Caralluma fimbriata
Caralluma fimbriata adalah kaktus popular yang boleh dimakan di India. Ia tumbuh merata di seluruh pedalaman India, malah ia juga boleh didapati di tepi jalan juga.

Pengenalan

Caralluma fimbriata adalah kaktus popular yang boleh dimakan di India. Ia tumbuh merata di seluruh pedalaman India, malah boleh juga boleh didapati di tepi jalan.

Ini merupakan sebahagian daripada diet populasi penduduk India. Ia telah menjadi budaya masyarakat India selama bertahun lamanya untuk mengisi perut mereka.

Selain itu, ia biasanya boleh didapati pada hujung musim panas. Pelbagai warna boleh ditemui seperti coklat, ungu, perang, kuning dan merah. Tumbuhan ini boleh didapati di seluruh pelosok:

  • Afrika
  • Timur Tengah
  • Eropah Selatan, terutama di Pulau Canary

Kegunaan Caralluma fimbriata

Kebelakangan ini, ramai yang mula menggunakan ekstrak Caralluma fimbriata untuk membantu mereka:

  • Mengurangkan berat badan
  • Membentuk daya ketahanan
  • Menghilangkan rasa dahaga

Cara menggunakan Caralluma fimbriata

Di India di mana tumbuhan ini boleh dijumpai, masyarakat di sana mengunakannya dengan pelbagai cara. Meskipun ia berbau busuk, ramai memilih untuk makannya secara mentah atau merebusnya terlebih dahulu.

Bagi individu lain, mereka memasaknya sebagai sayur bersama rempah atau menambahnya ke dalam perasa seperti ‘chutney’ atau jeruk.  Di Amerika Syarikat pula, ia kebanyakannya diambil dalam bentuk ekstraknya iaitu sebagai suplemen.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Caralluma fimbriata

Hamil dan menyusu badan: Tiada informasi tepat yang boleh mengesahkan bahawa pengambilannya adalah selamat diambil ketika hamil atau menyusu badan.

Jadi, elakkan daripada mencuba untuk mengambilnya agar kesan sampingan yang buruk dapat dielakkan.

Kesan sampingan Caralluma fimbriata

Apabila diambil secara oral, ia berkemungkinan selamat untuk sesetengah orang apabila diambil dalam jumlah yang sering didapati daripada makanan.

Ia juga barangkali selamat apabila diambil dalam jumlah ubat sehingga minggu ke-12. Namun, Caralluma mungkin menyebabkan kesan sampingan sederhana seperti sakit perut, perut bergas, sembelit dan rasa sakit pada perut.

Kontraindikasi Caralluma fimbriata

Penyelidikan klinikal pada masa hadapan mungkin dapat mengenalpasti interaksi atau kontraindikasi terbaru. Tidak banyak kajian yang mengenal pasti kesan pengambilan ekstrak tumbuhan ini ketika mengandung dan menyusu badan. Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya.

Interaksi Caralluma fimbriata

Buat masa ini tiada informasi mengenai interaksi Caralluma. Namun, ia mungkin berinteraksi dengan ubat yang anda ambil atau keadaan perubatan sedia ada anda.

Oleh itu, dapatkan maklumat daripada ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos Caralluma fimbriata

Informasi yang disediakan tidak sesuai digunakan sebagai rujukan untuk maklumat perubatan. Disebabkan itulah, anda harus sentiasa bertanya kepada ahli herba atau doktor sebelum menggunakannya sebgai ubat.

Ubat ini mungkin boleh didapati dalam bentuk dos seperti suplemen diet (Kapsul).

Dos suplemen herba ini juga mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Ia boleh bergantung pada umur, kesihatan atau beberapa keadaan anda. Suplemen herba juga tidak selalunya selamat. Jadi, berbincanglah dengan ahli herba dan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/caralluma-fimbriata#use

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1160/caralluma

https://www.hellodoktor.com/drugs-herbals/herbals/caralluma-fimbriata/

Summary
Caralluma fimbriata : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Caralluma fimbriata : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Caralluma fimbriata adalah kaktus popular yang boleh dimakan di India. Ia tumbuh merata di seluruh pedalaman India, malah ia juga boleh didapati di tepi jalan juga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: