claritin
Claritin (loratadine) adalah sejenis antihistamin yang mengurangkan kesan semula jadi kimia histamin dalam badan.

Pengenalan

Claritin (loratadine) adalah sejenis antihistamin yang mengurangkan kesan semula jadi kimia histamin dalam badan. Histamin boleh menghasilkan simptom seperti bersin, hidung berair, mata berair, ruam dan gatal-gatal.

Ia digunakan untuk merawat simptom-simptom yang dihasilkan oleh histamin tersebut atau simptom alahan lain. Selain itu, ia juga digunakan untuk merawah masalah kulit yang kronik.

Kegunaan Claritin

Claritin digunakan untuk melegakan simptom-simptom demam hay atau alahan lain seperti:

  • Hidung berair
  • Bersin
  • Mata gatal atau berair
  • Hidung atau tekak gatal

Ubat ini juga boleh dipreskripsi atas kegunaan lain. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Kesan Sampingan Claritin

Kesan sampingan paling umum Claritin termasuk:

  • Mengantuk
  • Keletihan
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Mata, mulut, tekak kering
  • Cirit-birit
  • Stimulasi paradoks (perasaan seperti teruja atau berdebar-debar)

Kesan sampingan yang serius:

  • Kerosakan atau keradangan hati·
  • Sesak dada
  • Pengsan
  • Sawan
  • Kiraan platelet rendah (thrombocytopenia)

Kontraindikasi  Claritin

Hipersensitif terhadap tablet adalah indikasi. Sebagai tambahan, tablet Claritin-D tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan berikut:

  • Menyusu bayi
  • Kanak-kanak bawah umur 2 tahun
  • Kanak-kanak bawah umur 4 tahun
  • Kehipersensitifan
  • Mengambil ubat perencat monoamine oxidase
  • Hamil

Interaksi Claritin

Claritin tidak memiliki banyak interaksi dengan ubat-ubatan lain. Namun begitu, adalah penting untuk berkongsi dengan doktor dan ahli farmasi mengenai semua ubat yang anda ambil.

Anda tidak boleh mengambilnya jika anda mengambil Ranexa (ranolazine). Selain itu, sebelum mengambilnya, bercakap dengan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat-ubatan berikut:

  • Cordarone, Nexterone, atau Pacerone (amiodarone)
  • Prezista (darunavir)
  • Sprycel (dasatinib)

– Claritin dan Alkohol

Alkohol dan Claritin boleh membuatkan anda pening, diiringi dengan mulut dan mata kering (yang boleh mengkaburkan penglihatan, jadi anda perlu mengelakkan pengambilan alkohol sewaktu mengambilnya.

– Claritin dan Jus Limau Gedang

Keduanya dipecahkan oleh hati dalam cara yang sama, jadi terdapat risiko kecil kesan sampingan yang bertentangan apabila diambil pada waktu yang sama.

Bercakaplah dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang meminum jus limau gedang sewaktu pengambilannya.

Dos Claritin

Claritin boleh didapati dalam bentuk kapsul, tablet dan sirap. Ia tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah umur 6 tahun.

Anda tidak boleh mengambil dos melebihi 10 mg, iaitu sebanyak satu tablet atau kapsul dan dua sudu teh sirup dalam sehari melainkan atas nasihat doktor.

Terlepas dos Claritin

Jika anda terlepas dos, cuba ambilnya secepat mungkin. Namun jika ia menghampiri tempoh dos seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil seperti yang dijadualkan. Jangan gandakan dos.

Terlebih dos Claritin

Individu yang mengambil lebih daripada 10 mg dalam sehari mempunyai risiko tinggi untuk mengantuk yang berlebiha, degupan jantung laju dan sakit kepala.

Kanak-kanak melebihi 6 tahun, yang mengambil dos melebihi 10 mg berisiko menjejaskan perherakan mereka, seperti pesakit Parkinson.

Sekiranya anda mengesyaki anda terlebih dos, hubungi 999 atau pergi ke pusat rawatan kecemasan yang berdekatan.

SUMBER

https://www.everydayhealth.com/drugs/loratadine

https://www.rxwiki.com/claritin-0

https://www.drugs.com/claritin.html

https://www.tabletwise.com/us/claritin-d-tablet

Summary
Claritin
Article Name
Claritin
Description
Claritin (loratadine) adalah sejenis antihistamin yang mengurangkan kesan semula jadi kimia histamin dalam badan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: