cempedak goreng

Cempedak goreng adalah salah satu jenis masakan yang popular semasa makan petang. Kepelbagaian dalam makanan di Malaysia adalah hasil daripada kepelbagaian masyarakat yang majmuk. Makan petang adalah salah satu aktiviti bersama keluarga yang sering dibuat ketika hari minggu bersama semua ahli keluarga. Ayuh pelajari resepi cempedak goreng.

1) Cempedak Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • 20 ulas cempedak
  • 60g tepung beras
  • 10g tepung jagung
  • 100g tepung biasa
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak masak (untuk menggoreng)

Disajikan bersama:

  • 1/2 cawan gula melaka cair

Kaedah Penyediaan:

  1. Isikan cempedak kedalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung jagung, garam dan serbuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga membentuk adunan pekat. Sekiranya adunan terlalu berair, tambahkan sedikit tepung biasa. Sekiranya adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Celupkan cempedak ke dalam adunan.
  4. Goreng hingga kekuningan.
  5. Angkat dan sajikan dengan gula melaka cair sebelum disajikan.

2) Cempedak Goreng dengan Coklat

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 1 sudu  gula putih
  • 1 sudu kunyit tanah
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • cempedak 6 biji

Bahan-bahan Sos coklat:

  • 2 cawan susu
  • 4 (1 auns) coklat persegi
  • 1 sudu besar gula putih

Kaedah Penyediaan:

  1. Campurkan air, tepung, 1 sudu gula, kunyit, dan garam bersama dalam satu mangkuk.
  2. Panaskan minyak dalam periuk besar atau penggoreng. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan goreng hingga kekuningan, 2 hingga 4 minit.
  3. Didihkan susu ke dalam periuk kecil; rebus selama 2 minit. Masukkan coklat; kacau hingga cair dan sebati. Masukkan 1 sudu gula; kacau hingga larut, lebih kurang 1 minit. Kukus coklat dan reneh dengan api kecil, kira-kira 5 minit.
  4. Letakkan cempedak goreng di atas pinggan. Hidangkan bersama sos coklat.

3) Cempedak Goreng Cheese

Bahan-bahannya:

  • isi cempedak secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit air kapur
  • 2 sudu mentega
  • 1/4 cawan santan pekat
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • keju yg diparut

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak.
  2. Campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair.
  3. Ambil mentega dan masukkan kedalam adunan tadi. kemudian kacau hingga larut. Masukkan cempedak dan goreng.
  4. Ceraikan cempedak goreng jika melekat antara satu sama lain (agar masak sekata).
  5. Tutupkan api apabila cempedak telah digoreng sepenuhnya atau bila warnanya kuning keemasan.
  6. Taburkan keju semasa cempedak masih panas dan sedia dihidang.

Jadi, makan petang anda akan lebih pelbagai selepas ini dengan 3 resepi baru cempedak goreng. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/malaysian/cempedak.html

2) https://www.allrecipes.com/recipe/246925/fried-jackfruit-with-chocolate-sauce/

3) https://www.facebook.com/nurulazuankitschen/posts/cempedak-goreng-crispy-cheesebahan-bahannyaisi-cempedak-secukupnya2-cawan-tepung/1624472371175506/

Tagged: