coronavirus musuh dunia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan Coronavirus musuh dunia dan memberi amaran supaya seluruh dunia bekerjasama untuk mengehadkan bilangan kadar kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan Coronavirus musuh dunia dan memberi amaran supaya seluruh dunia bekerjasama untuk mengehadkan bilangan kadar kematian. Hal ini disebabkan oleh virus itu perlu diberndung dengan mengambil langkah-langkah yang agresif.

Ribuan manusia meninggal dunia akibat pandemik Coronavirus. Kadar kematian daripada wabak ini bergantung pada tindak balas kerajaan dan rakyat dunia terhadap penularan virus tersebut.

Menurut pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, General Tedros Adhanom Ghebreyesus, Coronavirus adalah sejenis virus yang berbahaya dan semua pihak perlu bertindak dengan segera untuk mengatasinya. Jika tidak, pandemik ini akan meragut lebih banyak nyawa.

Seperti sebelum ini, kita telah berjaya mengatasi banyak kes pandemik dan krisis, jadi kita akan mengatasi virus ini juga. Namun, persoalannya ialah berapa ramai manusia yang akan terkorban sepanjang perjuangan bagi membendung masalah ini?

Kita telah kehilangan lebih daripada 16,000 nyawa dan bilangan tersebut semakin meningkat setiap hari. Walau bagaimanapun, jumlahnya itu bergantung pada diri kita sendiri.

Tambahan lagi, kadar kematian COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 20,000 seperti yang direkodkan oleh John Hopskins University. Manakala, jumlah individu yang dijangkiti di seluruh dunia adalah seramai lebih daripada 441,000 orang.

Dr. Mike Ryan, pengarah eksekutif program kecemasan WHO, memberitahu wartawan bahawa “Malangnya, seluruh dunia masih belum bersedia menghadapi pandemik ini”.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau mengenai ‘belum bersedia’ adalah, dari segi keperluan keselamatan yang tidak mencukupi bagi melindungi pekerja kesihatan barisan hadapan dan lain-lain. Terdapat masalah kekurangan bekalan PPE (personal protective equipment), kekurangan ventilator dan produk-produk lain bagi menguruskan wabak COVID-19 ini.

Pemimpin politik bagi setiap negara perlu bertindak sewajarnya untuk memperlahankan penyebaran pandemik tersebut bagi mengelakkan kekurangan sistem penjagaan kesihatan.

Negara di seluruh dunia disyorkan untuk menutup sekolah, perkhidmatan yang tidak penting serta menyekat perjalanan orang ramai yang masuk dan keluar negara. Namun begitu, tahap sekatan tersebut adalah berbeza mengikut negara.

Di sesetengah negara, sebagai contoh Itali, jumlah kes COVID-19 melonjak secara dramatik sehinggakan mereka tidak mempunyai persiapan yang cukup dari segi sistem penjagaan kesihatan. Malah, ramai yang tidak bersedia menangani serangan pandemik berbahaya ini menjadikan keadaan semakin sukar untuk merawat pesakit yang datang ke hospital.

Kesimpulannya,

Persediaan sistem kesihatan adalah amat penting bagi setiap negara. Walaupun pandemik ini telah mencapai tahap seterusnya, masih ada peluang untuk menghapuskannya.

Pihak atasan WHO mengingatkan bahawa setiap negara perlu bekerja keras untuk menguji kesihatan rakyat seramai yang mungkin supaya kes-kes positif boleh diasingkan dan mengelakkan lebih banyak penularannya.  

Meningkatkan tahap ketersediaan terhadap ujian COVID-19 merupakan cadangan utama pihak WHO kepada setiap negara.

Dr. Maria Van Kerkhove, pengerusi emerging disease dan unit zoonosis di WHO berkata, ujian adalah sangat penting untuk mengenalpasti lokasi virus, jadi anda tahu di mana proses pembasmian perlu ditumpukan.

Secara purata, kes COVID-19 yang dilaporkan mengambil masa 67 hari untuk mencecah 100,00 kes pertama, 11 hari bagi 100,000 kes kedua dan hanya 4 hari bagi 100,000 kes ketiga.

Banyak program terpaksa ditangguhkan, termasuklah sukan olimpik yang dijangka akan diadakan di Jepun pada tahun ini yang terpaksa ditangguhkan atas alasan mengekang penularan pandemik ini.

SUMBER

https://www.channelnewsasia.com/news/world/coronavirus-covid-19-who-enemy-against-humanity-12554256

https://www.thestar.com.my/news/world/2020/02/12/world-must-consider-coronavirus-039public-enemy-number-one039—who

Summary
Coronavirus Adalah Musuh No. 1 Dunia – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Article Name
Coronavirus Adalah Musuh No. 1 Dunia – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Description
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan Coronavirus musuh dunia dan memberi amaran supaya seluruh dunia bekerjasama untuk mengehadkan bilangan kadar kematian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: