coronavirus
Wabak coronavirus telah merebak dan kini telah mula menjejaskan negara kita.

Berdasarkan laporan terbaharu, sebanyak 106 kes kematian telah dicatatkan dengan peningkatan kadar jangkitan coronavirus yang mencecah 4,500 individu di China dan semakin meningkat walaupun di negara luar seperti negara kita sendiri. Malaysia kini mempunyai laporan sebanyak 7 kes.

Walaupun virus ini baru sahaja merebak di Malaysia, namun ianya masih membimbangkan kerana semakin banyak kes berkenaan virus ini telah dilaporkan. Ini terutamanya melibatkan individu dari negeri Wuhan itu sendiri mahupun individu yang baru pulang dari kunjungan ke negeri itu. Memandangkan negara kita sering dikunjungi oleh pelancong dari China, ramai pihak yang berpendapat bahawa masyarakat kita juga perlu diberi penerangan tentang wabak ini dengan lebih baik agar kita tidak mudah dijangkiti dengan virus yang sama.

Memandangkan negara kita sering dikunjungi oleh pelancong dari China, ramai pihak yang berpendapat bahawa masyarakat kita juga perlu diberi penerangan tentang wabak ini dengan lebih baik agar kita tidak mudah dijangkiti dengan virus yang sama.

Berikut adalah beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai virus ‘Novel Coronavirus’.

  • Ia merupakan satu wabak “misteri” yang berasal dari wilayah Wuhan di China. Buat masa ini, pengkaji masih mencari punca dan penawarnya hingga sekarang.
  • Virus ini mempunyai persamaan dengan wabak SARS iaitu sindrom pernafasan akut yang teruk. Kejadian ini menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya rakyat di China kerana wabak SARS terdahulu pernah membunuh hampir 650 orang di China dan Hong Kong.
Virus ini mempunyai persamaan dengan wabak SARS iaitu sindrom pernafasan akut yang teruk. Kejadian ini menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya rakyat di China kerana wabak SARS terdahulu pernah membunuh hampir 650 orang di China dan Hong Kong.
People with protective suits and mask respirators outdoors, coronavirus concept.
  • Buat masa kini, kadar kematian Coronavirus ialah 3 peratus, tetapi tanya bokeh meningkat semakin penyakit ini merebak. Kadar kematian SARS dahulu mencecah 15 peratus.
  • Virus ini boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain. Biasanya, ia boleh berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan individu yang telah dijangkiti.
Virus ini boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain. Biasanya, ia boleh berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan individu yang telah dijangkiti.
Travelers leaving airport are wearing protective masks.
  • WHO telah mengesahkan bahawa virus ini teal menjangkiti 4 generasi, dari pesakit yang mendapat jangkitan asal dari haiwan sehingga semua pesakit Coronavirus terkini.
  • Virus ini boleh menyebabkan kematian. Kebanyakkan kematian yang disebabkan wabak Coronavirus ini adalah pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes dan melibatkan pesakit yang uzur.
Virus ini boleh menyebabkan kematian. Kebanyakkan kematian yang disebabkan wabak Coronavirus ini adalah pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes dan melibatkan pesakit yang uzur.
An infected patient in quarantine lying in bed in hospital, coronavirus concept.

Fahami tentang wabak ini dengan lebih mudah melalui infografik di bawah.

Apakah yang menyebabkan coronavirus ini?

Memandangkan wabak ini baru sahaja berlaku, para saintis masih bingung untuk mencari puncanya. Namun, berdasarkan sumber daripada laman web CCN, para saintis telah mengecilkan kemungkinan yang boleh menyebabkan virus ini kepada dua faktor iaitu penularan patogen daripada kelawar atau ular serta kebocoran bahan kimia di Wuhan.

1. Penularan patogen daripada kelawar atau ular

Negara China memang terkenal dengan gaya pemakanan yang agak luar biasa berbanding masyarakat lain. Di sana, hampir kesemua benda yang hidup boleh dianggap sebagai makanan buat mereka. Ini termasuklah haiwan-haiwan eksotik seperti kelawar dan ular yang dianggap boleh menjadi penawar bagi penyakit-penyakit tertentu.

Malah, ada juga antara haiwan-haiwan ini yang dimakan secara hidup tanpa dimasak atau dicuci dengan betul dan teliti di negeri Wuhan itu. Mereka juga dijual begitu sahaja di pasar harian seperti sumber makanan lain seperti ayam, ikan dan daging.

Justeru itu, inilah aspek yang hangat diperkatakan sebagai punca berlakunya virus berbahaya ini. Ada yang mengatakan bahawa makanan yang tidak dimasak ini mempunyai jangkitan mahupun virus berbahaya yang boleh dijangkiti manusia secara terus selepas memakannya.

Malah, pengendalian kebanyakan haiwan-haiwan ini secara kotor juga membuatkan mereka mudah membawa patogen yang berbahaya kepada kita semua.

Jadi, harus diingatkan bahawa makanan yang kita makan haruslah dimasak pada suhu yang betul agar bakteria atau virus tidak boleh merebak di dalamnya. Sentiasa cuci makanan anda dengan bersih juga agar anda tidak menelan sesuatu yang berbahaya tanpa anda sedari.

2. Kebocoran bahan kimia di Wuhan

Menurut laman web CNN lagi, jangkitan berbahaya yang terdapat pada haiwan-haiwan berpontensi seperti kelawar dan ular di Wuhan itu mungkin terjadi kerana kebocoran bahan kimia di kawasan itu. Namun begitu, para saintis tidak begitu yakin akan kenyataan tersebut memandangkan tiada laporan mengenai kebocoran bahan kimia telah dilaporkan dalam masa terdekat.

Jadi, kesahihan faktor ini masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas buat masa sekarang hinggalah adanya bukti yang lebih kukuh daripada pihak kerajaan Wuhan mahupun pihak kerajaan China.

Adakah influenza dan coronavirus wabak yang sama?

Kita juga harus ingat bahawa wabak Influenza yang sedang melanda negara ini tidak mempunyai perkaitan dengan virus ‘Novel Coronavirus’ atau juga dikenali sebagai virus Wuhan ini. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata bahawa sehingga kini, tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan virus influenza dan coronavirus. Namun, pemantauan yang berterusan akan dilakukan agar wabak tersebut tidak menular dengan cepat tanpa sebarang penawar.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan sebagai rakyat Malaysia?

Jika anda mengalami simptom seperti demam, batuk, selesema atau pening kepala, lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan dengan segera. Ini adalah penting agar anda boleh diperiksa oleh pakar perubatan berbanding membuat spesikulasi anda sendiri.

Seterusnya, sebagai seorang rakyat yang prihatin akan keadaan sekeliling, kita juga harus mengambil langkah pencegahan yang awal buat diri sendiri dan keluarga tersayang. Ini harus dilakukan agar risiko kita dijangkiti virus itu dapat dikurangkan.

Mari ikuti langkah di bawah dan praktikkannya bersama-sama:

  • Cuci tangan menggunakan sabun dan bilasnya dengan air yang bersih.
  • Tutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin.
  • Elakkan berada di tempat yang sesak seperti di pusat beli-belah dan sebagainya.
  • Gunakan penutup muka ketika membuat lawatan ke kawasan ladang.
  • Jangan mengunjung ke negara-negara luar terutamanya China, Thailand, Korea dan Jepun, dan pastikan anda mengambil langkah penjagaan yang betul terlebih dahulu sekiranya anda melancong.

Seperkara lagi, jangan sebarkan apa-apa kenyataan, gambar atau berita yang anda dapat tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Tunggu sahaja berita yang diumumkan oleh pihak berkuasa kerana mereka lebih berpengetahuan dengan bukti yang boleh dipercayai. Sentiasa berwaspada akan hal ini kerana tindakan anda boleh membuat perubahan yang besar dalam keadaan sekarang.

SUMBER

https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-covid-19-largest-clusters-tabligh-tahfiz-foreign-worker-12961276

https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2020/07/29/china-reports-101-new-coronavirus-cases-89-in-xinjiang

https://www.aljazeera.com/news/2020/01/coronavirus-symptoms-vaccines-risks-200122194509687.html

https://www.webmd.com/lung/coronavirus

Summary
Mungkinkah Malaysia akan mengalami wabak Coronavirus secara besar-besaran?
Article Name
Mungkinkah Malaysia akan mengalami wabak Coronavirus secara besar-besaran?
Description
Wabak coronavirus telah mula merebak hingga ke luar China termasuklah di negara kita. Namun, apakah yang perlu kita ketahui tentang virus ini?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: