renew roadtax di pejabat pos

Roadtax atau cukai jalan kenderaan akan luput pada setiap tahun. Jadi, anda perlu memperbaharui cukai jalan bagi mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak JPJ. Terdapat pelbagai cara melakukannya, salah satunya ialah anda boleh renew roadtax di pejabat pos, JPJ berdekatan atau secara online. Anda boleh memilih cara yang paling mudah untuk anda.

Anda juga boleh renew seawal 2 bulan sebelum tarikh roadtax luput, jadi anda bolehlah merancang lebih awal jika takut terlupa.

Tetapi, harus diingatkan, insurans kereta perlu di renew terlebih dahulu sebelum renew roadtax. Ini untuk memastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans.

Apa yang diperlukan untuk memperbaharui roadtax?

Sebelum anda memperbaharui roadtax dan insurans kereta serta motor, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan;

  • Semak dahulu tarikh taman insurans dan roadtax.
  • Lakukan perbandingan harga insurans yang ditawarkan syarikat insurans. kerana lain syarikat lain harganya.
  • Pastikan geran kenderaan disediakan bagi tujuan pengesahan.
  • Pastikan kereta anda tidak mempunyai saman, jika tidak anda tidak dibenarkan untuk renew roadtax tersebut.
  • Semak juga harga pasaran semasa kenderaan anda untuk mengetahui berapakah jumlah insurans yang sesuai.

Kenapa nak bazirkan duit kalau anda boleh renew sendiri?

Sekarang ini, pejabat pos juga telah menawarkan perkhidmatan renew roadtax tanpa sebarang caj pihak ketiga. Ia bagi memudahkan pemilik kereta lebih mudah untuk renew roadtax mereka. Anda hanya perlu menyediakan dokumen berkaitan ke pejabat pos berdekatan anda.

Anda perlu pergi ke pejabat pos berdekatan. Untuk renew roadtax di pejabat pos, tempoh yang dibenarkan untuk renew adalah selama 6 bulan atau 1 tahun, dan pastikan insurans anda juga mempunyai tempoh yang sama.

Permohonan untuk renew roadtax bagi pemilik yang sudah meninggal dunia hanya dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja bagi setiap permohonan. Jika kematian pemilik sudah lebih dari 5 tahun, permohonan perlulah mendapatkan kelulusan.


Kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan Puspakam terlebih dahulu jika roadtax telah luput lebih daripada satu tahun.

Cara renew roadtax di pejabat pos

  1. Pastikan anda memenuhi kesemua syarat yang diberikan.
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran, Cover note dari syarikat insurans
  3. Ambil nombor giliran di pejabat pos
  4. Tunggu giliran anda dipanggil
  5. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  6. Siap proses pembaharuan

Harap bagi sesiapa yang ingin renew roadtax motor serta insurans kenderaan masing-masing, ada baiknya jika anda membuat persiapan secara awal terutamanya untuk dokumen yang di perlukan. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian info ini.


Sumber :


https://ilabur.com/renew-roadtax/
https://www.autoroadtax.com.my/articles/en/cara-renew-roadtax-online/

Summary
Cara Renew Roadtax Di Pejabat Pos
Article Name
Cara Renew Roadtax Di Pejabat Pos
Description
Roadtax atau cukai jalan kenderaan akan luput pada setiap tahun. Jadi, anda perlu memperbaharui cukai jalan bagi mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak JPJ. Terdapat pelbagai cara melakukannya, salah satunya ialah anda boleh renew roadtax di pejabat pos, JPJ berdekatan atau secara online. Anda boleh memilih cara yang paling mudah untuk anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: