Copastin (cloperastine HCL)?
Tahukah anda Copastin (cloperastine HCL) merupakan sejenis ubat yang biasanya digunakan untuk merawat batuk kering. Copastin ini bertindak sebagai penekan batuk bagi membantu untuk bertindak pada sistem saraf pusat.
Bagaimana saya boleh mengambil Copastin (cloperastine HCL)?
Jika anda mengambil ubat yang secara oral (melalui mulut), anda mestilah:
- Ambil Copastin secara oral mengikut arahan doktor anda, berkenaan dos dan jadual pengambilan.
- Anda juga perlu baca label dengan teliti sebelum menggunakan Copastin. supaya anda lebih faham apa fungsi dan kesan daripada ubat tersebut.
- Sekiranya anda tidak faham dengan jelas sebarang maklumat mengenai label tersebut sila rujuk doktor anda .
Bagaimana saya menyimpan Copastin (cloperastine HCL)?
Adalah sebaik-baiknya untuk anda simpan Copastin pada suhu bilik yang terhindar dari cahaya langsung dan kelembapan. Berikut adalah cara betul untuk mengelakkan kerosakan ubat. Ingat! Jangan sesekali anda tidak menyimpan Copastin di bilik mandi atau peti sejuk. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat beberapa jenama Copastin yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Penting! Anda mestilah selalu menyemak pakej produk bagi kaedah penyimpanan yang betul, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda wajib menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Satu lagi, anda tidak boleh membuang Copastin sesuka hati di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Kita bertanggungjawab untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Sekali lagi di ingatkan untuk rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Anda bertanggungjawab untuk memberitahu doktor anda sebelum menggunakan ubat ini sekiranya:
- Anda hamil atau menyusukan anak. Anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor sekiranya anda seperti berikut.
- Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
- Anda mempunyai alergi dengan bahan-bahan Copastin atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan kesihatan atau keadaan perubatan yang lain.
Adakah selamat jika digunakan ketika hamil atau menyusu?
Setakat ini tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini kepada ibu yang mengandung dan menyusu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini anda bertanggungjawab untuk memberitahu dan bertanya kepada doktor anda manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil Copastin .
Kesan-kesan sampingan
Kesan sampingan daripada pengambilan Copastin adalah seperti berikut:
- Mengantuk
- Mulut kering
- Anoreksia (hilang selera makan)
- Loya
Setiap orang pasti kesan sampingan yang berbeza-beza. Mungkin juga ada kesan sampingan yang lain yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang kesan sampingan, sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Interaksi
Anda perlu berterus terang kepada doktor dan ahli farmasi anda berkenaan semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba). Copastin mungkin akan bertindak-balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil. Ianya boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat juga bagi memastikan keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.
Copastin juga mampu mengubah tindak-balas makanan atau alkohol dengan cara ia berkerja atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Jadi adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang potensi interaksi ke atas makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Penggunaan / Dos
Dos yang disyorkan ialah 1 -2 tablet setiap hari.
Perlu di ingatkan dos untuk kanak-kanak masih belum ada yang sesuai. Erti kata lainnya ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Oleh itu, penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Bagi setiap pengambilan apa-apa ubat silalah rujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Anda boleh dapatkan Copastin dalam bentuk dan kekuatan dos seperti:
- Tablet
- Filem Bersalut
- Oral
- Cloperastine Hydrochloride 10 mg
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?
Langkah pertama yang patut anda lakukan adalah hubungi khidmat kecemasan di talian 999 atau pergi ke dewan kecemasan hospital yang terdekat dengan anda.
SUMBER: