check saman

Bagaimanakah nak check saman ya? Ha, artikel ni penuh informasi berkaitan dengan semak dan bayaran saman dengan cara yang mudah dan efisyen.

Sehingga 31 Disember 2019, terdapat 31.2 juta unit kenderaan bermotor yang berdaftar, yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Banyakkan lebih separuh daripada rakyat Malaysia mempunyai kenderaan bermotor. Dalam ramai-ramai tu mestilah ada yang melanggar peraturan kan? Kalau tak pastinya tiada saman di keluarkan. Jangan tunding jari orang tu tak lain tak bukan kita jugak.

Disini kami juga ingin membuat perkongsian berita gembira iaitu saman trafik melalui Polis Trafik akan memberi pengurangan atau diskaun kepada kompaun sehingga 50%  mulai 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 kepada pesalah.

Antara saman yang akan mendapat diskaun 50% adalah:

Kesemua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam adalah layak untuk mendapatkan diskaun 50%.

Kesalahan -kesalahan utama tahun 2021 yang tidak layak menerima kompaun :

  • kesalahan berkaitan kenderaan berat
  • kesalahan pengubahsuain ekzos
  • kes saman dalam sebutan mahkamah.

Untuk tahu bagaimana untuk mendapatkan kompaun ini baca artikel ini sampai habis ya!

Persoalannya sekarang boleh ke check saman online?

Ya! anda boleh check saman secara online. Bukan setakat check saman sahaja tahu, anda pun boleh bayar saman secara online. Selepas ini walaupun lockdown sudah tamat waima covid dan tinggalkan kita, kita tidak perlu lagi nak bersesak beratur di kaunter semata-mata untuk bayar 1-2 saman. Duduk di pejabat sambil buat kerja pun boleh bayar saman tak perlu korbankan waktu lunch betul tak?

Cara Semak Saman Online

Sebenarnya terdapat empat cara untuk anda check saman secara online

1 — Check Saman MyEG

MyEG menawarkan beberapa servis melalui pautannya termasuklah

  • semak saman JPJ
  • semak saman Polis
  • semak saman AES
  • Servis memperbaharui insurans kenderaan.

Disini kami kongsikan cara check saman menerusi MyEG:

check saman
  • Langkah yang pertama pastinya layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  • Anda perlulah mendaftarkan diri sebagai pengguna dahulu. Kemudian, anda bolehlah login menggunakan butiran yang telah didaftarkan.
  • Seterusnya anda perlu klik pada pilihan butang e-Services dan anda akan dapat pilihan bagi semakan saman PDRM / JPJ / AES
  • Setelah klik pada pilihan anda, paparan saman akan terpapar.
  • Anda boleh teruskan kepada pembayaran online sekiranya anda ingin terus membuat pembayaran.

MyEG tidak hanya menawarkan servis semakan dan bayaran saman malahan ada servis lain iaitu servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

2 — Check Saman JPJ & AES

Di portal rasmi JPJ anda juga boleh membuat semakan kesemua saman JPJ termasuk AES. Tanpa perlu daftar sebagai pengguna portal, anda hanya perlu masukkan no Kad Pengenalan dan nombor plat kenderaan anda sahaja untuk membuat semakan.

check saman
  • Layari laman web JPJ https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  • Diruangan pilihan anda boleh memilih untuk memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan.
  • Seterusnya, klik butang semak
  • Laporan saman akan terpapar sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

Berikut adalah penerangan saman JPJ / AES:

JPJ – Rekod notis/saman hanya wujud ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

AES – Merupakan sistem pengesanan dan merakam secara automatic menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Servis lain yang terdapat dalam portal JPJ  adalah servis semakan nombor plat terkini di portal JPJ.

3 — Check Saman RILEK

RILEK adalah satu lagi portal yang menyediakan semakan saman online. Kelebihan istimewa yang ada pada RILEK adalah anda berpeluang untuk dapatkan diskaun saman. Selain itu RILEK turut menawarkan servis semakan status insolvensi dan saman DBKL.

check saman
  • Langkah pertama adalah dengan melayari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  • Anda perlu daftar sebagai pengguna sebagai pengguna daftarkan password yang mudah untuk anda ingati.
  • Selepas mendaftar baru anda boleh login dengan menggunakan username & password yang telah didaftarkan dan klik pada pilihan butang “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  • Sila penuhkan ruangan yang diminta kemudian klik butang Semak.

Melalui RILEK  juga anda boleh membuat pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

4 — SSO PDRM

Semakan saman juga boleh di semak melalui Sistem Semakan Online (SSO) portal khas yang disediakan oleh PDRM. Sistem Semakan Online (SSO) ini menyediakan servis semakan status saman dan status pengambilan jawatan kosong PDRM terkini.

check saman

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://sso.rmp.gov.my/

5- MyBayar

MyBayar Saman pula adalah inisiatif yang diusahakan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik JSPT bagi menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.

check saman
  • Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
  • Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
  • Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
  • Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Melalui aplikasi MyBayar Saman saman trafik pengurangan kompaun sehingga 50% diberikan kepada pesalah jika membuat pembayaran saman mulai 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021. Pengumuman ini telah diumumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Antara kaedah lain untuk menyemak saman adalah melalui SMS contohnya:

check saman

Check Saman Polis SMS

  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  • Hantar ke 15888
  • Contoh: POLIS SAMAN AKU8055 Atau
  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  • Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN 860511057812

Check Saman JPJ SMS

  • Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  • Hantar ke 15888
  • Contoh: JPJ Saman 860511057812 Atau
  • Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  • Hantar ke 15888

Contoh: JPJ Saman AKU8055

Berikut adalah perkongsian saya kali ini.  Jangan lupa bayar saman menggunakan aplikasi MyBayar Saman dapat diskaun sehingga 50% tau sementara masa masih ada ini. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://deen-tech.com/diskaun-saman-trafik-sehingga-50-mulai-18-jun-2021-hingga-18-julai-2021/

https://says.com/my/seismik/mybayar-saman-app-blacklist-pun-boleh-bayar-pdrm-tawar-diskaun-saman-sehingga-50

https://www.rilek.com.my/

https://mypt3.com/check-saman-jpj-semak-polis-trafik

https://semakanonline.com/check-semak-saman-jpj-polis-online/

MyBayar Saman (rmp.gov.my)

Summary
Check Saman Online Mudah Dan Efisyen!
Article Name
Check Saman Online Mudah Dan Efisyen!
Description
Bagaimanakah nak check saman ya? Ha, artikel ni penuh informasi berkaitan dengan semak dan bayaran saman dengan cara yang mudah dan efisyen.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: