Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion melindungi kuit anak anda

Cetaphil Sun kids Lipsomal lotion

Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion pastinya jenama pilhan terbaik buat kulit anak-anak anda. Jom terokai produk terbaik ni!

Ramai mengetahui, kanak-kanak jugak tidak terkecuali terdedah kepada sinaran UV yang turut memberi kesan buruk kepada kulit wajah dan tubuh mereka. Pastinya, ibu-bapa perlu membantu melindungi kulit anak-anak mereka.

Kini, dengan produk kulit terbaik dari Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion anda tidak perlu lagi risau. Ia diformulasikan khas untuk memberikan perlindungan UV spektrum secara menyeluruh untuk kulit muda dan lembut kanak-kanak seusia awal 1 tahun.

Menariknya,  bukan sahaja anda orang dewasa memerlukan penjagaan kulit dari sinaran UV ni, bahkan anak kecil juga memerlukannya. Pastinya, menjaga kulit mereka semenjak dari kecil akan memberikan kesan yang baik untuk jangka masa panjang kemudiannya.

Mereka pastinya akan berterima-kasih kepada anda kerana telah memberikan perlindungan awal sejak mereka masih kecil lagi. Ini akan dapat menambahkan kegembiraan dan keyakinan diri buat mereka apabila menginjak dewasa nanti.

Perlindungan awal ini dapat membantu merawat dan melindungi kulit kanak-kanak dari mendapat penyakit kulit yang lain juga. Maka, jadilah ibu-bapa yang bijak dengan miliki produk Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion ini.

Perlindungan yang berpanjangan untuk kulit wajah kanak-kanak telah pun disediakan. Tinggal hanya sahaja untuk mencubanya sendiri.

See Also

Dibawah kami kongsikan kepada anda kebaikan Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion ini. Juga, bahan-bahan yang terkandung didalamnya, cara penggunaanya dan info-info yang berkaitan yang perlu anda tahu.

Kebaikan dan manfaat Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion:

  • Ia telah pun diuji secara dermatalogi dan diyakini selamat digunakan
  • Menawarkan perlindungan UVA dab UVB yang sangat berkesan
  • Losyen yang sangat mudah diserap dan dapat menyuburkan kulit halus dengan panthenol, gliserin, lidah buaya dan vitamin E
  • Losyen lipsomal yang dapat memberikan penapis UV secara merata ke seluruh kulit. Disebabkan formulasi lipsomal diaplikasikan dengan mudah, rasanya bergitu menyenangkan.
  • Mempunyai dispenser pam yang sangat memudahkan
  • Ketahanan air selama 4 jam
  • Sangat sesuai untuk kanak-kanak seusia awal 1 tahun dan keatas
  • Bebas wangian dan bebas paraben
  • Hypoallergenic
  • Bukan komedogenik
  • Tidak berminyak

Bahan-bahan kandungan:

  • Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate 50mg/g
  • Octyl methoxycinnamate 50mg/g
  • Bemotrizinol 40mg/g
  • Octyl triazone 30mg/g
  • Methylene bis-benzo-triazolyl tetramethylbutylphenol 30mg/g

Cara penggunaan:

  • Sapukan secara bebas ke muka dan badan anak anda 15 hingga 20 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari
  • Sapukan semula secara berkala setiap 2 jam terutamanya selepas berenang atau berpeluh

Info-info yang berkaitan:

  • Anda sentiasa dinasihatkan untuk membaca label tiap kali membeli produk penjagaan kulit. Jadi ia penting untuk anda tahu bahan yang terdapat di dalamnya.
  • Anda juga perlulah mengikut arahan yang betul sebelum memakainya, ini adalah proses yang penting supaya anda tidak mengambil mudah cara pelaksanaannya.
  • Walaupun anda sudah memakaikan losyen ini kepada anak anda, berada diluar dan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari adalah perlu dielakkan.
  • Penggunaan secara kerap dapat membantu memberikan perlindungan yang optimum kepada kulit anak anda
  • Pastikan juga, selain mengamalkan losyen ini amalan memakai topi dan juga kacamata hitam dapat memberikan perlindungan tambahan kepada anak anda

Penutup:

Sekian sahaja perkongsian kami mengenai Cetaphil Sun Kids Lipsomal Lotion ini. Semoga ia memberi anda manfaat dan panduan untuk anda.

Bagi anda yang menitikberatkan penjagaan kulit untuk seisi keluarga. Jenama ini adalah solusi terbaik untuk anda kerana Cetaphi adalah produk yang diyakini selamat berkesan dan sangat sesuai digunakan. Jom dapatkan sekarang!

error: Content is protected !!