cara menyediakan air halia
Halia yang boleh disediakan sebagai minuman di rumah merupakan cara mudah untuk mengambil halia bagi pelbagai manfaat kesihatannya kepada badan kita.

Halia yang berasal dari Asia Tenggara adalah sejenis bahan masakan yang biasa digunakan dalam makanan dan perubatan di seluruh dunia. Tumbuhan halia kaya dengan bahan kimia semula jadi yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Malah, halia yang boleh disediakan sebagai minuman di rumah merupakan cara mudah untuk mengambil halia bagi pelbagai manfaat kesihatannya kepada badan kita. Manusia telah menggunakan halia selama ribuan tahun, iaitu sebagai perasa makanan dan ubat semula jadi, untuk merawat pelbagai keadaan seperti kesakitan biasa dan mual.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa air halia juga boleh berfungsi sebagai detoks yang bertujuan untuk membuang toksin dari tubuh perlahan-lahan dari masa ke masa. Sebilangan individu menggunakan air halia yang dicampurkan dengan jus lemon sebagai detoks. Namun, setakat ini, hanya terdapat bukti anecdotal atau bukti yang dikumpul secara tidak rasmi untuk menyokong penggunaan ini.

Seterusnya, memandangkan halia boleh melawan kuman, penyakit, keradangan dan molekul penyebab kanser, mengambil sedikit halia setiap hari dapat membantu memberikan kesan positif pada kesihatan keseluruhan anda. Mengambil minuman halia juga dapat memberikan nutrien tambahan memandangkan ia adalah akar semula jadi.

Sekarang, mari kita lihat cara penyediaan air halia di rumah yang mudah.

Bahan-bahan:

  • 5 cawan air
  • ¼ cawan halia segar yang dihiris, diparut
  • 1 cawan berisi gula perang
  • 1 sudu madu (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Parut atau hiris halia segar mengikut kuantiti yang sesuai.
  2. Didihkan 5 cawan air.
  3. Masukkan halia ke dalam air.
  4. Biarkan halia direndam selama kira-kira 5 hingga 10 minit.
  5. Tapis air berikut untuk mengeluarkan kepingan halia (Jika anda menggunakan parutan halia, anda boleh melangkau langkah ini sekiranya parutan tersebut tidak begitu padat).
  6. Biarkan air tersebut sejuk sehingga sudah boleh diminum atau letakkan di dalam peti sejuk dan minum semasa ia sejuk.

Memandangkan halia mempunyai rasa yang kuat, ada sesetengah orang yang suka menambahkan perasa lain, seperti madu atau lemon untuk mengurangkan rasa halia tersebut.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.healthline.com/health/ginger-water

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322257

https://www.allrecipes.com/recipe/96696/hot-and-sweet-ginger-drink/

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Cara menyediakan air halia
Article Name
Cara menyediakan air halia
Description
Halia yang boleh disediakan sebagai minuman di rumah merupakan cara mudah untuk mengambil halia bagi pelbagai manfaat kesihatannya kepada badan kita.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *