clinique

Clinique mempunyai rangkaian produk yang pelbagai termasuklah pencuci muka, pelembap, serum, toner dan banyak lagi. Diformulasikan tanpa paraben, tanpa phthalates dan tanpa pewangi, produk Clinique dibangunkan oleh pakar kulit dan diuji secara dermatalogi sekali gus menyediakan perlindungan premium untuk kulit anda. Terdapat pelbagai rangkaian produk dan di sini kami sediakan antara produk Clinique yang boleh anda dapatkan.

Clinique Liquid Facial Soap

Clinique Liquid Facial Soap

RM100.00

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, pencuci muka ini diuji secara dermatologi yang membersih muka dengan lembut. Formula yang lembut, menghasilkan buih yang tidak mengerimgkan dapat menghilangkan debu dan kekotoran sekali gus mengembalikan kelembapan semulajadi wajah. Terdapat 3 formula untuk 3 jenis kulit yang berbeza; 1) Extra mild – untuk kulit yang sangat kering dan kering, 2) Mild – Kombinasi kulit kering dan 3) Formula kulit berminyak – untuk kombinasi kulit kering dan berminyak. Produk ini 100% tidak mempunyai pewangi dan dibangunkan oleh pakar kulit.

Kiehl's Ultra Facial Cleanser

Kiehl’s Ultra Facial Cleanser

RM97.00

Pembersih wajah yang diformulasikan sesuai untuk semua jenis kulit. Membersihkan wajag secara menyeluruh dengan memhilangkan mekap tanpa mengeringkan kulit atau menghilangkan minyak semulajadi pada wajah. Mampu untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel kulit mati. Mempunyai pH yang seimbang untuk mengekalkan kelembapan semulajadi wajah. Diuji secara berkesan untuk memberi kelembutan pada wajah dan selamat untuk digunakan.

Clinique Clarifying Lotion Twice A Day Exfoliator

Clinique Clarifying Lotion Twice A Day Exfoliator

RM100.00

Clarifying Lotion ini membuang kekotoran dan sel-sel kulit mati pada wajah, menjadikan kulit lebih lembut dan cerah. Diformulakan dengan Wicth Hazel, produk ini menjadikan kulit lebih segar dan rasa sejuk dan bersih. Juga membantu menyediakan wajah untuk pelembap, yang membersihkan wajah secara exfoliate agar wajah lebih mudah untuk dihidrasikan atau meresap produk perawatan yang lain. Untuk kulit berminyak, penggunaan dua kali dapat membantu mengurangkan minyak yang berlebihan dan membersihkan liang pori kulit. Untuk kulit yang lebih kering, penggunaan dua kali dapat membantu membuang sel kulit mati yang menjadi penghalang untuk menyerap pelembap. Ianya juga dapat membantu menghilangkan garisan kering pada wajah. Diformulasikan untuk 5 jenis kulit, pastikan jenis kulit wajah anda sebelum memilih jenis yang sesuai.

Clarin White Plus Pure Translucency Brightening Aqua Treatment Lotion

Clarin White Plus Pure Translucency Brightening Aqua Treatment Lotion

RM178.00

Clarins White Plus Brightening Pure Aqua Lotion merupakan toner untuk mencerahkan wajah yang diformulasikan dengan tindakan glycerine untuk memberi kelembapan. Losyen ini mengandungi ekstrak Spergularia & Alchemila untuk mengurangkan hyper-pigmentasi yang melampau. Ia juga mengandungi Ginkgo Biloba untuk menggalakkan kitaran mikro pada wajah. Formula tanpa minyak ini membantu untuk mengembalikan wajah yang lembut, berseri dan sihat. Losyen ini juga mempu untuk menyegarkan wajah untuk memberikan tona yang lebih sekata. Sesuai digunakan untuk kulit kombinasi dan dalam cuaca yang panas.

Clinique Moisture Surge™ 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator

Clinique Moisture Surge™ 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator

RM151.20

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, pelembap ini mampu untuk memberikan kelembapan yang hebat untuk kulit anda. Menjadikan kulit dua kali lebih lembap selama 72 jam walaupun selepas mencuci wajah anda. Diformulasikan dengan Teknologi Auto-Replenishing yang terdiri daripada Hyaluronic Acid dan Activated Aloe Water, pelembap ini membantu wajah untuk menhasilkan sumber air sendiri untuk terus memberikan kelembapan pada wajah. Kemudian ianya akan mengunci kelembapan untuk wajah yang lebih cerah berseri.

Laneige Water Bank Moisture Cream EX

Laneige Water Bank Moisture Cream EX

RM155.00

Keupayaan untuk memberi kelembapan kulit dikuasakan oleh ‘Green Mineral Water’ yang merupakan formulasi yang diekstrak daripada Ocean Brew daripada tumbuhan terpilih yang kaya dengan mineral yang diperlukan untuk wajah. Mempunyai kesan antioksidan daripada garden cress yang mampu memhilangkan oksidan aktif dan berbahaya untuk meningkatkan tahap perlindungan kulit. Dapat membantu mengekalkan sehingga 24 jam kelembapan dengan Teknologi Water Zipper. Moisture Tight Matrix menegangkan kulit wajah untuk mengunci kelembapan sepanjang hari.

Clinique Pore Refining Solutions Correcting Serum

Clinique Pore Refining Solutions Correcting Serum

RM225.00

Serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ianya ringan, bebas minyak yang mana membersihkan liang pori yang tersumbat disebabkan debu dan minyak. Serum ini akan membantu untuk mengecilkan liang pori. Dengan formulasi Pore Resurfacing Complex, ianya mampu untuk membersihkan debu dan sel kulit mati daripada liang pori dengan cepat. Penggunaan jangka masa panjang akan menjadikan kulit lebih tegang, lembut dan kelihatan lebih muda.

Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum (30ml)

Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum (30ml)

RM36.90

Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum dengan formula pencerahan yang diperkayakan dengan 30X* Vitamin C dan ekstrak Yuzu Lemon segar dari Jepun. Tekstur yang ringan dan pantas menyerap ini bertindak secara mendalam* di pelbagai peringkat proses penggelapan melanin. Hasilnya dapat membantu mengurangkan penggelapan dari melanin sebanyak 85%** dalam masa hanya 6 hari. Kulit tampak cerah dan halus serta memudarkan bintik hitam. Produk ini diujikan secara Dermatologi dan disahkan Halal.

Clinique Take The Day Off™ Makeup Remover For Lids, Lashes & Lips

Clinique Take The Day Off™ Makeup Remover For Lids, Lashes & Lips

RM99.00

Pembersih mekap ini mampu untuk membuang mekap secara berkesan. Ia mampu untuk melarutkan mekap pada wajah anda, walaupun mascara yang kalis air sekali pun. Ianya tidak merengsa wajah. Diuji untuk alergi, 100% tidak mempunyai wangian dan diuji secara Ophthalmologist. Gunakan pada kapas wajah dan lapkan pada keseluruhan wajah.

Laneige Perfect Makeup Cleansing Water

Laneige Perfect Makeup Cleansing Water

RM90.00

Dengan teknologi triple micellar, Laneige Perfect Makeup Cleansing Water mampu untuk menghilangkan alat mekap termasuklah yang kalis air dengan berkesan. Produk ini juga diformulakan dengan asid emah dan cecair pembersih yang dibuat bebas daripada PEG. Pembersihan wajah menggunakan produk ini  dapat memberishkan liang pori dengan berkesan dan menjadikan kulit wajah lebih lembut dan segar dengan ekstrak peppermint yang memberikan kesan yang segar dan lembap.

Tagged: