chromium
Chromium adalah sejenis mineral. Ia dipanggil "elemen jejak penting" kerana jumlah yang sangat kecil diperlukan untuk kesihatan manusia.

Pengenalan

Chromium adalah sejenis mineral. Ia dipanggil “elemen jejak penting” kerana jumlah yang sangat kecil diperlukan untuk kesihatan manusia. Terdapat dua bentuk iaitu Chromium trivalen dan Chromium heksavalen. Jenis yang pertama boleh dijumpai dalam makanan dan suplemen serta adalah selamat untuk manusia. Seterusnya, jenis yang kedua ialah toksin yang diketahui yang boleh menyebabkan masalah kulit dan kanser paru-paru.

Kegunaan Chromium

Chromium digunakan untuk meningkatkan kawalan gula darah pada individu dengan pradiabetes, diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2, serta mempunyai kadar gula darah tinggi kerana mengambil steroid dan rawatan HIV.

Ia juga digunakan untuk masalah kemurungan, sindrom Turner, sindrom ovarium polisistik (PCOS), menurunkan kolesterol “buruk”, meningkatkan kolesterol “baik” pada individu yang mengambil ubat jantung dipanggil sebagai penyekat beta, sindrom metabolik, serangan jantung, skizofrenia, gangguan bipolar dan gangguan makan.

Sebilangan individu mencuba Chromium untuk tujuan berkaitan badan termasuklah penurunan berat badan, peningkatan otot dan penurunan lemak badan. Ia juga digunakan untuk meningkatkan prestasi atletik, untuk meningkatkan tenaga, dan untuk mencegah penurunan mental yang berkaitan dengan usia.

Malah, chromium juga digunakan secara intravena (oleh IV) sebagai suplemen dalam titisan IV pemakanan.

Kesan Sampingan Chromium

Terdapat sedikit kesan sampingan bagi suplemen Chromium. Dalam dos yang munasabah, tidak terdapat sebarang kebimbangan untuk kesan sampingan yang serius.

Terdapat beberapa laporan mengatakan bahawa suplemen dapat menyebabkan rasa sakit dan kembung, kerosakan buah pinggang, masalah otot dan reaksi kulit ketika diambil dalam dos yang besar.

– Kehamilan dan penyusuan

Chromium tidak diserap ke dalam susu ibu tetapi biasanya ia tidak dianggap berbahaya dalam dos biasa. Ini adalah elemen yang diperlukan dan juga termasuk dalam formula bayi. Sekiranya anda hamil atau menyusukan bayi, berbincanglah dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen atau ubat-ubatan.

Interaksi Chromium

Maklumkan pada doktor tentang semua ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, ubat haram, ubat penenang, herba, ubat pemakanan yang anda ambil semasa menggunakan Chromium, terutamanya:

  • Insulin
  • Levothyroxine (Synthroid)
  • Antasid
  • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve, Naprosyn), piroxicam (Feldene), aspirin dan lain-lain
  • Herba dan suplemen yang mengandungi chromium
  • Zat besi
  • Vitamin C
  • Zink

Dos Chromium

Tiada rujukan kukuh bagi penggunaan Chromium yang telah disyorkan tetapi pada tahun 1989, Akademi Sains Kebangsaan telah menubuhkan pengambilan harian yang selamat dan mencukupi. Bagi golongan dewasa dan remaja, pengambilannya adalah dalam julat 50 hingga 200 mcg. “

Chromium terbentuk secara semulajadi dalam beberapa makanan iaitu dalam jumlah yang berbeza-beza. Sebagai contoh, brokoli boleh mengandungi kira-kira 11 mcg bagi setiap 1/2 cawan, kentang lecek mengandungi 3 mcg setiap 1 cawan, dan wain merah mengandungi sekitar 1 hingga 13 mcg dalam hidangan 5 auns. Jumlah sebenar mineral ini yang didapati daripada makanan bergantung pada apa yang anda makan. Ia juga tidak difahami secara tepat berapa banyak kandungan yang diperlukan.

SUMBER

https://www.verywellhealth.com/chromium-benefits-4588421

https://www.rxlist.com/chromium/supplements.htm

https://www.everydayhealth.com/drugs/chromium-picolinate

Summary
Chromium
Article Name
Chromium
Description
Chromium adalah sejenis mineral. Ia dipanggil "elemen jejak penting" kerana jumlah yang sangat kecil diperlukan untuk kesihatan manusia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: