boleh menenangkan kulit yang meradang dan merah. Formulanya yang pH seimbang adalah bebas daripada sabun, benzoil peroksida, petrokimia, minyak mineral, paraben sintetik, propilena glikol, lauril sulfat dan bahan-bahan yang berasal dari haiwan.

Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)

Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)

RM23.72

Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum ini diformulasikan daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang terbaik dan antioksidan yang paling berkesan untuk penjanaan sel-sel kulit baru dan pencerahan kulit. Bahan-bahan aktif pencerahannya membantu menganjalkan, memperhalusi tona kulit dan membantu mencerahkan kulit dengan selamat. Kulit akan kelihatan lebih anjal, muda dan cerah selepas penggunaan serum ini. Sapukan krim secara lembut ke seluruh wajah dan urutkan sehingga krim diserap sepenuhnya. Gunakan setiap malam secara konsisten untuk kesan yang optimum.

Breylee Vitamin C Hyaluronic Acid Serum

Breylee Vitamin C Hyaluronic Acid Serum 

RM16.99

Produk ini dapat mencegah pembentukan melanin dengan perlindungan antioksidan daripada kandungan Vitamin C molekulnya yang kecil. Ia berfungsi untuk memutihkan dan mencerahkan warna kulit serta menghilangkan cela dan melanin supaya kesihatan kulit dapat dikembalikan, metabolisme kulit ditingkatkan dan sel-sel kulit yang rosak dapat diaktifkan sehingga mendapatkan keanjalan kulit. Produk ini sangat berkesan kepada semua jenis kulit untuk melembutkan penampilan yang berkedutan dengan menghasilkan kolagen dan melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif. Ia bertindak sebagai pengaktif kepada kulit untuk melawan tanda-tanda tekanan dan keletihan yang kelihatan pada kulit yang menua.

Cosmoderm Feminine Hygiene Wash Manjakani 375ml

Cosmoderm Feminine Hygiene Wash Manjakani 375ml

RM14.80

Cosmoderm Feminine Hygiene Wash Manjakini ini merupakan pencuci intim wanita dengan 99% ektrak herba tradisional Manjakini untuk kesihatan intim wanita. Ia membantu membersihkan, mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim wanita dengan haruman yang lembut dan eksotik. Kandungan ekstrak herba tradisional di dalamnya boleh membantu mengelakkan keputihan yang berlebihan dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutamanya selepas melahirkan anak ataupun untuk pengantin yang baru.

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Deo White Fresh 90ml

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Deo White Fresh 90ml

RM8.40

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Deo White Fresh ini mengandungi agen penghilang bau untuk memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau bakteria serta bakteria yang menyebabkannya. Ia mempunyai 3x ganda agen pemutih di dalamnya untuk membantu kulit di sekitar kawasan feminin kelihatan cerah dan lembut. Selain daripada itu, ia juga mengandungi bahan antiseptik daun Betle semulajadi (Daun Sirih) untuk melindungi kawasan intim daripada bakteria yang tidak sihat dan 2x ganda ekstrak pengetatan (Kayu Rapet Manjakani) untuk mengetatkan kawasan intim wanita.

Cosmoderm Advanced Moisture Therapy Cream 60ml

Cosmoderm Advanced Moisture Therapy Cream 60ml

RM13.90

Cosmoderm Advanced Moisture Therapy Cream memberi penyelesaian yang berkesan untuk tumit yang merekah dan tangan yang kering. Ia membantu melembapkan dan melembutkan kulit yang kasar dan keras serta memulihkan rekahan kulit dengan cepat dan meredakan kepedihan yang disebabkan oleh rekahan. Produk ini berjenis krim yang pekat dan diperkaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak di atas kulit dan turut membaiki kerosakan kulit di tapak tangan serta di siku. Kulit yang keras dan berkematu akan menjadi lembut dan mudah dibuang tanpa rasa pedih dan sakit.

Dermal Therapy Very Dry Skin Cream 250g

Dermal Therapy Very Dry Skin Cream 250g 

RM44.10

Dermal Therapy Very Dry Skin Cream adalah campuran sinergis emolien dan agen penyejuk kulit untuk kulit yang sangat kering. Produk ini mengandungi formula yang tidak berminyak menjadikannya sangat sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan dengan memberikan penghidratan dan perlindungan yang optimum kepada kulit anda. Ia merupakan pelembap yang pekat untuk memberikan penghidratan yang berkesan kepada kulit yang kering di lengan, kaki, siku dan punggung. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif, kering ataupun gatal.

Cosmoderm Vitamin E Moisturising Mask 100ml

Cosmoderm Vitamin E Moisturising Mask 100ml

RM18.62

Cosmoderm Vitamin E Moisturizing Mask ini berkrim kaya untuk menghidratkan kulit yang kering dan mengelupas dengan kelembapan dan nutrien yang optimum. Ia membantu mengekalkan dan mengawalkan kelembapan lapisan epidermis dengan melembapkan dan mempertingkatkan kelembapan kulit. Kandungannya yang mengandungi sunflower seed oil membantu memulihkan tisu-tisu kulit dengan memperbaiki peredaran darah serta melembapkan sel-sel kulit agar ia menjadi lembut, anjal dan berseri. Kesannya dapat dilihat hanya digunakan sekali atau dua kali seminggu.

Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mini Mask 15ml

Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mini Mask 15ml

RM34.90

Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mini Mask merupakan produk dengan pelbagai fungsi yang boleh digunakan sebagai mask, pek tidur ataupun pelembap harian. Produk ini diperkaya dengan kekuatan antioksidan vitamin E untuk mencerahkan, memperbaiki kedutan, dan mencegah tanda-tanda penuaan. Gunakan pada siang hari untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV dan menggunakannya pada waktu malam untuk memperbaiki kedutan dan pertumbuhan semula kulit. Krimnya berubah menjadi esen kaya setelah disapukan yang boleh membantu produk melekat erat pada kulit supaya kelembapan selama sekurang-kurangnya 8 jam dapat dikekalkan.

Summary
Cosmoderm Malaysia dan 5 Alternatif  Untuk Penjagaan Kulit Muka
Article Name
Cosmoderm Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Penjagaan Kulit Muka
Description
Cosmoderm merupakan jenama yang menghasilkan produk penjagaan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti. Jenama ini diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia dan disahkan halal untuk pencinta kulit di mana sahaja, Ia menggunakan bahan-bahan aktif yang tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Pokok Teh dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: