Celcom

Laporan mengenai Axiata Group Bhd yang mahukan kesepakatan penggabungan Celcom-Digi yang akan berlaku tidak lama lagi dapat disegerakan, dengan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Izzaddin Idris mengatakan ada keperluan untuk menyelesaikan kesepakatan itu dan bergabung dengan cepat.

Biarpun Celcom dan Digi merupakan pesaing di dalam sektor telekomunikasi, Datuk Izzaddin berpandangan bahawa perjanjian gabungan ini perlu dilakukan dengan cepat, dan tertangguh begitu lama akan menimbulkan pelbagai perkara yang tidak di ingini.

Beliau juga berpandangan bahawa dari sudut perniagaan ianya tidak masuk akal perkara ini untuk diteruskan.

Izzaddin juga memberitahu bahawa berkemungkinan mereka memerlukan tempoh selama sembilan bulan hingga setahun setelah perjanjian itu ditandatangani.

Apa yang kami lihat, setelah perjanjian ditandatangani, mereka perlu mengemukakan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), dan dari sana, mereka harus bekerja dengan lebih keras dan komited bagi memastikan agenda mereka terlaksana mengikut trek yang dirancang.

Kita sebagai pengguna mungkin menunggu apakah gabungan antara dua syarikat gergasi telekomunikasi dalam negara ini mampu untuk menarik lebih ramai pengguna untuk berlanggan dengan mereka, dan menjadi pembekal telekomunikasi nombor satu di dalam negara, lantas mengalahkan pesaing utama mereka.

Bagaimanapun itu bukanlah perkara utama yang menjadi isu kepada MCMC pada waktu ini. Mereka perlu mengemukakan kertas kerja kajian berkaitan impak yang mungkin berlaku di dalam sektor ekonomi akibat dari penggabungan tersebut.

Mengenai cadangan penggabungan antara pengendali mudah alih PT Indosat dan Hutchison 3 Indonesia, Izzaddin mengatakan kumpulan itu sedang mencari pilihan untuk mengekalkan atau menggabungkan perkongsian pasaran di Indonesia.

Mereka berharap bahawa mereka akan menjadi sebahagian daripada penggabungan tersebut dengan salah satu pihak, selain sedang mencari pilihan untuk memastikan kedudukan mereka di pasaran dapat dipertahankan, jika tidak dapat menyertai gabungan itu.

Kita mungkin akan dapat mendengar beberapa pengumuman lagi dari mereka pada masa akan datang mengenai perkara ini.

Di dalam Asean dan Asia Selatan, Axiata telah menjadi peneraju utama dalam pasaran mudah alih dan serta terkemuka di rantau ini termasuk Celcom di Malaysia, XL di Indonesia, Dialog di Sri Lanka, Robi di Bangladesh, Smart di Kamboja dan Ncell’ di Nepal.

Sementara itu, edotco Group Sdn Bhd, syarikat infrastruktur kumpulan itu, beroperasi di lapan buah negara untuk memberikan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi, merangkumi 32,800 menara.

Pada masa ini syarikat ini menduduki tempat ke-16 terbesar di dunia bagi perkhidmatan infrastruktur menara, dan edotco berharap untuk menjadi salah satu yang teratas bagi syarikat menara telekomunikasi.

Dalam satu pernyataan, kumpulan itu mengatakan pihaknya sedang menilai pilihan untuk meningkatkan kapital sedia ada kerana memiliki beberapa perancangan pengembangan untuk edotco, baik di dalam pasaran atau meneroka peluang di kawasan baru.

Dari segi pasaran baru, edotco tidak ada di Indonesia, Vietnam dan Thailand. Tetapi mereka mempunyai peluang yang baik untuk edotco memperluaskan jejaknya ke negara-negara tersebut.

Axiata Digital, cabang perkhidmatan digital Axiata, tertumpu pada dua bidang perniagaan digital iaitu perkhidmatan kewangan digital (Boost, Aspirasi) dan analitik digital dan artificial intelligence (AI).

Kumpulan itu juga mengatakan perniagaan Axiata Digital berada di landasan terbaik untuk membuat keuntungan menjelang 2022, dan masa depan mereka diperkukuhkan melalui perkongsian strategik dengan pandangan jangka panjang untuk mewujudkan dua unicorn dalam perkhidmatan kewangan digitalnya (Boost Holdings Sdn Bhd) dan analisis digital dan AI (ADA atau Axiata Digital Advertising Sdn Bhd).

Sementara itu, ketua Axiata Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid mengatakan kumpulan itu akan mempercepatkan tindakan perjalanan mereka dimulai dengan pengembangan Net-Zero Carbon Roadmap.

Usaha berterusan mereka ini telah menghasilkan Penilaian MSCI ESG Axiata adalah ‘A’.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/06/16/axiata-hopes-to-soon-ink–celcom-digi-merger-deal

Summary
Celcom-Digi Akan Meterai Perjanjian Dalam Masa Terdekat
Article Name
Celcom-Digi Akan Meterai Perjanjian Dalam Masa Terdekat
Description
Laporan mengenai Axiata Group Bhd yang mahukan kesepakatan penggabungan Celcom-Digi yang akan berlaku tidak lama lagi dapat disegerakan, dengan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Izzaddin Idris mengatakan ada keperluan untuk menyelesaikan kesepakatan itu dan bergabung dengan cepat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: