‘Compassionate leaves’ yang diwajibkan di Malaysia
Bagi mereka yang sudah bekerja, ‘compassionate leaves’ pastinya tidak asing lagi memandangkan ia adalah cuti “belas kasihan” yang diberikan oleh syarikat atas alasan tertentu iaitu kematian atau penyakit atau kesakitan yang terlalu serius.

Mendapat cuti sememangnya adalah satu hal yang menggembirakan bagi semua pekerja terutamanya jika anda sememangnya memerlukan hari cuti tersebut untuk berehat buat seketika. Bagi mereka yang sudah bekerja, ‘compassionate leaves’ pastinya tidak asing lagi memandangkan ia adalah cuti “belas kasihan” yang diberikan oleh syarikat atas alasan tertentu iaitu kematian atau penyakit atau kesakitan yang terlalu serius.

Sekarang, jom ketahui serba sedikit tentang ‘compassionate leaves’ ini yang diwajibkan bagi setiap pekerja!

Mengapa ‘compassionate leaves’ ini penting?

Kematian sememangnya adalah satu hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, apabila seseorang kehilangan ahli keluarga atau seseorang yang rapat dengan mereka, mereka pastinya memerlukan sedikit waktu untuk menghadapi kenyataan tersebut. Di sinilah syarikat berperanan dalam memberikan cuti khas bagi tujuan ini kepada pekerja yang terkesan.

Bagi membolehkan mereka bersedih dengan betul, biasanya syarikat sudah mempertuntukkan cuti ini bagi setiap pekerja. Pekerja dibenarkan mengambil cuti sekiranya berlaku kematian tertentu namun ia tidaklah boleh diguna pakai buat semua jenis kes kematian. Sebagai contoh, bagi kes kematian, biasanya syarikat akan memperuntukkan cuti selama 2/3 hari sekiranya kematian melibatkan ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, isteri/ suami atau anak-anak. Manakala, bagi ahli keluarga besar seperti mertua dan lain-lain, hanya sehari sahaja yang diberikan.

Sebaliknya, bagi kes ahli keluarga yang sakit teruk, biasanya 1 / 2 hari akan diberikan yang mana kedua-dua kes boleh diambil secara 2 hari berterusan atau berasingan. Malah, tiada tempoh tertentu yang menetapkan bila ‘compassionate leaves’ ini boleh diambil atau tidak. Jadi, secara umumnya, cuti ini boleh diambil pada bila-bila masa mengikut keadaan pekerja.

Siapa yang dianggap sebagai ahli keluarga terdekat bagi si pekerja?

  • Isteri/ suami
  • Anak-anak
  • Ibu bapa
  • Atuk/ nenek
  • Cucu
  • Adik beradik
  • Ahli keluarga belah isteri/ suami (anak saudara, mertua, cucu, adik beradik)

Apa yang perlu dilakukan untuk memohon cuti jenis ini?

Biasanya, pada hari terbabit, pekerja diperlukan untuk memaklumkan hal tersebut pada bahagian ‘HR’ syarikat ataupun mereka yang berkenaan sebelum dibenarkan ambil cuti. Ini bagi membolehkan kejadian itu direkod dengan baik dalam rekod pekerja terbabit.

Setelah pulang dari cuti, pekerja juga diperlukan untuk memberikan surat bukti seperti salinan surat kematian, dokumen kemasukan ke hospital atau dokumen berkenaan lain untuk mengesahkan cuti yang diambil. Ini membolehkan pihak atasan merekod cuti terbabit sebagai cuti kecemasan bukannya cuti biasa jadi cuti tahunan pekerja tidak akan ditolak.

Bolehkah cuti tambahan diambil?

Bagi hal ini, cuti tersebut mungkin boleh diambil mengikut belas kasihan syarikat anda. Tidak semua syarikat membenarkannya, namun atas budi bicara pihak atasan, ia mungkin dibenarkan dalam kes-kes tertentu. Pastikan anda tahu bahawa cuti tambahan ini akan ditolak daripada cuti tahunan biasa dan ambil tahu sekiranya ia adalah cuti bergaji ataupun tidak.

Bagi kes kematian, ia mungkin dibenarkan sekiranya anda terpaksa menguruskan hal-hal berkaitan si mati dengan segera bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. Manakala bagi kes ahli keluarga yang sakit tenat, ia mungkin dibenarkan sekiranya anda perlu menjaga pesakit tersebut atas alasan-alasan tertentu.

SUMBER

https://www.akyra.com.au/blog-view/1-very-important-type-of-leave-compassionate-33

https://www.fairwork.gov.au/leave/compassionate-and-bereavement-leave

Summary
‘Compassionate leaves’ yang diwajibkan di Malaysia
Article Name
‘Compassionate leaves’ yang diwajibkan di Malaysia
Description
Bagi mereka yang sudah bekerja, ‘compassionate leaves’ pastinya tidak asing lagi memandangkan ia adalah cuti “belas kasihan” yang diberikan oleh syarikat atas alasan tertentu iaitu kematian atau penyakit atau kesakitan yang terlalu serius.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: