Now Reading
Chia Seed Signature, Pilihan Makanan Sihat Untuk Anda!

Chia Seed Signature, Pilihan Makanan Sihat Untuk Anda!

chia seed signature
chia seed signature

Chia Seed Signature, Pilihan Makanan Sihat Untuk Anda!~ Chia seed dikenali dengan pelbagai manfaat kesihatan dan merupakan makanan tambahan yang sempurna untuk diet moden. Biji chia boleh berwarna hitam atau putih, dan tiada kajian khusus yang menyatakan perbezaan khasiat mana-mana warna. Manakala, sekiranya ia masih berwarna coklat, itu menunjukkan bahawa chia seed tersebut belum masak. 

Anda boleh menyimpan chia seed untuk jangka masa yang agak lama kerana ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, pada zaman dahulu kala, masyarakat Aztec menganggap chia seed sebagai biji yang suci dan turut digunakan dalam upacara keagamaan.

Terdapat variasi pilihan chia seed yang anda boleh dapatkan di pasaran pada masa kini termasuklah chia seed keluaran Signature ini. 

Chia Seed Signature Kaya Dengan Pelbagai Khasiat!

Chia seed keluaran Signature ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan mengandungi sumber tenaga sebagai nutrisi penting. Dengan pengambilan chia seed ini, anda pasti akan kekal bertenaga sepanjang hari.

Chia seed Signature mempunyai kalori yang rendah tetapi kaya dengan serat. Ia juga mengandungi protein yang berasaskan tumbuhan, asid lemak omega-3, antioksidan, zat besi, kalsium, mangan, magnesium, fosfor, vitamin B1 (tiamin), vitamin B2 dan vitamin B3 (niasin). 

Dengan kandungan serat yang tinggi, chia seed ini akan membuat anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Hal ini akan membantu sesiapa yang ingin turunkan berat badan dengan mudah. 

Kandungan seratnya yang tinggi dapat mencegah sembelit dan menjaga kesihatan usus. Peningkatan pengambilan serat juga telah terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.

Kandungan asid lemak omega-3 dan asid alpha-linoleik yang tinggi juga menyumbang kepada keberkesanannya dalam membantu penurunan berat badan. Di samping itu, asid lemak omega-3 dalam biji chia juga membantu mengurangkan risiko trombosis dan menurunkan risiko serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Selain itu, pengambilan chia seed juga boleh membantu mencegah kenaikan drastik atau penurunan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba dan merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang sihat.

Benih chia seed Signature tidak dihasilkan daripada GMO tetapi dihasilkan sepenuhnya secara organik dan tanpa racun perosak untuk memastikan kualitinya terjaga dengan jaminan bahawa nutriennya diperoleh secara semulajadi.

Kebaikan Chia Seed Signature

  • Sumber protein lengkap
  • Membantu membekalkan nutrient ketika anda sedang berdiet
  • Sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang mengawal berat badan
  • Kaya dengan fibre dan antioksidan
  • Kaya dengan omega 3
  • Mengandungi sumber vitamin dan mineral yang lengkap seperti vit. A, B, E, and D, iron, iodine, magnesium, manganese

Apa Rasa Sebenar Chia Seed Signature?

Seperti yang dinyatakan di atas, chia seed tidak mempunyai rasa yang khusus. Rasanya seperti kekacang yang melengkapkan hidangan dan agak serupa dengan rasa dengan biji poppy.

Cara Penggunaan Chia Seed Signature

Selain dimakan begitu saja, chia seed juga boleh dijadikan pelbagai produk makanan, masakan atau perubatan. Sebagai contoh, chia seed boleh digiling untuk dijadikan tepung, dicampurkan sebagai bahan dalam minuman, dikisar halus-halus sehingga mengeluarkan minyak dan sebagainya. 

See Also
ikan haruan

Biji Chia, sebenarnya tidak mempunyai rasa yang sangat kuat. Jadi, ia boleh dimasukkan dalam pelbagai jenis makanan untuk sedikit tekstur. Ia juga akan membentuk sejenis gel apabila dicampurkan dengan cecair. Jadi, chia seed boleh menggantikan telur untuk digunakan sebagai pemekat sup. Ia juga dapat dimasukkan ke dalam semua jenis makanan yang dipanggang untuk menambah sumber tenaga. 

Cara Penyimpanan

Anda boleh menyimpannya di dalam bekas kedap udara atau di dalam beg yang boleh ditutup semula untuk mengekalkan kesegarannya. Pastikan anda simpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari atau panas yang berlebihan agar tidak merosakkan kualitinya. 

Akhir Kata

Cuba mulakan hari anda dengan pengambilan chia seed Signature ini. Sudah pasti anda akan rasa lebih bertenaga kerana chia seed dapat membantu untuk meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh. Anda juga boleh lebihkan sedikit pengambilan untuk kekal rasa kenyang sepanjang masa. 

Semudah campurkan ke dalam minuman panas pagi anda atau boleh juga campurkan ke dalam oatmeal kesukaan anda! 

Selamat mencuba.

error: Content is protected !!