clarinase
Clarinase boleh didapati dalam bentuk tablet dan digunakan untuk mengurangkan kesan histamin.

Pengenalan

Clarinase boleh didapati dalam bentuk tablet dan digunakan untuk mengurangkan kesan histamin. Oleh itu, ia dirujuk sebagai antihistamin dan berkesan sebagai dekongestan nasal juga.

Histamin adalah sejenis kimia yang dijumpai dalam sesetengah sel badan dan ia menyebabkan demam, bersin, hidung berair dan gatal, kulit kemerahan dan gatal, gangguan kulit, demam panas, alahan dan keadaan-keadaan lain. Selain itu, tablet Clarinase juga digunakan untuk merawat masalah kulit lain.

Tablet ini mengandungi loratadine dan pseudoephedrine sebagai bahan aktif. Ia bertindak dengan cara menghalang kesan histamin dan mernagsang reseptor adrenergic. Ubat ini turut dikenali menghasilkan reaksi alahan dengan menyempitkan pembuluh arah dan mengurangkan bengkak pada saluran nasal, yang seterusnya melancarkan hidung tersumbat.

Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak disyorkan mengambil ubat ini. Manakala, ibu yang menyusu bayi juga perlu menjauhkan penggunaannya kerana ia boleh menjejaskan susu ibu. Ibu hamil pula dinasihatkan mengambil ubat ini hanya atas nasihat doktor. Tablet ini dipreskripsi untuk dimakan secara menyeluruh, tanpa menghancurkan atau mengunyahnya.

Kegunaan Clarinase

Clarinase berkesan untuk melegakan simptom yang dikaitkan dengan rinitis alahan dan demam biasa termasuklah hidung tersumbat, bersin, rhinorrhea, pruritus dan lakrimasi.

Tablet Clarinase (Clarinase Repetab) disyorkan apabila kedua-dua ciri antihistamin loratadine dan kesan dekongestan pseudoephedrine sulfate diperlukan.

Langkah Berjaga-Jaga dan Amaran Penggunaan Clarinase

Clarinase perlu dielakkan dalam keadaan tersebut:

  • Pesakit yang mempunyai alahan terhadap sebarang kandungan aktif dalam Clarinase (pseudoephedrine atau loratadine) atau ubat-ubatan lain yang serupa.
  • Penyakit tiroid
  • Pesakit yang menghidap Glaukoma (peningkatan tekanan mata)
  • Pesakit yang mempunyai sakit jantung. Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, denyutan nadi yang laju, atau palpitasi, hubungi doktor anda dnegan segera.
  • Pesakit yang mengalami strok
  • Pesakit yang mengalami masalah pernafasan
  • Pesakit yang mempunyai gangguan pundi kencing

Jika anda sedang menggunakan ubat-ubatan untuk merawat kemurungan (Monoamine Oxidase Inhibitor – MAOI), seperti:

  • Moclobemide,
  • Selegiline (juga digunakan untuk merawat penyakit Parkinson),
  • Isocarboxazid,
  • Phenelzine dan lain-lain.

Penggunaan Clarinase bersama-ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengambil Clarinase.

Clarinase perlu dielakkan oleh pesakit yang berumur 65 tahun ke atas oleh kerana ia berisiko meningkatkan kesan sampingan.

Clarinase hanya boleh digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan berikut:

  • Pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang.
  • Pesakit yang mengalami gastrik atau ulser duodenal.
  • Pesakit yang menghidap diabetes mellitus.

Disebabkan Clarinase mengandungi pseudoephedrine (agen sympathomimetic), terdapat risiko bagi penyalahgunaan ubat.

Jika anda merancang untuk melakukuan ujian alahan pada masa hadapan (dalam 2 minggu), anda perlu berhenti mengambil ubat ini sebelum menjalani ujian tersebut, ini kerana ubat ini mengandungi loratadine (ubat anti-alahan).

Para atlet pula harus berjaga-jaga kerana ubat ini boleh memberi hasil positif sewaktu ujian dadah kerana ia mengandungi pseudoephedrine.

Kesan Sampingan Clarinase

Clarinase boleh mengakibatkan kesan-kesan sampingan tersebut:

  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  2. Denyutan nadi yang lagu (tachycardia),
  3. Jantung berdegup kuat (palpitasi)
  4. Sakit kepala
  5. Pening kepala
  6. Deringan dalam telinga
  7. Berpeluh
  8. Perubahan mood
  9. Kemurungan
  10. Kebimbangan
  11. Loya
  12. Muntah
  13. Sembelit
  14. Mulut kering
  15. Keletihan
  16. Kesukaran bernafas
  17. Batuk,
  18. Rambut gugur (alopecia)
  19. Alahan dan lain-lain

Beritahu doktor jika anda mengalami sebarang kesan sampingan.

Kontraindikasi Clarinase

Pesakit yang menerima terapi ubat-ubatan MAOI atau yang telah berhenti selama 14 minggu merupakan kontraindikasi bagi Clarinase.

Selain itu, pesakit yang menghidap glaukoma, pembendungan air kencing,  tekanan darah tinggi atau penyakit jantung yang teruk dan hipertiroidisme juga adalah kontraindikasi bagi hipertiroidisme.

Interaksi Clarinase

Clarinase perlu dielakkan diambil bersama ubat-ubatan berikut:

– Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kemurungan seperti:

  • Moclobemide
  • Selegiline (ia juga boleh digunakan dalam rawatan penyakit Parkinson)
  • Isocarboxazid,
  • Linezolid, dan lain-lain 

– Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat migrain yang digelar ergot alkaloid seperti:

  • Ergotamine,
  • Dihydroergotamine dan methylergometrine yang digunakan untuk menghentikan pendarahan). Penggunaan ubat ini bersama Clarinase boleh menaikkan paras darah.

– Ubat-ubatan yang dikenali sebagai dopamin seperti:

  • Bromocriptine dan cabergoline. Penggunaan bersama Clarinase boleh meningkat risiko darah tinggi.

– Ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat hidung tersumbat, termasuklah penitis hidung. Penggunaan ubat-ubatan in bersama Clarinase boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

– Ubat-ubatan penurunan berat badan.

– Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau penyakit jantung lain.

Pergolide, sejenis uubat yang digunakan dalam rawatan Parkinson.

Antasid, ubat-ubatan yang digunakan untuk meneutralkan asid dalam perut. Ubat-ubatan ini boleh meningkatkan paras Clarinase dalam darah dan menyebabkan kesan sampingan.

Hubungi doktor anda tentang semua ubat-ubatan klinikal serta produk herba yang anda ambil sebelum mengambil Clarinase.

Dos Clarinase

Clarinase mengandungi dua bahan aktif loratadine (5 mg) dan pseudoephedrine (120 mg). Ia tergolong dalam sekumpulan ubat yang digelar dekongestan nasal untuk kegunaan sistemik.  

Kesannya berdasarkan tujuan penggunaan dan jumlah dos yang diambil. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat ini selepas makan dan dosnya ditentukan oleh doktor.

Sekiranya simptom anda masih berterusan atau bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor anda segera.

SUMBER

https://www.lybrate.com/medicine/clarinase-tablet

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/clarinase%20repetab

https://pharmacybook.net/clarinase/

Summary
Clarinase
Article Name
Clarinase
Description
Clarinase boleh didapati dalam bentuk tablet dan digunakan untuk mengurangkan kesan histamin. Ia dirujuk sebagai antihistamin dan berkesan sebagai dekongestan nasal juga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: