Seringkali kita dengar istilah CCRIS dan CTOS, namun mungkin ada di kalangan kawan-kawan, saudara mara atau khususnya pelabur hartanah “junior” tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS dan apa dia perbezaan antara kedua-dua nya serta mengapa penting bagi kita. Jadi saya  cuba kongsikan sedikit sebanyak yang saya peroleh kepada anda.

Apa itu CCRIS?

CCRIS atau pusat sistem maklumat rujukan kredit (Central Credit Reference Information System) menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas nya, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman dan status muflis. Semua institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut.

Macam mana cara untuk dapatkan laporan kredit CCRIS??

Antaranya”

  • Kiosk Bank Negara. (Recommended)(dan saya pernah buat)
  • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  • eCCRIS Bank Negara Malaysia
  • RAM Credit Info (RAMCI)

Apa itu CTOS?

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institusi kewangan menentukan kelayakan kredit pemohon (peminjam) selain menggunakan laporan CCRIS. Biasanya institusi kewangan akan menggunakan lebih dari 1 laporan kredit untuk dapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon. Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuklah,

  • Status muflis individu
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan perniagaan dan sebagainya

Bagaimana cara nak dapatkan laporan CTOS ni?

  • Anda boleh Layari website mereka www.ctoscredit.com.my

Jadi, apa perbezaan antara CCRIS dan CTOS ni?

Kedua-duanya menyediakan laporan kredit. Bezanya, CCRIS dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta. CCRIS memperolehi maklumat dari institusi kewangan manakala CTOS mendapat maklumat berkaitan kredit dari sumber awam. Selain itu, perbezaan utama ialah bagaimana maklumat tersebut dikumpulkan.

Apa kepetingan CCRIS dan CTOS?

  • Digunakan oleh pihak bank untuk penilaian sekiranya anda ada buat permohonan seperti kad kredit, pembiayaan peribadi mahupun pinjaman perumahan.
  • Menentukan “Debt Service Ratio” pemohon sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman.Ini kerana bank mengambil risiko apabila meluluskan permohonan anda. Jadi CTOS dan CCRIS antara platform yang digunakan untuk mengurangkan risiko tersebut
  • Menunjukkan corak bayaran balik hutang anda dan menunjukkan kemampuan anda untuk membuat bayaran semula komitmen kewangan anda.

Jadi anda dah tau betapa penting nya kedua-dua laporan kredit ini, maka disiplin kan diri anda dalam semua bayaran bulanan pinjaman yang anda buat. Seperti di Far Capital mereka ada team “mortgage” yang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang pinjaman bank di Malaysia. Setiap “client” Far Capital akan di “screening” tahap kesihatan kewangan mereka sebelum membolehkan mereka mula membeli hartanah yang ada dalam list mereka. Jangan terkejut ada dikalangan yang bergaji sampai RM 5000 lebih pun sangkut kat report CTOS mereka.

Semoga ilmu ciput ini bermanfaat buat anda semua…

Ni ada soalan garu kepala untuk anda jawab sambil-sambil memasak, cuci kereta atau pun siram pokok.

Mana satu lagi baik:-

RM 100,000 Pinjaman perumahan

                  VS

RM 100,000Pinjaman peribadi

                  VS

RM 100,000 Guna kad kredit

Untuk jawapan anda boleh fikir sendiri

SUMBER :

Central Credit Reference Information System (CCRIS) – Credit Bureau – Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my)

https://www.directlending.com.my/ms/blog/ccris-dan-ctos-pinjaman-peribadi-koperasi#apakah-itu-ccris

Summary
CCRIS Atau CTOS?
Article Name
CCRIS Atau CTOS?
Description
Seringkali kita dengar istilah CCRIS dan CTOS, namun mungkin ada di kalangan kawan-kawan, saudara mara atau khusus nya pelabur hartanah "junior" tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS dan apa dia perbezaan antara kedua-dua nya serta mengapa penting bagi kita. Jadi saya cuba kongsikan sedikit sebanyak yang saya peroleh kepada anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: