cermin mata
Cermin mata boleh membantu seseorang untuk melihat dengan lebih baik, tetapi anda mungkin tidak sedar anda memerlukannya.

Cermin mata boleh membantu seseorang untuk melihat dengan lebih baik, tetapi anda mungkin tidak sedar anda memerlukannya.

Mata anda boleh berubah daripada satu masa kepada satu masa, jadi meskipun anda mempunyai penglihatan yang sempurna sebelum ini, namun tidak pada masa akan datang.

Sesetengah individu yang memerlukan cermin mata tidak menunjukkan sebarang simptom, manakala individu lain mungkin mempunyai simptom yang jelas.

Simptom anda memerlukannya boleh jadi berbeza – beza berdasarkan masalah mata yang anda hadapi. Sesetengah simptom termasuklah :

  • Penglihatan yang kabur
  • Penglihatan yang berganda
  • Kekaburan, tidak dapat menentukan apa objek yang dilihat, garisan dan sesuatu yang dilihat kelihatan sedikit berjerebu
  • Pening kepala
  • Mata juling
  • Objek mempunyai ‘aura’ atau lingkaran di sekelilingnya di tempat yang bercahaya terang
  • Sakit mata atau mata terasa penat dan iritasi
  • Penglihatan kelihatan berbeza bentuk atau beralun
  • Kesukaran melihat dan memandu pada waktu malam

Ini bukanlah senarai lengkap. Jika anda sedar sebarang perubahan yang sebelum ini normal bagi anda, anda boleh hubungi doktor mata anda. Mereka boleh lakukan pemeriksaan mata untuk melihat apa yang berlaku dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu anda.

Pemilihan Cermin Mata Yang Bersesuaian

Sebelum memilih bingkai yang kita rasakan cantik, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membuat sebarang pemilihan seperti :

  • Memadankan wajah anda dengan bingkai
  • Bahan yang dipilih untuk membuat bingkai bukanlah sesuatu yang anda alah
  • Teliti tentang tujuan pemakaian, di mana anda mahu gunakannya
  • Pertimbangkan juga tentang warna kulit serta warna bingkai, sama ada sesuai atau tidak

Faktor Mempengaruhi Jenis Cermin Mata

Jenis cermin mata apa yang anda perlukan? Terdapat 2 jenis iaitu cermin mata single-vision yang mempunyai kanta pelbagai fungsi yang direka untuk membantu anda melihat dengan dekat atau jauh.

Cermin mata multifocal membetulkan penglihatan kedua – duanya iaitu dekat dan jauh, semuanya dalam satu kanta.

Cermin mata single-vision dipakai oleh individu yang mempunyai pelbagai jenis masalah mata.

  • Kadang – kadang dipreskripkan untuk kanak – kanak atau dewasa yang mengalami masalah untuk melihat objek jauh, keadaan yang dipanggil sebagai myopia. Ia juga boleh dipreskripkan pada individu dengan keadaan yang dipanggil hyperopia, mereka yang mengalami masalah untuk melihat sesuatu yang dekat dan kadang – kadang sesuatu yang terlalu jauh juga.
  • Dalam bentuk cermin mata membaca untuk individu yang mempunyai penglihatan jauh yang baik tetapi mengalami masalah penglihatan dekat disebabkan faktor umur, dikenali sebagai presbyopia. Anda boleh dapatkannya daripada kedai optikal. Sesetengah individu risau jika mereka memakainya mungkin menyebabkan penglihatan mereka bertambah merosot tetapi itu sebenarnya tidak berlaku. Tiada ubat – ubatan atau senaman yang boleh menghalang presbyopia. Melambatkannya tidak memberikan faedah. Anda mungkin perlu menukar preskripsi cermin daripada semasa ke semasa di antara umur 40 hingga 60 tahun disebabkan kanta mata semula jadi anda akan kurang fleksibiliti dan kemampuan untuk fokus.

Cermin mata multifocal selalunya digunakan untuk membetulkan masalah penglihatan jauh dan presbyopia.

Cermin mata bifocal boleh membetulkan separuh untuk pembacaan dan manakala separuh lagi untuk melihat jarak jauh.

Cermin mata trifocal adalah cermin mata dengan 3 pembetulan kanta berbeza iaitu penglihatan jauh, penglihatan pertengahan dan penglihatan dekat dalam satu pasang.

Cermin mata progressive berfungsi sama seperti bifocal atau trifocal, tetapi ia mempunyai transisi yang mudah berbanding garisan pembahagi yang boleh dilihat dan berhampiran bahagian fokus.

Transisi yang tidak dapat dilihat padanya mungkin lebih menyenangkan, bahagian fokus adalah lebih kecil kerana terdapat ruang kanta yang lebih besar yang digunakan untuk bahagian transisi.

Ia juga boleh menyebabkan gangguan lebih daripada jenis cermin mata lain, membuatkan ia sukar dipakai oleh 10% populasi secara kasar.

Cermin mata komputer mempunyai kanta multifocal dengan pembetulan yang direka khas untuk fokus pada skrin komputer, di mana ia berada 20 hingga 26 inci jauh daripada muka.

Ia membantu mengelakkan sakit mata dan membolehkan pekerja pejabat untuk menukar fokus mereka dengan mudah di antara papan putih di bilik persidangan, kertas yang dicetak dan skrin komputer.

Keselesaan Pemakaian

Seperti kita tahu ia sangat berfungsi untuk membantu orang ramai untuk mendapatkan penglihatan yang baik disebabkan masalah mata yang mereka alami.

Terdapat pelbagai bentuk, saiz mengikut kesesuaian wajah seseorang. Bagi mendapatkan keselesaan pemakaianan terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan :

  • Berjumpa dengan doktor mata untuk mendapatkan pemeriksaan sekurang – kurangnya sekali setahun. Jangan tunggu sehingga kepala anda menjadi sakit dan penglihatan anda menjadi kabur.
  • Memilih bingkai yang ringan dan sesuai. Bingkai yang berat akan menekan hidung dan rongga hidung membuatkan pemakaian cermin mata menjadi tidak selesa.
  • Jika kuasa cermin mata anda tinggi, dapatkan kanta di kedai optikal – kanta yang nipis.
  • Jangan atau elakkan daripada menggunakan cermin mata orang lain.
  • Elakkan diri anda daripada menggunakan cermin mata yang tidak sempurna dan tidak sesuai. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala terutama kepada individu yang menggunakan cermin mata multifocal.
  • Ketika membaca pastikan anda memasang lampu bagi mengelakkan mata anda menjadi lebih bermasalah. Ia baik dilakukan terutama di kalangan warga emas.

Kepentingan Cermin Mata

– Membantu dalam masalah mata juling, pening kepala dan keletihan

Tanda – tanda seperti mata juling, pening kepala yang kerap, mengosok mata dan keletihan menunjukkan anda memerlukan cermin mata.

Tidak memakai cermin mata juga menyebabkan gangguan pada kehidupan seharian anda kerana anda mungkin terlanggar sesuatu, terjatuh, tidak dapat melihat jarak jauh atau dekat atau mengalami kesukaran untuk membaca atau melihat ketika waktu malam.

Tanda – tanda anda memerlukannya berbeza mengikut usia. Contohnya, orang dewasa mungkin memegang buku jauh daripada pandangan mata manakala kanak – kanak mungkin mengelak daripada aktiviti yang memerlukan penglihatan seperti melakukan kerja rumah.

– Mengurangkan risiko kemalangan

Ia adalah penting kerana kemalangan boleh berlaku jika seseorang tidak memakainya. Seseorang individu yang memerlukan cermin mata memilih untuk tidak memakainya, dan mata mereka tidak berfungsi dengan penglihatan yang jelas sebaiknya.

Hal ini kerana, hampir 90 peratus kemampuan reaksi seseorang ketika memandu adalah bergantung pada penglihatan, apabila seseorang yang memegang stereng tanpa memakai cermin mata pastinya mereka meletakkan diri mereka dan orang lain dalam bahaya.

Selain itu, apabila kanak – kanak tidak memakainya, mereka akan mengalami kecederaan ketika bermain di taman permainan yang sebenarnya boleh dielakkan.

– Mempunyai kesan jangka panjang

Pastinya apabila anda tidak memakainya, ia akan memberikan kesan jangka panjang termasuklah pembentukan mata yang tidak lengkap. Untuk mendapatkan penglihatan jelas melalui retina membantu mata terbentuk, jadi apabila penglihatan tidak jelas ia membuatkan mata tidak dapat membentuk dengan normal.

Kesimpulannya,

Anda memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata anda. Mata yang dapat melihat dengan jelas dengan sedikit bantuan di depan mata anda pastinya mampu menyelamatkan anda dalam apa jua keadaan.

Keyakinan diri anda juga meningkat kerana apabila anda dapat melihat dengan jelas, anda tidak lagi merasakan masalah mata anda sebagai satu kekurangan pada diri anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/do-i-need-glasses#symptoms

http://www.myhealth.gov.my/pemakaian-cermin-mata-dewasa/

https://www.aao.org/eye-health/glasses-contacts/glasses

https://www.essilorusa.com/newsroom/effects-of-not-wearing-glasses

Summary
Cermin Mata : Pemilihan Yang Bersesuaian, Faktor Mempengaruhi, Keselesaan Pemakaian, Kepentingan Penggunaan
Article Name
Cermin Mata : Pemilihan Yang Bersesuaian, Faktor Mempengaruhi, Keselesaan Pemakaian, Kepentingan Penggunaan
Description
Cermin mata boleh membantu seseorang untuk melihat dengan lebih baik, tetapi anda mungkin tidak sedar anda memerlukannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: