clexane
Clexane boleh didapati dalam bentuk larutan untuk suntikan dalam picagari atau ampul yang hanya diberikan oleh pembekal penjagaan kesihatan.

Pengenalan

Clexane boleh didapati dalam bentuk larutan untuk suntikan dalam picagari atau ampul yang hanya diberikan oleh pembekal penjagaan kesihatan. Larutan Clexane (Enoxaparin sodium) juga tersedia sebagai ubat generik.

Kegunaan Clexane

Clexane digunakan dalam beberapa keadaan perubatan seperti:

  • Merawat darah beku
  • Merawat penyakit jantung tertentu (contohnya, angina dan serangan jantung), apabila digunakan dengan aspirin
  • Menghalang pembentukan darah beku selepas pembedahan, sewaktu hospitalisasi atau lanjutan rawatan pembersihan darah oleh buah pinggang tiruan (hemodialisis)

Selain itu, doktor anda juga mungkin memberi preskripsi Clexane untuk sebab-sebab lain. Tanyalah doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Clexane. Ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor. Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa Clexane boleh menyebabkan ketaihan.

Langkah Berjaga-Jaga Dan Amaran Bagi Penggunaan Clexane

  • Pendarahan. Ubat ini mungkin meningkatkan risiko pendarahan. Ini boleh berpunca dari luka yang berdara, gusi berdara selepas anda memberus atau flos gigi, darah dalam air kencing, atau najis yang berwarna merah atau hitam. Beritahu doktor anda jika anda mengalami simptom-simptom tersebut.
  • Platelet rendah. Dalam kes yang jarang berlaku, ubat ini boleh menurunkan platelet anda. Platelet diperlukan oleh darah dalam proses pembekuan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko pendarahan yang lebih teruk. Doktor anad mungkin akan memantau paras platelet anda sewaktu penggunaan ubat ini.

Kesan Sampingan Clexane

Beritahu doktor anda segera jika anda berasa tidak sihat sewaktu menggunakan Clexane. Ia mungkin mempunyai kesan sampingan tertentu. Kadangkala, kesan sampingannya boleh menjadi serius, namun pada kebanyakan masa ia tidak serus. Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika anda mengalami sesetengah daripada kesan sampingan tersebut.:

  • Kesakitan, lebam atau iritasi pada tapak suntikan Clexane
  • Nodul yang keras dan meradang pada tapak suntikan·
  • Ruam kemerahan dan gatal pada tapak suntikan
  • Pendarahan pada tapak suntikan
  • Kulit gatal

Selain itu, berhenti menggunakan Clexane dan beritahu doktor anda segera atau pergi ke pusat kecemasan berdekatan jika:

  • Ruam berwarna merah atau ungu yang sakit sakit dan gatal pada tapak suntikan·
  • Kesukaran bernafas
  • Simptom seperti demam hay (ruam gatal, lecet), atau simptom alahan lain
  • Pendarahan (termasuklah hidung berdarah atau pendarahan dari luka yang berterusan), lebam yang lebih mudah dan kerap berlaku, air kencing berwarna merah atau perang gelap, najis berwarna merah
  • Kebas, masalah koordinasi badan, pening kepala, keletihan, kepala berasa ringan, pandangan kabur, kekeliruan atau kesukaran bercakap
  • Kesakitan abdomen, dada, atau kepala yang teruk
  • Loya, cirit-birit, demam
  • Tangan, buku lali atau kaki bengkak
  • Ruam yang di merata tempat, terutamanya di sekitar mulut, mata atau jari tangan dan kaki yang bertukar kebiruan (tanda bekalan darah yang terjejas)

Jika anda perlu mengambil suntikan anestetik di bahagian belakang badan anda (tulang belakang, suntikan epidural) sewaktu mengambil Clexane, prosedur tersebut perlu dilakukan di hospital. Beritahu doktor anda segera jika sebarang simptom tersebut berlaku selepas menjalani prosedur suntikan anestetik di bahagian belakang badan anda:

  • Sakit di bahagian tengah belakang
  • Kebas dan kelemahan di kaki
  • Masalah usus dan membuang air besar

Kontraindikasi Clexane

Jangan ambil Clexane sekiranya anda mempunyai alahan terhadap Clexane, heparin atau bentuknya yang lain. Sesetengah tanda simptom reaksi alahan termasuklah muka, bibir atau lidah bengkak, kesukaran bernafas, ruam kulit yang gatal, lecet atau kulit menggelupas.

Jangan ambil Clexane jika ana mempunyai atau pernah mengalami keadaan perubatan berikut:

  • Gangguan darah
  • Strok tertentu
  • Masalah perut atau usus seperti usler atau kolitis ulseratif.
  • Jangkitan kuman dalam jantung.

Jangan sekali-kali beri Clexan kepada kanak-kanak. Ini kerana keselamatan dan keberkesanannya masih belum dikembangkan bagi kanak-kanak.

Selain itu, jangan gunakan Clexane setelah ia telah tamat tempoh atau jika bungkusannya rosak.

Jika anda tidak pasti bagaimana anda perlu menggunakan Clexane, bercakaplah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi Clexane

Semua ubat berinteraksi dengan berbeza bagi setiap individu. Anda perlu memeriksa semua interaksi yang berkemungkinan dengan doktor sebelum memulakan sebarang ubat.

– Interaksi dengan alkohol

  • Interaksi dengan alkohol tidak diketahui. Anda disyorkan untuk merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.

– Interaksi dengan ubat

  • Escitalopram
  • Ubat-ubatan antiradang bukan steroid
  • Perencat enzim angiotensin

– Interaksi dengan penyakit

  • Gangguan pendarahan. Ubat ini mungkin meningkatkan risko pendarahan bagi pesakit yang mempunyai gangguan pendarahan yang bergelar hemofilia atau perndarahan yang luar biasa dalam saluran usus. Ubat alternatif lain perlu dipertimbangkan bergantung pada keadaan klinikal.
  • Penyakit hati. Ubat ini mungkin meninggkatkan risiko pendarahan dalam pesakit yang mempunyai kecederaan hati. Ubat alternatif perlu dipertimbangkan bergantung pada keadaan klinikal.

– Interaksi dengan makanan

  • Maklumat tidak diketahui

– Interaksi makmal

  • Maklumat tidak diketahui

Senarai di atas bukanlah senarai penuh interaksi yang berkemungkinan bagi Clexane. Anda perlu berunding dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut.

Dos Clexane

– Terlepas dos

Ambil dos yang terlepas secepat mungkin. Namun, jika menghampiri tempoh pengambilan seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil seperti jadual yang telah ditetapkan.

– Terlebih dos

Dapatkan rawatan kecemasan atau hubungi doktor jika anda terlebih dos.

SUMBER

https://www.myvmc.com/drugs/clexane/

https://www.healthline.com/health/enoxaparin-injectable-solution#what-is-enoxaparin?-about

https://www.practo.com/medicine-info/clexane-40-mg-injection-23252#side-effects

Summary
Clexane
Article Name
Clexane
Description
Clexane boleh didapati dalam bentuk larutan untuk suntikan dalam picagari atau ampul yang hanya diberikan oleh pembekal penjagaan kesihatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: