Sebagai ibu bapa adalah teruja tentang jantina bayi semasa ibu sedang mengandung. Ini kerana boleh membantu ibu bapa untuk buat persediaan. Contoh dari segi pakaian bayi dan keperluannya lain.

Ultrasound semasa pemeriksaan boleh scan tentang jantina bayi. Walau bagaimanpun, ibu bapa juga tidak boleh 100% percaya pada ultrasound kerana ia kurang jelas and bukanya tepat sekali.

Di artikel ini, kami ingin berkongsi ciri-ciri mengandung anak lelaki kepada para ibu. Ini sebagai panduan kepada ibu yang ingin mengandung bayi lelaki.  Bayi merupakan anugerah yang terindah kepada ibu bapa. Bayi lelaki ataupun perempuan sama sahaja asalkan si comel sentiasa sihat.

Ciri-ciri Hamil Anak Lelaki

1. ‘MORNING SICKNESS’

Menurut orang tua dahulu, ibu yang mengandungkan bayi lelaki akan mengalami rasa loya atau lebih dikenali sebagai “morning sickness”. Jika kurang mengalami rasa muntah dalam tempoh mengandung, ini menandakan anda mungkin hamil anak perempuan.

2. UKURAN PAYUDARA

Ukuran payudara disebabkan perubahan oleh hormon di dalam badan. Selalunya dikatakan, jika ibu mengalami perubahan ukuran payudara dan saiz semakin besar, anda mungkin menghamilkan anak lelaki.

3. POSISI DAN BENTUK PERUT

Melihat posisi dan bentuk perut adalah salah satu ciri sangat popular untuk mengetahui ibu hamil anak lelaki ataupun perempuan. Menurut orang tua, ibu yang mengandung bayi lelaki, perut akan condong ke atas dan melonjong ke hadapan. Sebaliknya pula, ibu mengandung bayi perempuan, posisi perut lebih melebar ke bawah dan kelihatan bulat dan rata.

4. POSISI TIDUR

Ibu yang sedang mengandung anak lelaki lebih suka  tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kiri.

5. GERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Ciri Gerakan bayi dalam kandungan juga salah satu ciri untuk meramalkan jantina bayi. Gerakan yang banyak bermaksud mengandung bayi perempuan, sebaliknya, ritma yang beratur bermaksud mengandung bayi lelaki.

6. MENGIDAM

Ibu yang lebih menyukai makanan yang pedas, masam dan masin dikatakan mengandung bayi lelaki.

7. HITUNGAN DETAK JANTUNG

Apabila usia kehamilan telah memasuki trimester akhir, proses mengira kadar denyutan bayi akan dilakukan. Dekatkan telinga anda ke perut seorang wanita hamil, kemudian hitung denyutan jantungnya selama satu minit. Detak jantung yang kurang 150/minit, diramalkan mengandung bayi lelaki.

8. PENAMPILAN IBU MENGANDUNG

Jika perangai ibu berubah ketika mengandung, tidak suka berhias, tidak gemar bersolek, malas mandi, atau susah mendandan rambut.  Si ibu mungkin mengandung bayi lelaki.

9. KONDISI RAMBUT

Jika rambut ibu menjadi lebih tebal dan berkilat sepanjang kehamilan ia diramalkan mengandung bayi lelaki. Sebaliknya, jika mengandung bayi perempuan dikatakan lebih senang bergaya dan memakai pakaian yang cantik-cantik sepanjang masa.

Makanan Yang Perlu Diambil

Menurut kajian, diet dan pemilihan jantina berhubung kait rapat. Didapati sperma bayi lelaki lebih suka persekitaran vagina yang beralkali.

Kurangkan pengambilan makanan berikut:

  • Makanan pedas dan masam terutamanya mengandungi cuka, jus dan buah sitrus.
  • Produk tenusu seperti susu dan keju
  • Makanan yang mengandungi potasium tinggi seperti pisang, brokoli, kentang, dan bayam.

Lebihkan pengambilan makanan berikut:

  • Roti, avokado, dan rumput gandum.
  • Buah ceri.
  • Pengambilan Evening Primrose Oil setiap hari.

Selamat Mencuba !

https://www.healthline.com/health/10-postsurgery-bras-how-to-choose#questions-to-ask

https://www.huggies.co.za/articles/pregnancy/conception/how-to-conceive-a-boy

Summary
Ciri-ciri Mengandung Anak Lelaki Yang Perlu Anda Tahu
Article Name
Ciri-ciri Mengandung Anak Lelaki Yang Perlu Anda Tahu
Description
Sebagai ibu bapa adalah teruja tentang jantina bayi semasa ibu sedang mengandung. Ini kerana boleh membantu ibu bapa untuk buat persediaan. Contoh dari segi pakaian bayi dan keperluannya lain. Ultrasound semasa pemeriksaan boleh scan tentang jantina bayi. Walau bagaimanpun, ibu bapa juga tidak boleh 100% percaya pada ultrasound kerana ia kurang jelas and bukanya tepat sekali.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: