contoh surat tunjuk sebab

Surat tunjuk sebab ini sangat penting agar kita tidak dikenakan tindakan tata tertib atau yang lebih teruk lagi dibuang daripada pekerjaan.Sebagai pekerja, anda pasti pernah mengalami masalah seperti tidak dapat hadir kerja, lewat hadir ke tempat kerja, melakukan kesalahan tata tertib, tidak dapat hadir kursus, tidak dapat menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

Dalam situasi ini, anda perlu membuat surat tunjuk sebab kepada majikan anda bagi memaklumkan mereka tentang penjelasan bagi setiap kesalahan yang dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Surat Tunjuk Sebab Oleh Majikan

Surat tunjuk sebab juga boleh dikeluarkan apabila pekerja kurang berprestasi atau gagal melakukan tugas, walaupun setelah memaklumkan pekerja secara bertulis untuk meningkatkan prestasi mereka. 

Dalam situasi ini, bentuk surat tunjuk sebab akan berbeza dengan surat yang dikeluarkan sekiranya berlaku salah laku. Walau bagaimanapun, kedua-dua kes tersebut tetap melibatkan tindakan tatatertib yang diambil terhadap pekerja yang berkenaan.

Beberapa syarat mesti dipenuhi sebelum surat tunjuk sebab dapat dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja:

  • Pekerja itu diberi surat yang memaklumkan kepada mereka tentang prestasi yang buruk atau tidak dan mereka mesti menunjukkan peningkatan
  • Pekerja diberi masa yang mencukupi untuk meningkatkan prestasi
  • Pekerja diberi semua bantuan untuk meningkatkan prestasi mereka seperti latihan dan bimbingan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja

(Nama Pekerja)
(Alamat Pekerja)

Tarikh :  (Tarikh)
Pengurus,
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KERJA

Dengan segala hormatnya saya (Nama Pekerja) merujuk perkara di atas kerana tidak dapat hadir bekerja pada (Tarikh tidak datang kerja).

  1. Keridakhadiran saya ke kerja adalah disebabkan oleh (Sebab tidak datang kerja)(Contohnya, saya tidak dapat hadir bekerja pada tarikh tersebut kerana mengalami deman panas dan batuk yang teruk. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pelepasan daripada doktor dengan MC dari (Nama klinik).
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan kepada Tuan terlebih dahulu sekiranya saya tidak dapat hadir bekerja disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
(Nama Pekerja)

Contoh Surat Tunjuk Sebab Kesalahan Tata Tertib

(Nama Pekerja)
(Alamat Pekerja)

Tarikh :  (Tarikh)
Pengurus,
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KESALAHAN TATA TERTIB

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya (Nama Pekerja) telah melakukan kesalahan (ringkasan  kesalahan anda) pada (tarikh buat kesalahan tata tertib).

  1. Saya ingin menjelaskan bahawa perkara tersebut berlaku kerana (jelaskan kesalahan anda)
  2. Saya memohon maaf sekiranya kesalahan saya ini telah menyusahkan pihak tuan/puan dan mengganggu urusan pejabat.
  3. Saya juga berharap agar kesalahan ini tidak memburukkan reputasi jabatan / syarikat.
  4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
(Nama Pekerja)

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kursus

(Nama Pekerja)
(Alamat Pekerja)

Tarikh :  (Tarikh)
Pengurus,
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KURSUS

Dengan segala hormatnya saya (Nama Pekerja) merujuk perkara di atas kerana tidak dapat hadir ke (Nama kursus) pada (Tarikh tidak datang kursus) yang bertempat di (Lokasi kursus berlangsung).

  1. Ketidakhadiran saya pada kursus yang telah berlangsung pada tarikh tersebut adalah disebabkan oleh alasan yang tidak dapat saya elakkan iaitu (Sebab tidak datang kursus)(Contohnya, saya tidak dapat hadir kursus kerana anak saya mengalami sawan dan saya terpaksa bergegas ke hospital untuk menjaganya. Saya bimbang dengan tahap kesihatan anak saya, yang pada masa itu masih belum pulih sepenuhnya.)
  2. Saya memohon maaf sekiranya kesalahan saya ini telah menyusahkan pihak tuan/puan dan mengganggu urusan pejabat.
  3. Saya juga berharap agar kesalahan ini tidak memburukkan reputasi jabatan / syarikat.
  4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
(Nama Pekerja)

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidah Hadir Mesyuarat

(Nama Pekerja)
(Alamat Pekerja)

Tarikh :  (Tarikh)
Pengurus,
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  MESYUARAT

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya (Nama Pekerja) tidak dapat hadir ke (Nama mesyuarat) pada (Tarikh tidak datang mesyuarat) di (Tempat mesyuarat).

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana (Sebab tidak datang mesyuarat)(Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit yang teruk. Namun, saya tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor).
  2. Saya memohon maaf sekiranya kesalahan saya ini telah menyusahkan pihak tuan/puan dan mengganggu urusan pejabat.
  3. Saya juga berharap agar kesalahan ini tidak memburukkan reputasi jabatan / syarikat.
  4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
(Nama Pekerja)

Akta Pekerjaan 1955

Seksyen 14 Akta Pekerjaan 1955 :

14. Penamatan kontrak atas sebab-sebab khas

(1) Majikan boleh mengambil tindakan atas alasan salah laku sepanjang perkhidmatannya,dan setelah membuat siasatan yang wajar, majikan boleh-

(a) memecat tanpa notis pekerja;
(b) menurunkan pekerja; atau
(c) menjatuhkan hukuman lain yang lebih rendah sebagaimana yang difikirkannya adil dan sesuai, dan jika hukuman penggantungan tanpa upah dikenakan, hukuman tersebut tidak boleh melebihi dua minggu.

(2) Semasa penyiasatan, sebagai majikan, anda boleh menggantung pekerja tersebut untuk bekerja tidak lebih dari 2 minggu (14 hari) . Tetapi, pekerja tersebut harus dibayar tidak kurang dari separuh upah mereka dalam tempoh tersebut . 

Dengan syarat, siasatan yang dilakukan tidak mendedahkan salah laku pihak pekerja, pihak atasan perlu segera mengembalikan kepada pekerja jumlah gaji yang ditahan.

 . 

Sumber:

  • https://www.ajobthing.com/blog/hrs-guide-to-show-cause-letters
  • edubestari.com/contoh-surat-tunjuk-sebab
  • https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.glassdoor.co.uk%2Fblog%2Fguide%2Fresignation-letter-template%2F&psig=AOvVaw35Atm2dRr5HuREr7kd8RE5&ust=1621484057321000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCKifufzw1PACFQAAAAAdAAAAABAa
Summary
Contoh Surat Tunjuk Sebab Dan Kepentingannya
Article Name
Contoh Surat Tunjuk Sebab Dan Kepentingannya
Description
Surat tunjuk sebab ini sangat penting agar kita tidak dikenakan tindakan tata tertib atau yang lebih teruk lagi dibuang daripada pekerjaan.Sebagai pekerja, anda pasti pernah mengalami masalah seperti tidak dapat hadir kerja, lewat hadir ke tempat kerja, melakukan kesalahan tata tertib, tidak dapat hadir kursus, tidak dapat menghadiri mesyuarat dan sebagainya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: