Now Reading
Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat

Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat

cara hilangkan bengkak susu

Payudara mengandungi rangkaian saluran yang membawa susu dari kelenjar susu ke puting ketika seorang wanita sedang menyusukan bayinya. Namun, ia boleh menjadi satu masalah sekiranya saluran tersebut menjadi tersumbat kerana ia dapat menyebabkan rasa sakit, bengkak dan kegatalan yang serius menyebabkan bengkak susu.

Anda mungkin boleh mengalamibengkak susu jika payudara anda tidak dikosongkan sepenuhnya selepas menyusu, jika bayi anda tidak mahu menyusu, atau jika anda mengalami tekanan yang mana dilalui oleh kebanyakan ibu baru.

Gejala sebegini boleh timbul secara perlahan dan secara amnya hanya mempengaruhi satu belah payudara sahaja. Anda mungkin mengalami:

  • benjolan di satu bahagian payudara
  • pembengkakan di sekitar kawasan benjolan
  • sakit atau bengkak berhampiran benjolan
  • ketidakselesaan yang reda selepas menyusukan bayi/ mengepam
  • lepuh atau luka pada bukaan puting anda
  • pergerakan ketulan dari masa ke masa

Sekiranya anda tidak melakukan apa-apa tindakan, penyumbatan bengkak susu itu tidak mungkin dapat sembuh dengan sendirinya. Sebaliknya, ia boleh berkembang menjadi jangkitan yang disebut sebagai mastitis. Mastitis adalah keradangan tisu payudara yang kadangkala melibatkan jangkitan. Ini boleh mengakibatkan sakit payudara, bengkak, kehangatan dan kemerahan. Mastitis yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan pengumpulan nanah yang memerlukan pembedahan.

Namun, walaupun bengkak susu ini boleh jadi menyakitkan, ia sering dapat disembuhkan dengan beberapa cara. Mari lihat beberapa kaedah di bawah.

1. Teruskan mengepam susu

Ideanya adalah untuk mengeringkan payudara secara kerap. Biasanya, ia berfungsi dengan baik dengan pam payudara yang bermutu, tetapi mana-mana pam payudara elektrik juga boleh melakukan fungsi yang sama. Sebelum membiarkan pam payudara melakukan tugasnya, pastikan anda menyesuaikan tetapan pam payudara anda mengikut keselesaan. Jangan biarkan pam kekal pada tetapan yang lebih kuat daripada kebiasaannya.

2. Menyusukan bayi anda dengan lebih kerap

Menyusukan bayi anda lebih kerap daripada kebiasaan, iaitu setiap 2 hingga 3 jam. Mulakan memberi makan pada bayi anda dengan payudara yang terkesan untuk memastikan ia mendapat perhatian paling banyak. Bayi cenderung menghisap lebih banyak pada payudara pertama yang ditawarkan kerana lebih berasa lapar pada masa itu.

3. Gunakan pad pemanasan atau kain suam

Membiarkan air suam mengalir ke payudara semasa mandi juga boleh jadi bermanfaat. Gunakan pad pemanasan atau kain suam pada payudara sebelum anda mengepam bagi membantu melonggarkan penyumbatan yang berlaku. Pastikan suhunya tidak terlalu panas sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

4. Cuba kaedah ‘dangle pumping’

Ramai individu akan menyarankan ‘dangle pumping’ (menyusui sambil menyandarkan  bayi anda, agar graviti dapat membantu membebaskan penyumbatan), tetapi itu tidak membantu ketika anda mengepam secara eksklusif. Jadi, anda boleh mencuba mengepam dengan cara ini. Anda perlu mencari tempat untuk mengepam yang membolehkan anda bersandar ke depan, agar puting anda seperti ‘menjuntai’ ke lantai.

5. Urut payudara anda

Setelah anda mula mengepam, angkat kompres panas dan mula mengurut payudara anda. Gunakan lebih banyak tekanan dan tumpukan pada kawasan tisu yang bersimpul di saluran susu tersumbat. Sebaiknya lakukan urutan bulatan lembut dengan lebih kuat yang mendorong ke arah puting. Sekiranya ia menyakitkan, berhenti sebentar dan gunakan kompres panas sekali lagi.

6. Cuba pengurut getaran/ laktasi

Ramai wanita mendapati getaran boleh membantu menembusi saluran yang tersumbat. Anda boleh mencuba berus gigi elektrik, tetapi jika anda cenderung mengalami masalah bengkak susu ini, alat pengurut laktasi yang dibentuk untuk membantu anda mengurangkan masalah ini juga adalah satu pelaburan yang baik. Ia juga kalis air, jadi anda boleh gunakannya dengan mudah di bilik mandi!

7. Pakai pakaian longgar

Salah satu penyebab bengkak susu adalah kerana memberi terlalu banyak tekanan pada payudara untuk jangka masa yang panjang. Pakaian atau bra yang ketat boleh menyebabkan tekanan sebegitu, jadi ia adalah penting untuk memakai pakaian yang longgar bagi melegakan saluran yang tersumbat. Selain itu, pakaian yang lebih ketat akan menyebabkan anda berpeluh lebih banyak dan menyukarkan peluh untuk menguap yang seterusnya menyebabkan liang tersumbat.

Dapatkan Breast Pump Anda Hari Ini !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Haakaa GEN 2 Silicone Breast Pump 150ml with Suction Base

RM 89.78

Bebebao MALAYSIA Wondez Double Electric Breast Pump BB-5020 with 3 Pin Adapter 

RM 118.90

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322965

https://www.healthline.com/health/breastfeeding/clogged-milk-duct

https://www.usa.philips.com/c-e/mo/parents-guide/for-professionals/clogged-milk-duct-signs-treatment-prevention.html

https://bravelittlemom.com/relieve-clogged-milk-duct-fast/

https://exclusivepumping.com/clogged-ducts/

error: Content is protected !!