contoh penghargaan
Hand, Gift, Bouquet, Love, Congratulate, Give, Flowers

Contoh Penghargaan Yang Boleh Dilakukan Untuk Pasangan Anda ~ Setiap manusia pasti suka sekiranya diberikan perhatian dan penghargaan lebih-lebih lagi sekiranya diberi oleh pasangan tercinta. 

Disini kami kongsikan 10 contoh penghargaan yang anda boleh berikan kepada pasangan sebagai tanda kasih sayang dan apresiasi kepada mereka yang telah banyak berkorban. 

Mari teruskan membaca ya. 

10 contoh penghargaan yang anda boleh berikan kepada pasangan.

  1. Bertanya tentang hari yang mereka lalui. 

Hal ini nampak remeh namun inilah antara contoh penghargaan yang amat penting untuk pasangan. Dengan bertanya hal ini, pasangan akan rasa lebih dihargai dan diambil berat. Selain itu, sekiranya pasangan anda keluar bekerja untuk mencari rezeki maka dengan bertanya hari-hari yang mereka lalui adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa anda berterima kasih dan bersyukur mempunyai pasangan seperti mereka. 

Begitu juga dengan pasangan yang duduk di rumah dan menguruskan hal rumah tangga. Anda membuatkannya lebih bersemangat untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak sementara anda pergi bekerja. 

  1. Memasak makanan kegemaran.

Setelah penat seharian bekerja atau menguruskan rumah, alangkah indahnya sekiranya ada yang sudi masakkan makanan kegemaran kita kan? Cara ini anda boleh gunakan untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan anda. Jangan tak tahu, ini adalah antara cara yang pasti menjadi untuk membuatkan pasangan anda semakin sayang. 

  1. Bagi bunga. 

Untuk para lelaki, anda boleh menunjukkan cara penghargaan anda kepada seorang wanita dengan memberinya bunga. Pasti cair hati si wanita! Belilah sejambak bunga di hari-hari bermakna kalian untuk menunjukkan apresiasi kepada si dia.

Lebih menarik lagi, sekiranya anda bagi bunga secara rawak di hari-hari biasa. Pasti si dia teruja kerana anda tidak lupa padanya. 

  1. Sering mengucapkan perkataan baik dan terima kasih. 

Ucapan terima kasih mampu membuatkan hati seseorang terasa lebih dihargai atas apa yang dia lakukan. Ucapkan perkataan yang baik-baik dan terima kasih kepada pasangan anda sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan kalian, tetapi juga menjadi contoh kepada anak-anak sekiranya mereka melihat anda sering berbicara dengan baik antara satu sama lain dan sebagainya.

Tiada siapa yang suka diherdik, disindir atau dimarah-marah. Mudahkan untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pasangan? Jangan lupa jadikan sebagai amalan ya!

  1. Luangkan masa bersama. 

Ini adalah antara perkara yang sering diambil mudah. Luangkan masa anda bersama pasangan dengan melakukan aktiviti bersama seperti jogging, shopping, makan di luar dan lain-lain juga adalah antara contoh perkara yang menunjukkan penghargaan kepada si dia. 

Dengan melakukan hal ini, pasangan anda merasa dia adalah orang yang penting dalam hidup anda dan anda suka bersama dia.  Sekiranya anda tidak mempunyai bajet, boleh lakukan aktiviti bersama di rumah seperti menonton TV, berkebun atau temankan si dia melakukan hobinya. 

  1. Tinggalkan nota dengan kata-kata romantik. 

Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak atau bajet yang lebih, anda boleh tunjukkan penghargaan kepada si dia dengan meninggalkan nota-nota romantik di tempat yang si dia akan perasan. Contohnya, dalam beg bekal makanan, dalam poket baju, di atas meja kerja dan lain-lain. 

Mungkin bagi anda nota seperti, “Jaga Diri” itu sangat simple, tapi bagi si dia sudah pasti itu sangat bermakna. Silap-silap semua nota tersebut akan disimpan sebagai koleksi!

  1. Beri Kejutan. 

Apabila sudah lama dalam perhubungan, kadang-kadang pasti ada masa kita akan rasa semuanya tawar. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk ‘spark’ hubungan anda adalah dengan melakukan kejutan pada tarikh-tarikh penting ataupun, hari-hari biasa. 

Contohnya, hantarkan makanan tengah hari ke pejabat bersama bunga atau minuman sejuk kegemaran pasangan, belikan barang yang si dia idamkan, bawa si dia ke tempat yang sudah ditata rias khusus untuk anda berdua dan sebagainya. Pasti si dia senyum lebar ke telinga!

  1. Jujur Dan Setia. 

Selain perkara materialistik dan seumpanya, setiap orang pasti inginkan pasangan yang sentiasa jujur dan setia. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa anda benar-benar menghargai dia sebagai pasangan anda. Sikap jujur adalah salah antara sikap yang sangat penting dalam sesuatu perhubungan. 

  1. Tidak Ego Untuk Meminta Maaf.

Jangan sesekali pernah tidur dalam keadaan sedang marah kepada pasangan anda. Pastikan sekiranya terdapat isu atau perselisihan faham, anda telah menyelesaikannya sebelum tidur. Ringankan mulut untuk meminta maaf dan memberi maaf di antara satu sama lain. Ini adalah antara perkara utama dalam perhubungan. 

Pasangan anda akan rasa dihargai apabila anda sudi meminta maaf terlebih dahulu dan tidak mencari salah siapa-siapa. Selain itu, kita juga perlu sentiasa terbuka untuk menerima maaf pasangan kita. Ketahuilah, pasangan kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna, sama seperti diri kita. 

  1. Hormati Hak Pasangan. 

Isteri perlu menghormati hak suami dan suami perlu hormati hak isteri. Dengan mempraktikkan hal ini, pasangan anda akan sentiasa rasa dihargai dan disayangi. Jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami atau isteri, ayah atau ibu kepada anak-anak anda. Perkara asas ini adalah merupakan tunjang keharmonian di dalam sebuah perhubungan. 

Kesimpulan

Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menunjukkan penghargaan anda kepada insan yang tersayang. Gunakan kreativiti anda dan jangan stick pada satu perkara sahaja. Gunakan kemudahan yang ada sekarang untuk mencari idea atau mendapatkan perkhidmatan bagi menjayakan misi anda untuk membuat pasangan anda rasa dihargai. 

Sekian.

Sumber:

https://ms.justinfeed.com/articles/love-couch/16-ways-to-show-your-appreciation-for-someone-you-love.html

http://inlove-wanda.blogspot.com/2014/12/pentingnya-penghargaan-buat-pasangan.html

https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/7-tips-menghargai-pasangan-anda

Tagged: