Now Reading
CITRA Natural Glowing White UV Hand & Body Lotion

CITRA Natural Glowing White UV Hand & Body Lotion

CITRA Natural White UV

Body Lotion Citra menawarkan berbagai macam produk dengan fungsi dan kandungan yang berbeza-beza. Ada Citra Body Lotion Sakura Fair UV dengan wangi bunga sakura Jepun, hingga Citra Natural White UV Body Gel dengan kandungan lidah buayanya.

Citra Natural White UV merupakan formula baru dengan 100% esen bengkoang dan teh hijau Jepun semulajadi yang diperkayakan dengan  10X Vitamin C**.

Losyen Badan dan Tangan Citra Natural Glowing White UV memberikan nutrisi dan kelembapan yang lebih untuk kulit cerah dan sihat berseri.

**kandungan vitamin C bengkoang dibandingkan dengan formula lama

CITRA Natural White UV

Kebaikan body lotion Citra Natural White UV :

  • Menghidrasi kulit kering
  • Menghaluskan bagian kulit yang kasar
  • Membuat kulit wangi
  • Aroma wanginya dapat membuat seseorang berasa tenang,

Kalau kita berjumpa dengan bayi semasa jalan-jalan di taman , pasti kita akan geram rasa nak pegang je kan, sebenarnya bukan sebab size bayi itu kecil dan montel ataupun bayi kelihatan berseri-seri tetapi kita suka akan sentuhan kulit bayi yang mulus dan segar. Atas dasar tersebut , ia telah formulasikan body lotion Citra Natural White UV menggunakan Intipati semulajadi bengkoang dan teh hijau dari Jepun untuk adaptasi kulit badan dari luaran. Wanita Jepun pula sangat dikenali akan kehalusan dan tona kulit nya yang kelihatan segar sepanjang masa.

Adakah kerana sememangnya kita di Malaysia ini rata-rata mempunya tona warna kulit yang gelap ? Kulit kusam bukan bermaksud tona kulit gelap tetapi kulit hilang serinya.

Kekusaman kulit telah menjadi masalah utama terutamanya kaum wanita di Malaysia atas dasar tersebut:

1. Faktor cuaca .

Cuaca yang tidak menentu.Sekejap hujan sekejap panas terik membuatkan badan kita mengeluarkan peluh dan lebihan minyak ke atas kulit kita. Kalau tak selalu di cuci , kulit pasti mudah untuk menjadi kusam.

CITRA Natural White UV

2. Faktor pemakanan

Kita di Malaysia ni sangat suka akan makanan yang pedas dan berminyak. Hampir setiap hari rutin pemakanan yang sebegitu. Kalau tak makan nasi lemak selepas 3 hari , pasti mencari juga tu. Sememangnya sudah makanan kegemaran 1 malaysia kan. Jadi kalau kita susah nak kawal pemakanan kita, kita kena selalu minum air putih untuk mencernakan nya dengan cepat dari system badan.

Oleh itu , Kalau kurang minum air selepas makan , pasti badan terasa panas dari dalaman dan mengeluarkan rembesan toksin melalui liang roma kulit, maka kalau jarang mandi , atau di cuci sememang mengundang kekusaman.

3. Faktor cara kehidupan.

Bak kata remaja zaman sekarang ‘’ No money . no honey ‘’, tiada duit tiada la kemanisan kehidupan. Maka, kita di Malaysia sememangnya sudah menjalani kehidupan yang sibuk mencari rezeki dan hasil pendapatan tanpa mengira apa pun keadaan.

Tanpa di sedari , corak kehidupan yang sedemikian akan membuatkan tubuh badan kita mengumpul toksin secara dalaman. Bila ianya di rembeskan dari badan , ianya terperangkap di atas kulit badan kita. Kekotoran toksin sudah pasti menjadikan kulit kita kusam.

Bahan Utama CITRA Natural White UV Hand & Body Lotion

Bahan semulajadi bengkoang dan teh hijau telah dibuktikan dapat memutihkan kulit dan mencerahkan kembali warna kulit yang kusam. Keseluruhan formula dipercayai mempunyai sepuluh kali lebih banyak vitamin C. Dengan penggunaan yang kerap, kulit akan kelihatan lebih putih, lebih terang, dan berasa lebih lembap dan mengunyah. Losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan CITRA Natural White UV Hand & Body Lotion

Nak lebih berseri 3 kali ganda selepas sapuan pertama? Ni cara yang betul untuk setiap penggunaan; Sapukan bodylotion secara perlahan-lahan pada badan anda setiap pagi dan malam selepas mandi. Untuk hasil yang optimum, gunakan sekali CITRA Natural White Body Wash dan CITRA Natural Bright Body Scrub.

error: Content is protected !!