Now Reading
Cara Solat Jamak Takhir Dan Takdim

Cara Solat Jamak Takhir Dan Takdim

Apa itu Solat Jamak Takhir dan Takdim?

Setiap insan yang pernah bermusafir, anda mesti tahu cara solat jamak, kan? Tiada alasan penat berjalan jauh untuk meninggalkan solat. Allah S.W.T telah memudahkan segala urusan perjalanan kita dengan membenarkan kita semua untuk solat jamak dan qasar. MashaAllah, baik sungguh Allah. Jelaslah, Islam ini agama yang mudah dan memudahkan.

Secara umumnya, ini yang disebut sebagai rukhsah solat (kemudahan). Tapi masih ramai yang tak tahu bagaimana cara untuk melakukan solat jamak dan qasar ini.

Artikel ini bakal membincangkan secara umumnya berkenaan solat Jamak Takhir dan Takdim.

Secara amnya, berikut merupakan contoh Solat yang boleh dilakukan dengan cara jamak solat. Caranya adalah, sekalikan solat dengan solat qasar yang dapat memendekkan bilangan rakaat solat.

  • Zohor (2 Rakaat) + Asar (2 Rakaat)
  • Asar (2 Rakaat) + Zohor (2 Rakaat)
  • Maghrib (3 Rakaat) + Ishak (2 Rakaat)
  • Ishak (2 Rakaat) + Maghrib (3 Rakaat)

Jamak Takdim

Cara Solat Jamak Takdim serta Qasar (Zohor)

Perlu dingatkan di sini, jika menyusahkan, tidak perlu sampai hafal niat dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu sudah cukup.

Niat Jamak Takdim Zohor :

“Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala.”

Seterusnya :

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Beri salam

2. Cara Solat Jamak Takdim serta Qasar (Asar)

Melaksanakan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.

Perlu dingatkan di sini, tidak perlu sampai hafal niat dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu sudah cukup.

Niat Jamak Takdim Asar :

“Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala.”

Untuk langkah berikutnya :

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Beri salam

3. Cara Solat Jamak Takdim serta Qasar (Maghrib)

Niat Jamak Takdim Maghrib :

“ Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.”

Selanjutnya:

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat ketiga, baca Al-Fatihah
  • Beri salam

4. Cara Solat Jamak Takdim serta Qasar (Isyak)

Melakukan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat Jamak Takdim Isyak :

“ Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala.”

Selanjutnya:

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Beri salam

Jamak Takhir

Cara Solat Jamak Takhir serta Qasar (Zohor)

Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar.

Niat Jamak Takhir Zohor :

“Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak takhir serta qasar kerana Allah Taala.”

Selanjutnya:

See Also
bacaan dalam solat

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Beri salam

2. Cara Solat Jamak Takhir serta Qasar (Asar)

Niat Asar :

“Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak takhir serta qasar kerana Allah Taala.”

Anda selanjutnya boleh membaca surah-surah seperti berikut:

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Beri salam

3. Cara Solat Jamak Takhir serta Qasar (Maghrib)

Melakukan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak.

Niat Jamak Takhir Maghrib :

“ Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.”

Anda boleh mengikut langkah berikut sebagai langkah seterusnya :

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat ketiga, baca Al-Fatihah
  • Beri salam

4. Cara Solat Jamak Takhir serta Qasar (Isyak)

Niat Jamak Takhir Isyak :

“ Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak takhirserta qasar kerana Allah Taala.”

Langkah berikut boleh diikuti :

  • Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
  • Rakaat ketiga, baca Al-Fatihah
  • Beri salam

SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
  3. Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
  4. Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.

Sumber :

  1. https://therohani.com/cara-solat-jamak-takhir-takdim/
error: Content is protected !!