Now Reading
Cara Permohonan GPK LHDN (Gerakan khas Prihatin)

Cara Permohonan GPK LHDN (Gerakan khas Prihatin)

gpk lhdn

Inisiatif Permohonan Gerakan Khas Prihatin (GKP) telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Pakej ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Peruntukan sebanyak RM2.1 bilion diharap dapat membantu peniaga-peniaga kecil dan pengusaha PKS mikro dalam meringankan beban kewangan perniagaan masing-masing. Teruskan membaca untuk mengetahui cara permohonan GPK LHDN.

Terkini, Di bawah Pakej Bantuan PERMAI, GKP tambahan diumumkan seperti berikut:

  • RM1,000 bagi 500,000 PKS di tujuh negeri PKP.
  • RM500 bagi 300,000 PKS di negeri lain.
  • Kerajaan bersedia untuk menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP.

Syarat untuk Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0

  • Bukan pemohon GPK sebelum ini
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon menjalankan Persahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut :
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada lima (5) orang iaitu tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019 31 Oktober 2020.
  • Aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Kepada yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon dengan mengisi butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Cara Buat Permohonan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin)

Berikut ialah cara untuk membuat permohonan GKP 2.0:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 2.0
  2. Sila login GKP 2.0 dengan klik pautan Log Masuk
  3. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Klik link Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  7. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  8. Tekan butang Semak
  9. Tekan butang Permohonan Baharu
  10. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 2.0
  11. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi seperti:
  12. Maklumat Pemohon
  13. Maklumat Entiti Perniagaan
  14. Pengesahan
  15. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
  16. Nama Pemohon
  17. Nombor MyKad
  18. Jantina
  19. Nombor Telefon Bimbit
  20. Alamat Surat Menyurat
  21. Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
  22. Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
  23. Status Perkahwinan
  24. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
  25. Jenis Perniagaan
  26. Nombor Cukai Pendapatan
  27. Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
  28. Nombor Pendaftaran Syarikat
  29. Tarikh Mula Beroperasi
  30. Nombor Lesen Perniagaan
  31. Alamat Premis Perniagaan
  32. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  33. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  34. Tekan butang Sahkan Captcha
  35. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  36. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  37. Klik butang Hantar
  38. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 2.0 berjaya akan dipaparkan

Permohonan Rayuan GKP

Pemohon yang gagal dalam permohonan pertama mereka boleh membuat permohonan rayuan mulai 7 hingga 21 Disember 2020 melalui portal rasmi GKP.

Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 4 Februari 2021 manakala tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin pula dijangka dibuat mulai 5 Februari 2021.

Bagaimana kaedah pembayaran akan dibuat?

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan status semakan permohonan Geran Khas PRIHATIN, tarikh pembayaran geran khas, sila rujuk:

See Also
sijil penghargaan

  • Laman Web Rasmi LHDN (https gkp.hasil.gov.my)
  • Hasil Care Line: 03 8911 1000/603 8911 1000 (Isnin hingga Jumaat-9.00 pagi hingga 5.00 petang)

Sumber:

https://www.semakan.my/semakan-gkp-geran-khas-prihatin

https://gkp.hasil.gov.my

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fjawatanmalaysia.net%2Fcara-memohon-gkp-2-0%2F&psig=AOvVaw1AJxeslJ1_9UyDxCRk0tMH&ust=1621485607263000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCOCJ4OL21PACFQAAAAAdAAAAABAJ

error: Content is protected !!