colostrum
Colostrum adalah cecair susu yang dikeluarkan oleh mamalia yang baru sahaja melahirkan anak sebelum bermulanya pengeluaran susu ibu

Pengenalan

Colostrum adalah cecair susu yang dikeluarkan oleh mamalia yang baru sahaja melahirkan anak sebelum bermulanya pengeluaran susu ibu

Ia merupakan sumber penting bagi nutrien yang menggalakkan pertumbuhan dan mekanisme melawan penyakit pada bayi, namun ia juga boleh dimakan dalam fasa hidup yang lain, kebiasaannya dalam bentuk suplemen.

Walaupun semua mamalia boleh menghasilkan Colostrum, suplemen biasanya diperbuat daripada Colostrum lembu. Suplemen ini dikenali sebagai ‘Colostrum bovine’.

‘Colostrum bovine’ adalah sama dengan Colostrum manusia. Ia kaya dengan vitamin, mineral, lemak, karbohidrat, protein yang melawan penyakit, hormon pertumbuhan, dan enzim pencernaan.

Suplemen Colostrum lembu telah menjadi popular sejak beberapa tahun belakangan ini kerana ia didapati boleh meningkatkan imuniti, melawan jangkitan, dan meningkatkan kesihatan usus.

Untuk menghasilkan suplemen ini, Colostrum daripada lembu dipasteurisasi dan dikeringkan ke dalam bentuk pil atau serbuk yang boleh dicampur dengan cecair. Colostrum bovine biasanya berwarna kuning terang dan rasanya sangat halus dan memilliki bau yang menyerupai mentega susu.

Kegunaan Colostrum

  • Jangkitan saluran udara bahagian atas dalam kalangan individu yang bersenam. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan secara oral selama 8-12 minggu dapat mengurangkan episod dan simptom jangkitan saluran pernafasan bahagian atas dalam kalangan individu yang yang bersenam.

  • Cirit-birit berjangkit. Pengambilan suplemen seolah-olah menghalang cirit-birit berjangkit daripada berkembang dalam kalangan individu dewasa  dan juga kanak-kanak yang mempunyai sejarah cirit-birit berjangkit. Selain itu, ia juga seolah-olah merawat cirit-birit berjangkit yang dikembangkan oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia ditemui tidak mempercepatkan tempoh pemulihan cirit-birit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak yang mengambil antibiotik.

  • Cirit-birit pada individu yang mempunyai HIV. Pengambilan suplemen membantu mengurangkan cirit-birit pada individu yang mempunyai HIV.

  • Selesema (influenza). Pengambilan suplemen jenis tertentu  secara oral selama 8 minggu boleh membantu menghalang selesema, termasuk dalam kalangan individu yang telah menjalani vaksinisasi terhadap selesema dan pada pesakit jantung yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapatkan selesema.

  • Cirit-birit rotaviral. Pengambilan syplemen dilihat dapat mengurangkan cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit akibat rotavirus. Kebanyakan kajian tersebut menggunakan Colostrum lembu hiperimun.

  • Kehilangan otot dalam kalanagan orang tua. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil produk Colostrum lembu tertentu (Eterna Gold, Saskatoon Colostrum Co. Ltd.) boleh meningkatkan kekuatan kaki. Tetapi ia tidak mempunyai kesan terhadap kekuatan badan atau komposisi badan bahagian atas bagi orang tua yang melakukan latihan berat badan.

  • Prestasi atletik. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa suplemen dapat meningkatkan prestasi atletik untuk beberapa aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, ia didapati tidak memberi kesan untuk latihan mendayung atau kekuatan.

  • Ingatan (fungsi kognitif). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen tidak memperbaiki ingatan pada individu dewasa yang lebih tua yang turut mengambil bahagian dalam program latihan.

  • Kencing Manis. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan Colostrum bovine dapat membantu mengurangkan kadar gula darah akibat pemakanan serta tahap kolesterol pada individu dengan kencing manis jenis 2.

  • Keradangan kolon (kolitis). Terdapat beberapa bukti awal yang menunjukkan bahawa enema rektum yang mengandungi 10% Colostrum bovine mungkin membantu merawat kolitis.

  • Kekurangan kesihatan pada kanak-kanak kecil (masalah perkembangan). Dalam kalangan kanak-kanak kecil yang tidak berkembang dengan baik, kajian awal mencadangkan pengambilan Colostrum lembu secara oral boleh  meningkatkan berat badan kecuali ketinggian.

  • Virus papilloma manusia (HPV – Human Papilloma Virus). Kajian awal menunjukkan bahawa menyapu Colostrum bovine pada faraj selama 6 bulan boleh membantu menyembuhkan luka serviks dalam kalangan individu yang mempunyai HPV.

  • Sklerosis pelbagai (MS – Multiple Sklerosis). Pengambilan Colostrum lembu hiperimun mungkin boleh membantu merawat simptom sklerosis pelbagai. Walau bagaimanapun, tidak semua kajian bersetuju dengan pendaoat tersebut.

  • Jangkitan saluran pernafasan bahagian atas. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan protein Colostrum bovine boleh membantu mencegah jangkitan saluran pernafasan bahagian atas dalam kalangan lelaki dewasa. Walau bagaimanapun, ia didapati tidak mengurangkan tempoh jangkitan tersebut jika ia berlaku. Selain itu, suplemen ini juga seolah-olah mengurangkan bilangan jangkitan saluran pernafasan bahagian atas pada kanak-kanak yang sering dijangkitinya.
  • Penipisan dinding faraj (atrophy vulvovaginal). Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan krim yang mengandungi Colostrum bovine dan bahan-bahan lain dalam faraj boleh menipiskan dinding faraj yang terjadi selepas menopaus.

Lebih banyak kajian perlu dijalankan bagi tujuan penggunaan berikut:

  • Bakteria dan jangkitan kulat.
  • Membina otot tanpa lemak.
  • Membakar lemak.
  • Mata kering.
  • Meningkatkan emosi dan perasaan kesejahteraan.
  • Penyembuhan kecederaan
  • Meningkatkan stamina dan kecergasan.
  • Keradangan dalam mulut.
  • Memperbaiki kerosakan sistem saraf.
  • Merangsang sistem imun.
  • Melambatkan dan membalikkan penuaan.
  • Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Colostrum

Colostrum bovine adalah SELAMAT untuk kebanyakan individu dewasa apabila diambil secara oral dalam dos yang tepat.

Apabila diberikan melalui rektal sebagai enema, atau di dalam faraj sebagai krim atau tablet, ia MUNGKIN SELAMAT bagi kebanyakan individu. Walaupun kebanyakan individu tidak mengalami sebarang kesan sampingan daripada penggunaan Colostrum lembu, wujud beberapa laporan yang jarang berlaku mengenai masalah penggunaannya dalam kalangan inidvidu HIV-positif seperti mual, muntah, keputusan ujian fungsi hati yang tidak normal, dan penurunan sel darah merah.

Malah, terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan terjadinya “penyakit lembu gila” (ensefalitis spongiform lembu, BSE) atau penyakit lain akibat produk yang berasaskan haiwan. Walau bagaimanapun, “Penyakit lembu gila” didapati tidak boleh disebarkan melalui produk tenusu, tetapi adalah perkara yang bijak untuk mengelakkan produk haiwan dari negara-negara di mana “penyakit lembu gila” ditemui.

  • Kanak-kanak: Colostrum bovine MUNGKIN SELAMAT apabila diambil  secara oral dengan berpatutan pada kanak-kanak.

  • Kehamilan dan ibu menyusu: Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Colostrum lembu jika anda hamil atau menyusu bayi. Ianya adalah disyorkan untuk anda berjaga-jaga dan elakkan penggunaannya.

  • Alahan terhadap susu lembu: Jika anda mempunyai alahan terhadap susu lembu atau produk susu, anda mungkin juga alah terhadap Colostrum lembu. Sekiranya demikian, lebih baik menjauhinya.

Interaksi Colostrum

Pada saat ini masih belum ada bukti atau maklumat mengenai interaksi Colostrum Bovine dengan produk lain.

Dos Colostrum

Suplemen boleh didapati dalam bentuk serbuk serta kapsul dan kapsul gel. Malah terdapat semburan hidung yang dipasarkan sebagai ubat penahan alahan. Suplemen boleh dibeli secara dalam talian tanpa preskripsi serta di farmasi yang menjual suplemen dan vitamin..

Dos yang ditentukna boleh berbeza-beza, tetapi majoriti pengeluar mencadangkan pengambilan kolostrym sebanyak 20 gram hingga 60 gram setiap hari untuk prestasi sukan atau kesihatan usus yang lebih baik.

Apabila ia digunakan untuk menguruskan atau merawat cirit-birit, suplemen perlu diambil sebelum makan.

Colostrum bukanlah antara bahan yang diharamkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Malah, Colostrum juga secara semula jadi wujud dalam susu ibu buat tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-785/bovine-colostrum

https://www.verywellhealth.com/colostrum-supplements-what-you-need-to-know-89040

https://www.healthline.com/nutrition/bovine-colostrum#what-it-is

Summary
Colostrum
Article Name
Colostrum
Description
Colostrum adalah cecair susu yang dikeluarkan oleh mamalia yang baru sahaja melahirkan anak sebelum bermulanya pengeluaran susu ibu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: