cepacol
Cepacol (Benzocaine) merupakan ubat untuk melegakan sakit mulut dan tekak. Selain itu, ia juga boleh merawat luka mulut serta sariawan.

Kegunaan

Cepacol (Benzocaine) merupakan ubat untuk melegakan sakit mulut dan tekak. Selain itu, ia juga boleh merawat luka mulut serta sariawan. Ia merupakan anestetik am yang berfungsi untuk mengebaskan bahagian yang sakit. Mentol berfungsi memberikan rasa sejuk dan meningkatkan jumlah air liur di dalam mulut.

Cara menggunakannya

Gunakan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua informasi yang diberikan, ikut semua arahan dengan betul.

  • Jangan makan atau minum sekurang-kurangnya satu jam selepas menggunakannya
  • Sesetengah ubat perlu digoncang sebelum diambil. Pastikan anda tahu bahawa bentuk cepacol tersebut perlu digoncang atau tidak sebelum menggunakannya
  • Ubat ini mungkin menyebabkan terbakar. Jangan guna berdekatan dengan api terbuka atau sambil merokok

Langkah Berjaga – jaga dan Amaran Penggunaan

Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap Cepacol atau bahan di dalamnya (benzocaine / menthol lozenges), beritahulah pada doktor atau ahli farmasi anda.

Pastikan doktor mengetahui sekiranya anda alah pada ubat-ubatan seperti ini, kandungan, makanan atau bahan lain. Beritahu juga pada doktor anda mengenai alahan dan tanda-tanda yang anda alami, seperti ruam; gegata; gatal; sesak nafas; berdehit; batuk; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak; atau tanda-tanda lain.

Sekiranya simptom atau masalah kesihatan anda tidak menjadi lebih baik atau jika ia menjadi lebih teruk, hubungi doktor anda.

Jangan berkongsi ubat anda atau ambil ubat orang lain. Simpan semua senarai ubat anda (preskripsi, produk semula jadi, vitamin, OTC).

Bertanyalah pada doktor sebelum memulakan ubat baru, termasuk preskripsi atau OTC, produk semula jadi, atau vitamin. Sesetengah ubat mungkin mempunyai risalah maklumat pesakit yang lain. Periksa dengan ahli farmasi anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Cepacol, sila berbincang dengan doktor, jururawat, ahli farmasi, atau pegawai perubatan yang lain.

Sekiranya anda merasakan anda terlebih dos, hubungi pusat kawalan racun atau dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Bersedia untuk memberitahu atau menunjukkan apa yang diambil, berapa banyak, dan bila ia berlaku.

Kesan Sampingan

Rasa sedikit panas, kesemutan dan pedih mungkin berlaku. Jika sebarang kesan sampingan ini tidak hilang atau bertambah teruk, beritahu pada doktor atau ahli farmasi dengan kadar segera.

AMARAN / PERHATIAN: Walaupun jarang berlaku, sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan yang sangat buruk dan kadang-kadang membunuh semasa mengambil ubat.

Beritahu doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

Tanda-tanda reaksi alahan

Ruam; gegata; gatal; kulit merah, bengkak, melecet, atau mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; sesak di dada atau tekak; kesukaran bernafas, menelan, atau bercakap; suara serak yang luar biasa; atau pembengkakan mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak.

Tanda-tanda methemoglobinemia

Warna bibir atau kuku menjadi biru atau kelabu; degupan jantung yang tidak terasa normal; sawan; pening yang teruk atau pengsan; sakit kepala yang sangat teruk; berasa sangat mengantuk; berasa letih atau lemah; atau sesak nafas. Kesan ini jarang berlaku tetapi boleh membawa maut sekiranya berlaku.

  • Sakit mulut yang sangat teruk.
  • Sakit tekak yang sangat teruk.

Jika simptom-simptom seperti demam, sakit kepala, ruam, sakit perut, atau muntah berlaku bersama dengan sakit tekak atau tidak, lebih daripada 2 hari.

– Apakah kesan sampingan lain dari Cepacol Sore Throat?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mempunyai kesan sampingan atau hanya mempunyai kesan sampingan kecil.

Hubungi doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika ada kesan sampingan ini atau kesan sampingan lain yang mengganggu anda atau tidak beransur hilang:

  • Iritasi pada bahagian Cepacol digunakan
  • Mulut kebas

Ini bukan senarai semua kesan sampingan yang mungkin berlaku. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kesan sampingan lain, hubungi doktor anda. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan mengenai kesan sampingan.

Kontraindikasi

Cepacol dikontraindikasikan pada individu dengan keadaan kesihatan serta alahan seperti berikut.

Keadaan:

  • kekurangan zat makanan berkalori
  • kejutan
  • tekanan darah tinggi
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal yang ketara
  • terlebih dos asetaminofen
  • penyakit arteri jantung yang teruk
  • radang hati akut akibat virus hepatitis C
  • kelenjar tiroid yang terlalu aktif
  • diabetes
  • kegagalan hati yang serius
  • masalah hati
  • gangguan buah pinggang yang teruk
  • glaukoma sudut tertutup
  • prostat membesar
  • ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya

Alahan:

  • Acetaminophen
  • Ejen Simpatomimetik
  • Analog Ephedrine

Interaksi

Ubat ini mungkin berinteraksi dengan ubat lain atau masalah kesihatan. Beritahu doktor dan ahli farmasi anda mengenai semua ubat anda (preskripsi atau bukan preskripsi, produk semula jadi, vitamin) dan masalah kesihatan.

Anda mesti memeriksanya dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk memastikan bahawa ia selamat diambil dengan semua ubat dan masalah kesihatan anda.

Jangan mulakan, hentikan, atau ubah dos mana-mana ubat anda tanpa berjumpa dengan doktor.

Artikle ini tidak mempunyai senarai penuh kemungkinan interaksi ubat. Simpan semua senarai produk yang anda guna (termasuklah ubat preskripsi atau bukan preskripsi dan produk herba. Kongsikan pada doktor atau ahli farmasi anda.

Dos

Gunakan Cepacol seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Ikuti semua arahan dengan teliti.

Hisap lozeng oral. Jangan kunyah, pecahkan, atau hancurkannya. Jangan juga telan keseluruhannya. Ambil 2 lozeng pada setiap 2 jam atau ketika memerlukan.

– Terlepas dos

Jika anda mengikuti jadual dos cepacol, ambil dos yang terlepas sebaik sahaja anda ingat. Jika ketika anda ingat semula, masa hampir dengan dos seterusnya abaikan dos yang tertinggal dan ikuti jadual dos.

Jangan ambil 2 dos dalam satu masa atau sebagai ekstra. Jangan ambil secara berlebihan kecuali diarahkan oleh doktor anda.

SUMBER

https://www.drugs.com/cdi/cepacol-sore-throat-benzocaine-and-menthol-lozenges.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-164108/cepacol-sore-throat-benzocaine-menthol-mucous-membrane/details

https://www.everydayhealth.com/drugs/cepacol-sore-throat-brand

Summary
Cepacol (Sakit Tekak / Mulut) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Cepacol (Sakit Tekak / Mulut) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Cepacol (Benzocaine) merupakan ubat untuk melegakan sakit mulut dan tekak. Selain itu, ia juga boleh merawat luka mulut serta sariawan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: