Cereus Mekar Malam
Night Blooming Cereus’ adalah sejenis pokok yang boleh dijadikan sebagai herba.

Cereus Mekar Malam adalah sejenis pokok yang boleh dijadikan sebagai herba. Ramai orang menggunakan bunga, batang, dan pucuk dari pokok ini untuk dijadikan ubat.

Kebiasaannya, ia digunakan untuk merawat masalah:

  • Sakit dada (angina)
wanita yang sakit dada
  • Pengenalan cecair yang berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah

(kegagalan jantung)

  • Sebagai peransang jantung
senarai jangkitan pundi kencing
  • Pendarahan
wanita yang sesak nafas
  • Haid wanita yang menyakitkan
wanita sedang baring atas katil

Cereus mekar malam ini kadangkala disapu terus ke kulit untuk merawat masalah sakit sendi.

Bunga ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain tapi selebihnya eloklah merujuk kepada doctor atau pegawai2 perubatan.

Bagaimana ia berfungsi?

Sebenarnya tidak ada kajian mengenai bagaimana herba ini berfungsi. Jadi adalah lebih baik merujuk kepada para doctor untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian mengatakan tumbuhan ini mengandungi bahan kimia yang dapat meransang dan menguatkan jantung.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran bagi penggunaan Cereus Mekar Malam

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menggunakan tumbuhan ‘night blooming sereus’ sebagai herba rawatan :

Perlu dapatkan rundingan dan nasihat dari doctor jika anda :

  1. Anda mengandung dan menyusukan. Ibu mengandung hanya boleh makan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doctor sahaja
  • Jika anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk dengan ubat-ubatan yang dibeli tanpa mendapatka preskripsi kesihatan,
  • Anda mempunyai alahan terhadap tumbuhan ini atau herba-herba yang lain
  • Anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan yang lain seperti masalah jantung.
  • Alahan terhadap mana-mana perkara seperti makanan, pewarna, perasa dan sebagainya.

Kesan sampingan Cereus Mekar Malam

Tumbuhan ini setakat ini selamat digunakan bagi kebanyakan orang untuk keadaan selain daripada penyakit jantung.

Walau bagaimanapun, jus segar boleh menyebabkan pembakaran mulut, mual, muntah dan cirit birit. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya lepuh kulit ketika disapu ke atas kulit.

wanita sedang munta di tandas
Summary
Cereus Mekar Malam (Night Blooming Cereus)
Article Name
Cereus Mekar Malam (Night Blooming Cereus)
Description
Night Blooming Cereus’ adalah sejenis pokok yang boleh dijadikan sebagai herba. Ramai orang menggunakan bunga, batang, dan pucuk dari pokok ini untuk dijadikan ubat
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: