clenx tea

Apabila kita mempunyai toksin yang tidak sihat di dalam badan kita, ia tidak memberi apa-apa manfaat yang baik kepada tubuh badan kita. Lebihan toksin ini akan menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental seperti keletihan kronik, sakit kepala, insomnia dan pelbagai jenis penyakit. Sebilangan besar toksin ini berasal dari benda yang anda gunakan setiap hari seperti makanan, air, produk penjagaan diri dan persekitaran anda. Diet detoks seperti teh detoks Clenx dikatakan dapat menghilangkan toksin dari badan anda, meningkatkan kesihatan, dan mendorong penurunan berat badan. Oleh itu terdapat pelbagai jenis produk yang anda boleh mengambil untuk detoks dan contoh terbaik ialah teh CLENX yang senang untuk dicari dipasaran.

NH Detoxlim Natural Clenx Tea

NH Detoxlim Natural Clenx Tea

RM23.60

Teh Clenx diperbuat daripada teh hijau organik 100% dan herba semula jadi. Teh Clenx adalah bebas dari gula tambahan dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang.Teh Clenx dapat melengkapkan program pengurusan berat badan dan gaya hidup sihat anda. Bahan semula jadi dalam Teh Clenx berfungsi dengan melembutkan sisa terkumpul dan meningkatkan aktiviti otot di usus besar. Teh Clenx juga dapat membantu mengatur sistem pencernaan dan mendorong sisa di usus besar ke rektum.

Sonnentor Liberate Your Liver Tea, Liver Detox Tea

Sonnentor Liberate Your Liver Tea, Liver Detox Tea

RM28.90

Teh detoks ini dapat membantu menyahtoksin hati anda. Teh ini yang berkilau ambar ini mempunyai aroma dandelion, adas dan serai yang kuat dengan pudina segar. Semua ramuan herba yang didapati di dalam teh ini ditanam secara biodinamik dan diadun khas untuk memberikan aroma teh dan kesan penyembuhan yang lebih kuat. Produk ini dibuat dari negara Austria dan ia adalah organik dan mesra vegan.

OK TEH Herba + Halia

OK TEH Herba + Halia

RM28.00

Teh detoks ini dirumuskan dari daun-daun herba yang bermutu tinggi. Ia digunakan secara tradisional untuk mengurangkan dan mengawal berat badan anda. Produk ini juga memberi keseimbangan berat badan dan mampu membantu anda untuk membentuk badan yang menawan.Teh ini akan meningkatkan metabolisme anda, melancarkan proses penghadaman, melancarkan proses perkumuhan, membantu mengatasi masalah sembelit, meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan anda, mencegah pembinaan lemak di dalam tubuh badan dan membantu mengawal selera makan anda.

Era Herbal SELIMY TEA Natural Healthy Slim Tea Bag

Era Herbal SELIMY TEA Natural Healthy Slim Tea Bag

RM36.00

Teh detoks ini membantu menyahtoksik hati dan yang lebih penting adalah untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan anda. Apabila teh ini diminum dengan kerap ia akan membantu untuk menghilangkan pigmentasi di dalam badan. Produk ini boleh mengurangkan berat badan, ,meningkatkan detoksifikasi hati, mempercepat pembakaran lemak, menghilangkan lemak berlebihan, mengurangkan pengumpulan lemak dan juga menghilangkan pigmentasi. Produk ini mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan teh detoks Clenx.

DETEA DETOX TEA SEXYCURVE

De Tea Detox Tea Sexycurve

RM65.90

Detoks adalah cara yang baik untuk membantu memberi nutrien yang diperlukan kepada tubuh anda dan memberikan peluang kepada sistem pencernaan anda untuk berehat. Produk ini diformulasikan secara strategik untuk membantu pengurusan berat badan anda. Ia mengandungi ekstrak dari buah lemon, buah pic, buah garcinia cambogia, teh hijau, buah limau gendang, buah guarana dan buah sitrus yang lain. Produk ini akan meningkatkan metabolisme anda, membakar lemak yang disimpan, mengurangkan kembung perut, membuangkan toksin, dan membantu menyelesaikan masalah pencernaan anda.

Dary SlimmingLemon SLYM Dary Skinny Tea

Dary SlimmingLemon SLYM Dary Skinny Tea

RM25.00

Formulasi Slimming Tea ini adalah untuk pelangsingan badan yang dengan mudah,cepat dan selamat tanpa perlu untuk diet dan senaman yang intensif. Berbanding dengan teh detoks Clenx, produk ini dibuat dengan 100% tumbuhan dan herba yang dikeringkan, dikisar dan dijadikan seperti teh. Teh ini boleh mengempiskan perut yang boroi, mengecilkan pinggang, detoks dan bersihkan usus kecil dan besar dari sisa toksik, meningkatkan penghadaman dan boleh melancarkan peredaran darah. Produk ini amat sesuai bagi orang yang gemuk dan buncit dan orang yang susah untuk membuang air besar setiap hari.

AHMAD TEA DETOX CLEANSE

Ahmad Tea Detox Cleanse

RM10.90

Teh detoks ini mempunyai herba, akar, dan daun yang menghasilkan campuran yang akan membantu menyegarkan anda dari dalaman dan luaran. Halia dan pudina telah ditambahkan untuk rasa lebih segar pada teh ini dan menjadikannya lebih enak dan berselera. Teh ini juga mempunyai bahan adas, dandelion, dan birch yang boleh menyokong fungsi buah pinggang. Teh ini juga ditambah dengan rosemary, halia dan daun jelatang untuk meningkatkan tenaga dan kecergasan anda.

Total Image Beauty Dutox Tea

Total Image Beauty Dutox Tea

RM25.50

Total Image Beauty Dutox Tea menggunakan gabungan yang mengagumkan dengan membersihkan badan anda supaya anda lebih rasa segar. Teh ini dihasilkan dari 5 ramuan herba semula jadi, teh ini dapat membantu menyahtoksin badan anda, dalam mencapai penampilan yang lebih langsing dan kulit yang lebih sihat. Ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan pergerakan usus dan mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Produk ini disahkan Halal oleh JAKIM, Malaysia, maka ia selamat untuk dimakan oleh orang Islam. Produk ini adalah sesuai untuk lelaki & wanita.

WATSONS Detox Tea

WATSONS Detox Tea

RM14.05

Watsons D’ox Tea adalah satu kaedah selamat, semula jadi, dan efektif untuk mempromosikan penghapusan toksin dan sisa sambil menggalakan asimilasi nutrien yang penting untuk membantu mencegah toksik dari terkumpul supaya penyerapan nutrien lebih efektif. Kesan lain dari produk ini ialah sistem pencernaan menjadi lebih terkawal dan menjadikan mood anda semakin bertambah baik. Produk ini menggunakan teh hijau, teh Chamomile dan kulit kayu manis di mana ia adalah dari bahan botanikal semulajadi.

Newco Nu Xlim Slimming Tea

Newco Nu Xlim Slimming Tea

RM34.50

Produk ini dapat mengurangkan pengambilan makanan dengan mengurangkan nafsu selera makan . Selain itu, ia juga dapat membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak. Oleh itu ia dapat mengurangkan berat badan anda dengan berkesan. Ia juga dapat membersihkan kolon anda dengan mengurangkan toksin dalam badan anda. Pembersihan tubuh dari toksin secara berkala dapat menghalang pembentukan radikal bebas yang seterusnya melindungi sel-sel tubuh kita yang rosak. Produk ini juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan teh detoks clenx.

Summary
Clenx Tea Malaysia dan 9 Alternatif Yang Baik Untuk Membuang Toksin
Article Name
Clenx Tea Malaysia dan 9 Alternatif Yang Baik Untuk Membuang Toksin
Description
Apabila kita mempunyai toksin yang tidak sihat di dalam badan kita, ia tidak memberi apa-apa manfaat yang baik kepada kita. Lebihan toksin ini akan menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental seperti keletihan kronik, sakit kepala, insomnia dan pelbagai jenis penyakit. Sebilangan besar toksin ini berasal dari benda yang anda gunakan setiap hari seperti makanan, air, produk penjagaan diri dan persekitaran anda. Diet detoks seperti teh detoks Clenx dikatakan dapat menghilangkan toksin dari badan anda, meningkatkan kesihatan, dan mendorong penurunan berat badan. Oleh itu terdapat pelbagai jenis produk yang anda boleh mengambil untuk detoks dan contoh terbaik ialah teh CLENX yang senang untuk dicari dipasaran.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: