concor
Concor (Bisoprolol) adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil penyekat-beta (beta-blocker/β-blocker).

Pengenalan 

Concor (Bisoprolol) adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil penyekat-beta (beta-blocker/β-blocker). Ubat-ubatan ini berfungsi dengan menjejaskan aliran darah yang mengalir melalui arteri dan vena (vein) dengan menghalang tindakan epinefrin dalam jantung dan saluran darah. Selain itu, ia digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung, oleh kerana ia boleh menurunkan tekanan darah dan menghalang serangan jantung, strok, dan penyakit buah pinggang. Ia boleh tersedia dalam bentuk tablet dan hanya boleh didapati melalu preskripsi.

Seterusnya, ubat Concor boleh diterima dengan baik kerana ia merupakan agen penyekat β1-adrenergik kardioselektif dan merupakan alternatif yang berkesan bagi ubat-ubatan penyekat β-selektif seperti Carvedilol dan Labetalol. Malah, ia juga boleh digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan ubat-ubatan lain dan berkesan bagi pesakit yang menghidap penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD – Chronic Obstructive Pulmonary Disease).

Kegunaan Concor

Concor digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Ia juga boleh enurunkan tekanan darah, menghalang serangan jantung, strok, dan masalah buah pinggang. Selain itu, Concor juga digunakan untuk merawat fibrilasi atrium dan mencegah sakit dada akibat angina.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Concor

Anda perlu berhati-hati apabila mengambil Concor jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Diabetes Mellitus dengan Tahap Glukosa Darah yang tidak stabil: Anda perlu sentiasa berwaspada dalam pengambilan Concor sekiranya anda mengalami keadaan penurunan glukosa darah (hipoglisemia)yang boleh dipalsukan seperti takikardia, berdebar-debar atau berpeluh; puasa yang ketat; terapi desensitisasi berterusan; gangguan ringan pengaliran atrioventricular (blok AV tahap pertama); mengganggu aliran darah dalam saluran koronari akibat vasospasms (angina Prinzmetal); penyakit oklusi arteri periferal (gejala penuaan mungkin berlaku terutamanya apabila memulakan terapi); pesakit dengan psoriasis atau dengan sejarah psoriasis peribadi.

  • Mempunyai masalah sistem pernafasan: Dalam penyakit asma bronkial atau penyakit paru-paru yang lain yang lebih kronik, dimana terapi bronkodilator turut dilakukan. Ini kerana peningkatan rintangan saluran udara mungkin boleh berlaku pada pesakit yang menghidap asma, yang memerlukan dos β2-sympathomimetics yang lebih tinggi.

  • Reaksi alahan: Penyekat beta, termasuklah Concor, boleh meningkatkan kehipersensitifan terhadap keparahan reaksi anafilaktik kerana tindak balas andrenergik di bawah penyekat-beta,ditingkatkat. Bagaimanapun, rawatan dengan adrenalin mungkin tidak selalu memberi kesan terapeutik seperti yang diharapkan.

  • Anestesia umum: Bagi pesakit yang menjalani anestesia am, pakar anestetik perlu peka dengan penyekat-beta. Sekiranya dianggap perlu, Concor perlu ditarik semula sebelum pesakit menjalani pembedahan. Ia haruslah dilakukan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum dos anestesia diberikan kepada pesakit. 

  • Phaeochromocytoma: Bagi pesakit yang mempunyai tumor kelenjar adrenal (phaeochromocytoma), Concor hanya boleh diberikan selepas mengambil penyekat reseptor alfa.

  • ThyrotoxicosisDi dalam rawatan terapi ubat Concor, simptom hiperfaks tiroid (thyrotoxicosis) mungkin dipalsukan.

  • Populasi Khas: Setakat ini, masih tiada pengalaman terapeutik yang tersedia untuk Concor bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan diabetes jenis 1 yang bergantung kepada insulin, fungsi buah pinggang terjejas, fungsi hepatik yang teruk, kardiomiopati yang terbatas, penyakit jantung kongenital atau masalah tulang belakang yang berkaitan dengan hemodinamik penyakit jantung. Selain itu, masih tiada pengalaman terapeutik yang mencukupi untuk pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan infarksi miokardial dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

  • Kesan ke atas keupayaan memandu atau mengendalikan mesin: Dalam kajian ke atas pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari, Concor tidak mempengaruhi prestasi memandu pesakit. Walau bagaimanapun, bergantung pada tindak balas pesakit terhadap rawatan, kesan terhadap keupayaan memandu kenderaan atau menggunakan mesin pesakit mungkin terjejas. Ini perlu dipertimbangkan terutamanya pada permulaan rawatan, apabila terdapat perubahan ubat atau bersama dengan alkohol.

  • Penggunaan semasa kehamilan & penyusuan: Semasa hamil, Concor hanya akan disyorkan kepada pesakit selepas doktor melakukan penilaian yang teliti terhadap nisbah manfaat kepada risiko ubat ini.

Secara umum, penyekat-beta boleh mengurangkan aliran darah plasenta dan keadaan ini boleh menjejaskan perkembangan bayi yang belum lahir. Aliran darah plasenta dan rahim serta pertumbuhan anak yang belum lahir mestilah sentiasa dipantau dan jika terdapat kesan buruk terhadap kehamilan atau janin anda, langkah-langkah terapeutik alternatif akan dipertimbangkan.

Bayi yang baru lahir mestilah dipantau dengan teliti selepas kelahiran. Ini kerana tahap glukosa darah yang rendah dan kadar denyutan yang perlahan boleh berlaku dalam tempoh 3 hari pertama.

Bagaimanapun, tiada maklumat yang sah mengenai pengeluaran Concor dalam susu ibu atau keselamatan pendedahan Concor dalam kalangan bayi. Oleh itu, pengambilan Concor tidak digalakkan semasa menyusu.

  • Penggunaan pada kanak-kanak: Tiada maklumat/pengalaman yang mencukupi berkenaan Concor pada kanak-kanak; oleh sebab itu, penggunaan Concor tidak dapat disarankan bagi kanak-kanak.

Kesan Sampingan Concor

Kesan sampingan umum dan ringan Tablet Concor 5 MG

  • Sakit badan
  • Batuk dan selesema
  • Sakit kepala
  • Bersin
  • Pening
  • Ketidakselesaan dada
  • Cirit-birit
  • Sakit otot
  • Sakit sendi
  • Masalah tidur

Kontraindikasi Concor

Kehipersensitifan terhadap tablet Concor adalah satu kontraindikasi. Di samping itu, tablet Concor tidak boleh digunakan jika anda mengalami keadaan yang berikut:

  • Reaksi alergi
  • Irama jantung perlahan

Interaksi Concor

Kesan dan ketahanan ubat-ubatan boleh dipengaruhi melalui pengambilan serentak dengan ubat-ubatan lain. Interaksi seperti itu juga boleh berlaku jika ubat yang berbeza diambil dalam selang masa yang singkat. Beritahu doktor jika anda mengambil sebarang ubat lain.

Kombinasi ubat yang tidak disarankan untuk digunakan bersama Concor:

  • Ubat rawatan Kegagalan Jantung Kronik yang Stabil: Ubat-ubatan antiarrhythmic kelas-I (contohnya, quinidine, disopyramide, lidocaine, phenytoin, flecainide, propafenone) boleh meningkatkan kesan depresan Concor pada konduksi impuls atrioventrikular dan kontraksi jantung.

  • Semua Indikasi: Antagonis kalsium jenis verapamil dan yang lebih rendah daripada jenis diltiazem boleh mengakibatkan kekurangan kontraksi otot jantung dan kelewatan konduksi impuls atrioventricular apabila digunakan bersama dengan Concor. Terutama apabila verapamil diberikan secara intravena (IV ) kepada pesakit bersama rawatan penyekat-β boleh menyebabkan tekanan darah renda mendalam dan blok atrioventrikular.

  • Ubat-ubatan penurun tekanan darah yang bertindak secara berpusat (contohnya, clonidine, methyldopa, moxonodine, rilmenidine) boleh mengakibatkan pengurangan kadar nadi dan pengeluaran jantung, serta pengembangan pembuluh darah (vasodilation) akibat penurunan central sympathetic tonus. Pengeluaran secara tiba-tiba tersebut, terutamanya jika sebelum menghentikan penggunaan penyekat-beta, boleh meningkatkan risiko “tekanan darah tinggi berulang”.

Kombinasi yang perlu digunakan dengan berhati-hati :

  • Rawatan Hipertensi atau Penyakit Jantung Koronari (Angina Pectoris): Ubat-ubat antiarrhythmic kelas-l (contohnya, quinidine, disopyramide, lidocaine, phenytoin, flecainide, propafenone) boleh meningkatkan kesan depresan Concor pada pengalihan impuls atrioventrikular dan kontraksi jantung.

Semua Indikasi: 

  • Antagonis kalsium jenis dihydropyridine (contohnya, felodipine nifedipine, amlodipine) dapat meningkatkan risiko tekanan darah rendah apabila digunakan bersama Concor. Peningkatan risiko bagi penurunan fungsi pam ventrikular pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung yang tidak boleh dikecualikan.

  • Ubat-ubatan antiarrhythmic kelas-III (contohnya, amiodarone) boleh meningkatkan kesan perencatan Concor pada pengalihan impuls atrioventrikular. Penyekat-beta topikal (contohnya, titisan mata untuk rawatan glaukoma) boleh menambah kesan sistemik terhadap Concor.

  • Ubat parasimpatomimetik boleh meningkatkan kesan perencatan pada pengalihan impuls atrioventrikular dan risiko bradikardia apabila digunakan bersama Concor. Malah, kesan penurunan glukosa darah akibat insulin atau ubat anti kencing manis secara oral mungkin akan ditingkatkan. Selain itu, tanda-tanda amaran glukosa darah yang rendah (hypoglycemia), terutamanya kadar denyutan jantung (takikardia) yang laju mungkin dipalsukan atau dihalang. Interaksi sedemikian dianggap lebih berkemungkinan dengan penggunaan penyekat-beta bukan selektif.

  • Agen anestetik boleh meningkatkan risiko tindakan jantung cardiodepressive akibat kesan dari Concor yang mungkin menyebabkan hipotensi.

  • Ubat glikosida jantung (digitalis) apabila digunakan bersama dengan Concor, boleh menyebabkan peningkatan masa pengalihan impuls dan dengan itu, mengurangkan kadar denyutan jantung.

  • Ubat anti-radang bukan steroid pula boleh mengurangkan kesan penurunan tekanan darah Concor.

  • Simpatomimetik-Beta (contohnya, isoprenaline, dobutamine) yang digunakan dengan kombinasi bersama Concor boleh menyebabkan kesan pengurangan kedua-dua agen ini. Gabungan Concor dengan ubat-ubatam simpatomimetik yang mengaktifkan kedua-dua adrenoseptor beta dan adrenoseptor alfa (contohnya, noradrenalin, adrenalin) dapat meningkatkan kesan vasoconstrictor yang dilakukan oleh adrenoseptor alfer yang boleh membawa kepada peningkatan tekanan darah. Interaksi sedemikian dianggap lebih berkemungkinan terjadi bersama penggunaan penyekat-beta bukan selektif.

  • Agen antihipertensi serta ubat-ubatan lain yang berfungsi untuk menurunkan tekanan darah (contohnya, antidepresan tricyclic, barbiturat, phenothiazines) dapat meningkatkan kesan penurunan tekanan darah oleh Concor.

– Kombinasi yang perlu dipertimbangkan: 

  • Mefloquine boleh meningkatkan risiko penurunan kadar denyutan jantung (bradikardia), jika digunakan bersama Concor.

Perencat Monoamine oxidase (MAO) (kecuali perencat MAO-B) boleh meningkatkan kesan sampingan tekanan darag rendah dari penggunaan penyekat-beta. Selain itu, penggunaan kedua-dua ubat ini dalam masa yang sama juga boleh menjadi risiko bagi krisis hipertensi.  

Dos Concor

Tablet Concor boleh didapati dalam dos 5 mg dan 10 mg. Ambil dos tablet seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ubah dos, kecuali disarankan oleh doktor anda.

  • Untuk tekanan darah tinggi – 2.5 hingga 5 mg secara oral sekali sehari, dos boleh ditingkatkan sehingga 10 atau 20 mg sehari jika perlu.
  • Untuk kegagalan jantung – 1.25 mg secara oral sekali sehari, boleh ditingkatkan secara beransur-ansur namun jang melebihi 10 mg sehari.

Bagi sesiapa yang mengalami asma atau masalah pernafasan, masalah buah pinggang dan hati, doktor anda akan menetapkan 2.5 mg Concor dan kemudian meningkatkan dos secara beransur-ansur jika diperlukan.

Sumber:

https://www.lybrate.com/medicine/concor-2-5-mg-tablet

https://www.axappphealthcare.co.uk/health-information/conditions/heart/how-can-i-quit-taking-concor-5mg/

https://www.drugs.com/international/concor-2-5mg.html

https://www.practo.com/medicine-info/concor-5-mg-tablet-23310

Summary
Concor
Article Name
Concor
Description
Concor (Bisoprolol) adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil penyekat-beta (beta-blocker/β-blocker).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: