checklist kahwin

Pentingkah checklist kahwin? Sebagai bakal raja sehari, anda memerlukan satu checklist kahwin untuk membuat persiapan.

Ini kerana, untuk membuat persiapan perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah atau dianggap remeh. Banyak perkara perlu dilakukan ataupun diambil berat.

Banyak perkara yang harus diteliti dan persiapan harus dibuat dari awal. Perkara kecil hingga besar pun mesti dipersiapkan dengan awal untuk mengelakkan keadaan yang kelam-kabut.

Untuk mengelakkan keadaan kelam-kabut berlaku, di sini akan dikongsikan checklist kahwin yang anda boleh gunakan sebagai rujukan.

Rujukan Checklist Kahwin

1. Tarikh perkahwinan

Checklist kahwin pertama ialah tarikh perkahwinan. Tarikh sangat penting kerana anda perlu menjemput tetamu ke masjlis anda. Ada bakal pengantin lelaki dan perempuan tinggal jauh, mereka ingin merancang majlis perkahwinan sama ada dibuat bersama ataupun hari lain. Banyak perkara yang perlu diambil kira semasa menentukan tarikh perkahwainan.

2. Lokasi majlis perkahwinan

Anda perlu memilih untuk mengadakan majlis akad nikah sama ada di masjid ataupun di rumah supaya anda boleh menyebarkan maklumat kepada tetamu anda. Selain itu, majlis resepsi juga penting kerana anda perlu pilih untuk diadakan di rumah, hotel ataupun dewan. Jika anda ingin mengadakan majlis resepsi di hotel ataupun dewan, anda perlu membuat tempahan selewat-lewatnyanya 6 bulan sebelum tarikh majlis untuk memastikan tiada pihak lain menggunakan tempat tersebut.

3.Kursus perkahwinan

Di Malaysia, semua bakal pengantin baru perlu memiliki sijil kursus perkahwinan. Kursus ini diadakan selama dua hari yang dianjurkan oleh pejabat agama atau agensi pra perkahwinan swasta.

4. Pejabat agama

Selepas anda selesai checklist 1-3, anda boleh terus pergi ke pejabat agama untuk membuat permohonan perkahwinan.

5. Ujian saringan HIV

Anda perlu membuat ujian saringan HIV dan hantar bersama dengan borang permohonan perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan jangkitan HIV kepada pasangan anda.

6. Tema majlis perkahwinan

Jika semua borang sudah disediakan, sekarang anda boleh menentukan tema untuk majlis resepi anda. Ini terpulang kepada diri masing-masing sama ada inginkan majlis yang bertemakan tradisional ataupun moden. Anda boleh menentukan warna tema untuk majlis anda dan membuat rekaan jika anda ada idea untuk majlis tersebut.

7. Tempahan baju pengantin dan pelamin

Jika sebelum ini anda menentukan warna tema, jadi sekarang lebih mudah untuk anda memilih baju. Anda boleh memilih warna baju, aksesori, dan pelamin yang sesuai dengan tema.

8. Tetamu jemputan

Sekarang anda harus menentukan senarai tetamu yang datang ke majlis resepsi dan juga majlis nikah. Anda perlu menentukan bilangan tetamu yang hadir.

9. Tempahan kad kahwin

Jika anda telah selesai menentukan senarai tetamu, anda sudah boleh tempah kad jemputan kahwin.

10. Tempahan catering

Anda boleh membuat tempahan makanan daripada catering untuk tetamu yang datang. Anda perlu merasa dulu sample makanan sebelum menempah mana-mana catering.

11. Hantaran

Anda perlu menentukan jumlah hantaran kedua-dua belah pihak. Anda boleh senaraikan barang hantaran dan membeli sedikit demi sedikit.

12. Pengapit

Sekarang, anda perlu fikir dan memilih siapa yang boleh menjadi pengapit anda.

Jadi, senarai checklist kahwin telah dikongsikan, anda boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk hari bahagia anda.

Sumber:

https://suamisihat.com.my/perkahwinan/checklist-kahwin-lengkap-2021/

https://nikahsatu.com/checklist-persiapan-perkahwinan-lengkap-a-z/

Summary
Checklist Kahwin Untuk Bakal Pengantin Baru
Article Name
Checklist Kahwin Untuk Bakal Pengantin Baru
Description
Pentingkah checklist kahwin? Sebagai bakal raja sehari, anda memerlukan satu checklist kahwin untuk membuat persiapan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: