Now Reading
Contoh Soalan UKSBP 2021 Yang Sering Ditanya

Contoh Soalan UKSBP 2021 Yang Sering Ditanya

contoh soalan uksbp

Contoh soalan UKSBP menjadi carian popular akhir-akhir ini di laman web kerana sudah tiba masa pelajar darjah 6 mengambil ujian kelayakan untuk melayakkan diri ke Sekolah Berasrama Penuh kelak pada awal tahun tingkatan satu.

Apa itu UKSBP ?

UKSBP adalah Ujian Kemasukan SBP untuk Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP serta dilaksanakan oleh murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Dengan kata lain, UKSBP ialah satu ujian saringan utama untuk menguji tahap calon yang berminat memasuki sistem sekolah berasrama penuh secara atas talian. UKSBP mula diperkenal untuk kemasukan ke SBP pada 2017.

Sebanyak 50 soalan pelbagai pilihan (objektif) akan dikemukakan dan setiap calon akan mendapat set soalan yang berbeza secara rawak.

Persiapan Yang Diperlukan

  • Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan (IC)
  • Cetak slip kelayakan atau penempatak ke UKSBP di laman web KPM
  • Memakai pakaian sekolah yang lengkap
  • Bawa alat tulis
  • Hadir 45 minit sebelum masa ujian dijalankan
  • Pastikan anak mahir menggunakan komputer
  • Soalan akan dijana secara rawak.

Soalan terbahagi kepada 5 bahagian:

  • A. IQ (kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN
  • B. EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN
  • C. SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN
  • D. SSQ (kemampuan atau kelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN
  • E. PENGETAHUAN AM. 10 SOALAN

JUMLAH: 50 SOALAN

Contoh Soalan UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh adalah berkaitan dengan matematik, pengetahuan am, sukan, sejarah, sains, geografi dan sebagainya.

Antara contoh-contoh soalannya adalah:

See Also
yayasan perak

  1. Pencipta Jalur Gemilang
  2. Bapa permodenan Malaysia
  3. Bapa pembangunan Malaysia
  4. Tarikh penubuhan Malaysia
  5. Labu sayong berasal dari negeri mana
  6. Adat Pepatih negeri mana
  7. Kuih tradisional Sarawak
  8. Produk keluaran Proton
  9. Preve adalah model kereta apa
  10. Tindakan jika anda dibuli oleh kawan
  11. Unit mengukur kekuatan gempa bumi
  12. Sinonim perkataan amalan
  13. Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran
  14. Berapakah wilayah di Malaysia
  15. Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan
  16. Apakah senjata kebesaran diraja
  17. Anda rosakkan calculator kawan, apakah tindakan anda
  18. Siapa pengasas Facebook
  19. Tindakan jika kawan Facebook mengajak temujanji
  20. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas
  21. Huraikan tentang Fotosentisis
  22. Kaum terbesar di Sabah
  23. Gelaran buat jaguh pecut basikal negara Azizulhasni Awang
  24. Nama pemain bolasepak Sepanyol
  25. Siapakah penjajah pertama Malaysia
  26. Siapakah cipta lampu
  27. Genting Highland terletak di mana
  28. Apakah tarian terkenal di Johor
  29. Siapakah cipta telefon
  30. Siapakah cipta kapal terbang
  31. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat
  32. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda
  33. Apakah nama ibu negara Malaysia
  34. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa
  35. Beryl jenama apa
  36. Le tour de langkawi sukan apa
  37. Kalau tak sesuai duduk di asrama nak buat apa
  38. Anda dah siapkan 3 muka surat kerja maths tetiba adik umur 8 tahun koyakkan, apakah tindakan anda
  39. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda
  40. Kalau tersepak bola kena tingkap nak buat apa
  41. Soalan-soalan sudoku
  42. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa
  43. Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi
  44. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa
  45. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  46. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang
  47. Wau dari mana?
  48. Pulau Pangkor terletak di mana?
  49. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?
  50. Jika kawan kamu kejut kamu ke tandas pada pukul 2 pagi. Apa tindakan kamu?
  51. kalau pelajar senior tidak solat apa yang perlu anda lakukan?
  52. Sekiranya budak-budak sekitar perumahan kita suka melepak sampai tengah malam. Apa tindakan kita?
  53. Kalau nampak budak tahun 1 menangis sebab duit hilang buat apa yang perlu anda lakukan?
  54. kalau ada kawan kena buli dengan pelajar tingkatan 5 apa patut kita lakukan?
  55. Kalau nampak bendera jatuh buat apa yang harus kita lakukan?

Jadi sudah bersedia untuk soalan UKSBP? Pastikan anda mendapatkan maklumat pengetahuan yang cukup dan jangan lupa ulangkaji bentuk-bentuk soalan yang selalu ditanya dalam UKSBP. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada adik-adik sekalian!

Sumber:

https://therohani.com/ujian-kemasukan-sbp-uksbp/

https://gurubesar.my/contoh-soalan-uksbp-ujian-kemasukan-sekolah-berasrama/

error: Content is protected !!