Chlorpromazine
Chlorpromazine adalah phenothiazine yang digunakan untuk merawat gangguan psikotik seperti skizofrenia atau manic-depression pada orang dewasa.

Pengenalan

Chlorpromazine adalah phenothiazine yang digunakan untuk merawat gangguan psikotik seperti skizofrenia atau manic-depression pada orang dewasa.

Di samping itu, ia juga digunakan pada orang dewasa untuk merawat mual dan muntah, masalah kebimbangan sebelum pembedahan, sedu yang kronik, porphyria berkala akut, dan gejala tetanus.

Bagi kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun, chlorpromazine digunakan untuk merawat masalah tingkah laku yang teruk (seperti tingkah laku agresif atau mudah melawan) mahupun keadaan hiperaktif dengan pergerakan yang berlebihan.

Seterusnya, chlorpromazine juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Kegunaan Chlorpromazine

Ubat ini digunakan untuk merawat gangguan mental/ emosi tertentu seperti skizofrenia gangguan psikotik fasa manik gangguan bipolar masalah tingkah laku yang teruk pada kanak-kanak. Chlorpromazine membantu anda berfikir dengan lebih jelas, berasa kurang bimbang, dan mengambil bahagian dalam kehidupan seharian. Ia boleh mengurangkan tingkah laku agresif dan keinginan untuk mencederakan diri sendiri/ orang lain.

Dalam pada itu, ia juga membantu mengurangkan halusinasi (mendengar/ melihat perkara yang tidak ada). Chlorpromazine adalah ubat psikiatri yang tergolong dalam kelas ubat-ubatan dipanggil fenothiazine antipsychotics. Ia berfungsi dengan membantu memulihkan keseimbangan bahan semulajadi pada otak.

Chlorpromazine juga digunakan untuk mengawal loya/ muntah, menghilangkan sedu yang berpanjangan, melegakan kegelisahan/ kebimbangan sebelum pembedahan, dan membantu mengubati penyakit tetanus.

– Cara menggunakan Chlorpromazine HCL

Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, iaitu biasanya 2 hingga 4 kali sehari.

Dos yang diberikan adalah berdasarkan keadaan perubatan, usia, dan tindak balas anda terhadap rawatan. Bagi kanak-kanak, dos boleh diberikan berdasarkan berat badan. Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan, doktor anda boleh mengarahkan anda untuk memulakan ubat ini pada dos yang rendah dan secara beransur-ansur meningkatkan dos ubat. Ikuti arahan doktor anda dengan berhati-hati.

Ambil ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan faedah yang paling banyak. Bagi membantu anda agar tidak lupa untuk mengambilnya, ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari.

Walaupun anda mungkin melihat beberapa kesan ubat tidak lama selepas memulakan penggunaan ubat ini, bagi beberapa keadaan ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum anda mendapatkan manfaat chlorpromazine yang sepenuhnya.

Jangan berhenti ambil ubat ini tanpa berunding dengan doktor anda. Sesetengah keadaan menjadi lebih buruk apabila ubat ini dihentikan secara tiba-tiba. Juga, anda mungkin mengalami gejala seperti sakit perut, mual, muntah, pening dan menggigil. Untuk mengelakkan gejala ini semasa anda menghentikan rawatan dengan ubat ini, doktor anda boleh mengurangkan dos anda secara beransur-ansur. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Laporkan sebarang gejala baru atau gejala yang memburukkan lagi keadaan anda sedia ada.

Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika ia bertambah buruk.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Chlorpromazine

Sebelum mengambil chlorpromazine, beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda alah kepadanya, terhadap ubat phenothiazine lain (seperti perphenazine, thioridazine); atau jika anda mempunyai alahan yang lain. Produk ini mungkin mengandungi ramuan tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk dapatkan maklumat lanjut.

Seterusnya, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya seperti masalah hati, masalah buah pinggang, masalah jantung (seperti angina, serangan jantung, denyutan jantung cepat/ tidak teratur), tekanan darah rendah, glaukoma, sawan, masalah pernafasan (seperti asma yang teruk, emfisema, jangkitan paru-paru), masalah darah atau pembekuan darah (seperti jumlah sel darah putih rendah, platelet rendah, anemia, hemofilia), masalah kelenjar adrenal (pheochromocytome), penyalah gunaan dadah, alkohol atau bahan tertentu, penyakit Parkinson.

Chlorpromazine boleh menyebabkan keadaan yang menjejaskan irama jantung (pemanjangan QT). Namun, ia jarang menyebabkan degupan jantung cepat/ tidak teratur yang serius (jarang berlaku) dan gejala-gejala lain (seperti pening yang teruk, pengsan) yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Risiko pemanjangan QT boleh ditingkatkan jika anda mempunyai keadaan perubatan tertentu atau mengambil ubatan lain yang boleh menyebabkan pemanjangan QT. Sebelum menggunakan chlorpromazine, beritahu doktor atau ahli farmasi semua ubat yang anda ambil dan jika anda mempunyai keadaan seperti masalah jantung tertentu (kegagalan jantung, denyutan jantung perlahan, pemanjangan QT dalam EKG), sejarah keluarga masalah jantung tertentu (QT pemanjangan dalam EKG, kematian jantung secara tiba-tiba).

Tahap rendah kalium atau magnesium dalam darah juga boleh meningkatkan risiko pemanjangan QT. Risiko ini boleh meningkat jika anda menggunakan ubatan tertentu (seperti diuretik/ “pil air”) atau jika anda mempunyai keadaan seperti berpeluh yang teruk, cirit-birit, atau muntah-muntah. Bercakap dengan doktor anda untuk mengetahui tentang penggunaan chlorpromazine yang selamat.

Ubat ini juga mungkin membuatkan anda pening atau mengantuk ataupun menyebabkan penglihatan yang kabur. Alkohol atau marijuana (cannabis) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan jentera, atau lakukan apa sahaja yang memerlukan kewaspadaan atau penglihatan yang jelas sehingga ia boleh dilakukan dengan selamat. Elakkan minuman beralkohol dan bercakap dengan doktor anda jika anda menggunakan marijuana (cannabis).

Sebelum menjalani prosedur pembedahan atau pengimejan (seperti X-ray, imbasan CT tertentu) yang memerlukan penggunaan pewarna kontras (seperti metrizamide), beritahu doktor atau doktor gigi anda bahawa anda menggunakan ubat ini dan maklumkan juga tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat-ubatan preskripsi, ubat-ubatan bukan preskripsi, dan produk herba).

Ubat ini boleh menjadikan anda lebih sensitif terhadap matahari. Hadkan masa anda berada di bawah sinar matahari. Elakkan ‘sunlamps’ dan ‘tanning booths’. Gunakan pelindung matahari dan pakai pakaian pelindung apabila berada di luar. Beritahu doktor anda dengan segera jika kulit anda seperti terbakar atau mempunyai luka/ kemerahan kulit.

Dalam pada itu, ubat ini boleh membuatkan anda kurang berpeluh, menjadikan anda lebih cenderung untuk mendapatkan strok haba. Elakkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan anda berasa terlampau panas, seperti kerja keras atau senaman dalam cuaca panas, ataupun menggunakan tab panas. Apabila cuaca panas, minum banyak cecair dan pakai pakaian yang ringan. Jika anda berasa terlalu panas, cari tempat untuk menyejukkan badan dan berehat dengn segera. Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda mengalami demam yang tidak hilang, perubahan mental/ emosi, sakit kepala atau pening.

Kanak-kanak yang mempunyai penyakit akut (seperti jangkitan virus, dehidrasi) berisiko tinggi untuk mendapat masalah otot yang serius semasa rawatan chlorpromazine. Rujuk doktor untuk dapatkan maklumat lanjut.

Orang dewasa lebih tua mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat ini, terutamanya seperti simptom pening, pening kepala, mengantuk, pergerakan yang tidak terkawal, sembelit, kesukaran membuang air kecil, penglihatan kabur dan pemanjangan QT (lihat di atas). Mengantuk, pening kepala boleh meningkatkan risiko golongan ini untuk terjatuh.

Semasa mengandung pula, ubat ini harus digunakan hanya apabila diperlukan dengan jelas. Elakkan penggunaan chlorpromazine jika anda sudah hampir untuk bersalin kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah pada ibu. Juga, bayi yang dilahirkan untuk ibu yang telah menggunakan ubat ini selama 3 bulan terakhir kehamilan mungkin jarang mengalami gejala seperti kekakuan atau ketegangan otot, mengantuk, kesulitan makan/ pernafasan, atau menangis yang kerap. Sekiranya anda melihat mana-mana gejala ini pada bayi baru lahir anda, terutamanya dalam bulan pertama kelahiran, beritahu doktor anda dengan segera.

Memandangkan masalah mental/ emosi yang tidak dirawat (seperti skizofrenia, gangguan psikotik, gangguan bipolar) boleh menjadi keadaan yang serius, jangan berhenti menggunakan ubat ini kecuali jika diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya anda merancang untuk mengandung, atau berfikir anda mungkin hamil, berbincang dengan doktor tentang manfaat dan risiko jika menggunakan ubat ini semasa kehamilan.

Ini adalah penting kerana ubat ini boleh meresap ke dalam susu ibu dan mungkin mempunyai kesan yang tidak diingini pada bayi anda. Jadi, rujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi.

Kesan Sampingan Chlorpromazine

Mengantuk, pening kepala, mulut kering, penglihatan kabur, keletihan, mual, sembelit, penambahan berat badan, atau masalah tidur mungkin berlaku. Jika mana-mana kesan ini bertahan atau bertambah teruk, beritahu doktor atau ahli farmasi dengan segera. Pening dan sakit kepala yang keterlaluan boleh meningkatkan risiko individu untuk jatuh. Jadi, bangun dengan perlahan apabila bangun dari posisi duduk atau berbaring.

Selain itu, ubat ini juga boleh menyebabkan masalah sistem otot/ saraf (gejala extrapyramidal-EPS). Doktor anda mungkin memberikan ubat lain untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Beritahu doktor dengan segera jika anda melihat apa-apa kesan sampingan yang berikut: perasaan kebimbangan/ kegelisahan, air liur meleleh/ kesukaran menelan, tidak boleh duduk tetap/ keperluan untuk bergerak secara berterusan, menggeletar (gegaran), berjalan dengan cara pelik, kekejangan otot yang teruk seperti leher terkehel, belakang membengkok, mata menggulung ke atas), ekspresi seperti wajah bertopeng.

Ingat bahawa doktor anda menetapkan ubat ini kerana dia telah menilai faedah yang anda boleh dapati adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan. Malah, ramai orang yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Beritahu doktor dengan segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius, termasuk perubahan warna kulit, perubahan mata/ penglihatan, tanda-tanda penyakit hati (seperti mual/ muntah yang tidak berhenti, hilang selera makan, sakit perut/ abdomen/) kulit menguning, air kencing yang berwarna gelap, tanda-tanda jangkitan (seperti sakit tekak yang tidak hilang, menggigil, batuk), mudah lebam/ berdarah, perubahan mental/ emosi (seperti psikosis yang semakin memburuk, keadaan tidak responsif/ tidak sedarkan diri).

Ubat ini tidak semestinya boleh menyebabkan pergerakan muka/ otot dan pergerakan yang tidak terkawal (dyskinesia tardive). Dalam beberapa kes, keadaan ini mungkin akan kekal. Jadi, maklumkan pada doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang pergerakan yang tidak terkawal seperti tamparan bibir, mulut berkerut, lidah yang terkeluar, mengunyah, atau pergerakan lengan/ kaki yang tidak normal.

Dalam kes yang jarang berlaku, chlorpromazine dapat meningkatkan tahap kimia tertentu yang dihasilkan oleh tubuh (prolaktin). Bagi wanita, peningkatan prolaktin ini boleh mengakibatkan susu ibu tidak diingini, tempoh haid yang melangkau/ berhenti, atau kesukaran untuk hamil. Bagi individu lelaki pula, ia boleh menyebabkan keupayaan seksual yang menurun, ketidakupayaan untuk menghasilkan sperma, atau payudara yang membesar. Sekiranya anda mengalami gejala ini, beritahu doktor anda dengan segera.

Jarang sekali, individu lelaki mungkin mengalami pendarahan menyakitkan atau berpanjangan yang berlangsung selama 4 jam atau lebih. Sekiranya ini berlaku, berhenti menggunakan ubat ini dan dapatkan rawatan segera, atau masalah tetap boleh berlaku.

Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang sangat serius, termasuk keadaan pening yang teruk, pengsan, pernafasan yang perlahan/ cetek.

Seterusnya, ubat ini jarang menyebabkan keadaan serius yang disebut sindrom malignan neuroleptik (NMS). Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika terdapat simptom berikut seperti demam, kekakuan otot, rasa sakit, kelembutan, kelemahan, keletihan atau kekeliruan teruk, berpeluh, denyutan jantung cepat/ tidak teratur, air kencing gelap, tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti perubahan jumlah air kencing).

Reaksi alergi yang sangat serius terhadap ubat ini juga jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami apa-apa tindak balas alahan yang serius termasuklah gejala ruam, gatal-gatal/ bengkak (terutama pada muka/ lidah/ tekak), pening yang teruk atau masalah pernafasan.

Ini bukanlah senarai lengkap bagi kesan sampingan chlorpromazine yang boleh berlaku. Jika anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Chlorpromazine

Kontraindikasi ubat ini termasuklah boleh menyebabkan koma, SSP atau kemurungan sumsum tulang. Selain itu, sindrom Reye juga adalah antara kontraindikasi bagi ubat chlorpromazine.

Interaksi Chlorpromazine

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapatkan kesan sampingan yang serius. Jadi, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi/ bukan preskripsi dan produk herba) dan berikannya dengan doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, hentikan, atau mengubah dos ubat-ubatan tanpa mendapat kelulusan doktor anda.

Sesetengah produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah: ubat yang meningkatkan jumlah dopamin dalam badan anda (seperti cabergolin, levodopa, pergolide, ropinirole), litium, tretinoin.

Banyak ubat selain chlorpromazine boleh mempengaruhi irama jantung (pemanjangan QT), seperti amiodarone, dofetilide, pimozide, procainamide, quinidine, sotalol, antibiotik macrolide (seperti erythromycin), antara lain.

Risiko kesan sampingan yang serius (seperti pernafasan yang perlahan/ cetek, mengantuk/ pening yang teruk) boleh ditingkatkan jika ubat ini digunakan dengan produk lain yang mungkin boleh juga menyebabkan simptom yang sama. Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain seperti ubat sakit opioid atau ubat batuk (seperti codeine, hydrocodone), alkohol, marijuana (cannabis), ubat untuk tidur atau kebimbangan (seperti alprazolam, lorazepam, zolpidem), relaxants (seperti carisoprodol, cyclobenzaprine), atau antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine).

Semak label pada semua ubat anda (seperti alergi atau produk batuk dan sejuk) kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan rasa mengantuk. Tanya pada ahli farmasi anda tentang cara penggunaan produk tersebut dengan selamat.

Ubat ini boleh mengganggu ujian makmal tertentu (seperti ujian kehamilan tertentu, ujian fenilketonuria), mungkin menyebabkan keputusan ujian yang palsu. Pastikan kakitangan makmal dan semua doktor mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.

Dos Chlorpromazine

– Bagi keadaan pening dan muntah.

  • Dewasa: 10 hingga 25mg bagi setiap 4 hingga 6 jam diperlukan.
  • Kanak-kanak:
  • <6 bulan: Tidak disyorkan.
  • ≥ 6 bulan: 0.25mg/ lb bagi setiap 4 hingga 6 jam.

– Bagi keadaan psikosis, mania, sedu yang sukar dikawal, masalah tingkah laku kanak-kanak yang teruk, penyakit gigi (tetanus).

  1. Dewasa:

  • Psikosis: Bermula dengan 10mg 3 hingga 4 kali (atau 25mg 2-3 kali) setiap hari; boleh meningkat sebanyak separuh daripada kuantiti asal dalam masa seminggu iaitu sebanyak 25 hingga 50mg setiap hari.
  • Sedu: 25 hingga 50mg 3 atau 4 kali sehari.
  • Psikosis yang teruk: Bermula dengan 25mg 3 kali setiap hari; boleh meningkat separuh dariapada kuantiti asal dalam masa seminggu sebanyak 20 hingga 50mg/ hari.
  1. Kanak-kanak:

  • <6 bulan: Tidak disyorkan.
  • ≥ 6 bulan:  0.25mg/ lb bagi setiap 4 hingga 6 jam diperlukan.

SUMBER

https://www.drugs.com/ppa/chlorpromazine.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-1444/chlorpromazine-oral/details

https://www.empr.com/drug/chlorpromazine/#psychosis

Summary
Article Name
Chlorpromazine
Description
Chlorpromazine adalah phenothiazine yang digunakan untuk merawat gangguan psikotik seperti skizofrenia atau manic-depression pada orang dewasa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: