Now Reading
Kandungan Kalori Cendol – Cendol Durian vs Cendol Biasa

Kandungan Kalori Cendol – Cendol Durian vs Cendol Biasa

Cendol Durian vs Cendol Biasa – Kandungan Kalori

Semangkuk cendol terutama di musim panas pastinya menjadi satu kegemaran bagi ramai orang. Dengan rasa lemaknya daripada santan bersama gula merah dan cendol itu sendiri, ia pastinya melegakan tekak anda yang kering dengan baik.

Malah, ada juga yang menggemari beberapa perasa cendol yang berbeza seperti cendol durian, cendol ‘special, cendol pulut dan lain-lain lagi. Dengan tambahan bahan sebegini, harganya juga adalah lebih mahal tetapi masih berpatutan.

Tetapi, pernahkah anda terfikir seberapa banyakkah kalori yang diambil apabila makan cendol? Memandangkan ia ada menggunakan gula serta bahan-bahan lain, cendol pastinya tinggi dalam kandungan kalori.

Sekarang, jom lihat perbezaan kalori cendol durian dan kalori cendol biasa.

Kandungan nutrisiCendol biasaCendol durian
Kalori278410

Secara amnya, cendol durian pastinya tinggi kalori kerana menggunakan durian sebagai salah satu bahannya. Seulas durian sahaja boleh mengandungi sehingga 50kcal kalori dan biasanya dalam semangkuk cendol, anda boleh dihidangkan sehingga 2/3 ulas durian. Jadi, tentu sahaja pengiraan kalori anda bertambah.

Bukan itu sahaja, dengan penggunaan santan bagi kedua-duanya, ia sememangnya menjadikan cendol sebagai pencuci mulut yang tinggi kalori. Pengambilan santan secara berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan masalah kesihatan malah ia juga membuatkan anda cepat mengantuk dan berasa lesu.

Penggunaan bahan-bahan seperti santan gula merah juga menyebabkan kadar lemak dalam cendol itu bertambah. Jadi, kadar lemak bagi cendol durian adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan cendol biasa kerana pertambahan durian di dalamnya.

Tetapi, walaupun ramai yang mengatakan durian itu hanya tinggi kalori semata-mata, ternyata durian juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan dan lain-lain. Jadi, ianya tidak salah jika anda mahu mengambil cendol durian sekali sekala terutama jika ia sedang berada dalam musim buah. Rasanya yang berlemak dan pekat itu pastinya menawan hati penggemar durian.

Jika anda sedang berdiet, minuman cendol adalah sangat tidak disyorkan dan perlu dielakkan sama sekali. Dengan kandungan kalorinya yang tinggi, mana-mana jenis cendol juga tidak boleh diambil ketika ini.

SUMBER

https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2018/02/BeSS_Bank%20Calorie%20Bahagian%20Pemakanan.pdf

https://m.merdeka.com/feedid/trend/gizi-dalam-segelas-cendol-150415a.html

https://kevinzahri.com/durian-kalori-kolesterol-fakta/

error: Content is protected !!