cara pakai shawl

Dah lama duduk di rumah, mesti ada yang kekeringan idea dan tak tahu cara pakai shawl trend terkini, kan?

Ada banyak variasi shawl yang terdapat di pasaran dan material kain yang digunakan berbeza-beza. Chiffon, pleated, viscose, cotton, satin, jersi dan silk? Yang mana satu pilihan anda?

Dan, tahukah anda setiap style yang kita gayakan bergantung kepada material shawl yang kita pilih?

Jadi, sebelum tersalah pakai style shawl, kami kongsikan cara pakai shawl mengikut trend terkini. Tutorial kali ini sangat mudah dan kemas.

Selepas ini makin senang untuk anda ber ‘OOTD’ dengan shawl dengan style yang sepadan.

1. Shawl Tanpa Pin (Pinless)

Buy Tuva_Shawl_By_Modanisa prints Pinless Shawl for Women in MENA,  Worldwide | 545440

Selalu terlajak tidur untuk pergi ke kelas atau tempat kerja? Gaya shawl tanpa pin sangat sesuai untuk anda dan jimat masa. Ini adalah cara pakai shawl yang paling terkini. Caranya:

  1. Letak shawl sama panjang di kedua-dua belah bahagian.
  2. Kemudian, ambil satu sisi panjang dibawa ke belakang.
  3. Sambungkan dengan bahagian pendek tadi dan simpulkan kemas di belakang leher.
  4. Kemaskan bahagian depan, pastikan ia tidak bulky. Dah siap

Semua jenis material shawl sesuai untuk mengenakan gaya ini, cuma anda perlu sematkan jarum peniti di bahagian luar telinga dan memakai inner neck untuk mengelakkan shawl mudah bergerak.

Gaya ini simple dan kemas sesuai digayakan untuk ke pejabat atau di majlis keramaian.

2. Shawl Kasual Klasik

23 Sebab Selebriti Malaysia Bertudung Ketika Sedang Popular

Shawl kasual klasik ini boleh digayakan dengan semua jenis material shawl.

Jika anda ingin tampil santai dan dipakai harian, gayakan style ini dengan tudung viscose, cotton pashmina atau jersey.

Tetapi, sekiranya anda ingin menaikkan gaya ini agar sesuai dengan acara yang lebih formal seperti majlis perkahwinan, anda boleh menggunakan selendang chiffon atau satin untuk menambahkan gaya anggun dan mewah. Cara- caranya adalah seperti berikut:

  1. Mulakan dengan meletakkan shawl di kepala anda, sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Pin shawl di bawah dagu anda.
  3. Kemudian, Tarik bahagian panjang di atas kepala dan bawa ke telinga anda yang sebelah lagi.
  4. Pinkan shawl di bahagian telinga anda menggunakan pin lurus.

3. Shawl Drape (The Shoulder Drape)

Lana – Light Nude | TUDUNG BAWAL - Lunalulu

Gaya shawl begini sangat mementingkan material yang beralun dan mudah drape seperti chiffon, satin dan satin jenis matte. Gaya ini secara tidak langsung akan menyerlahkan keseluruhan fesyen anda.

Bahkan, sudah terlalu ramai anak muda yang suka menggayakan shawl jenis licin begini dan ternyata ianya begitu kemas.

Teruja nak tahu cara shawl drape? Baca ini.

  1. Mula-mula, pin shawl di bawah dagu. Sebelah pendek dan sebelah panjang.
  2. Sembunyikan bahagian pendek dengan memasukkannya ke dalam baju di bahagian leher anda.
  3. Ambil yang panjang, Tarik ke atas dada sehingga menutupi paras yang anda inginkan. Boleh adjust sama ada nak senteng atau labuh.
  4. Akhir sekali, sematnya di bahagian bahu dan pin.

Namun, anda perlu berhati-hati dengan gaya ini. Jika ditiup angin kemungkinan ia akan menganggu pergerakan anda.

Penyelesaiannya, anda boleh tambahkan lebih banyak pin atau melilitkan bahagian yang lebih dan tarik ke atas supaya drape cantik.

Dengan cara ini, shawl akan terletak dengan kemas.

4. Shawl Turban

Turban Jadi Pilihan Naelofar Hijab Untuk Koleksi Terkini

Gaya jenis turban asalnya digayakan dengan menggunakan shawl. Bagi Wanita yang berkerjaya, berani dan berkaca mata cenderung untuk mengenakan shawl turban.

Gaya seperti ini hanya menggunakan pin di bawah dagu dan selebihnya dililit dengan kemas di atas kepala.

Mesti anda teringin membuat gaya shawl turban ini, kan? Caranya:

  1. Pastikan anda memakai inner neck. Lipat square shawl menjadi segitiga.
  2. Ikat tudung segitiga terbalik di atas kepala.
  3. Selitkan lebihan kain ikatan ke belakang kepala.
  4. Kemudian, kemaskan pula lebihan kain di belakang.
  5. Siap

5. Shawl labuh

Shawl Labuh | Women Online Magazine

Tercari-cari cara pakai shawl terkini tetapi labuh? Sudah tentu ada.

Gaya ini menampilkan kesopanan seseorang wanita dan tampak begitu manis kerana menutup bahagian dada.

Cara pakai shawl labuh adalah:

  1. Letak shawl di kepala. Pastikan sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang. Pin di dagu.
  2. Kemudian, tarik bahagian yang pendek, pin di kepala.
  3. Ambil bahagian yang panjang, di pusingkan bahagian shawl ke belakang dan diletakkan di atas kepala. Pastikan bahagian depan labuh.
  4. Kemaskan di bahagian kepala.
  5. Pin mengikut keselesaan anda di bahu supaya ia terletak.

6. Loose Shawl

17 Cara Pakai Tudung Shawl Terkini (UPDATE 2020) - MATAA

Gaya ini pasti menjadi salah satu gaya kegemaran anda kerana boleh dipakai bila-bila sahaja.

Sama ada semasa bercuti, keluar malam atau untuk pergi kelas.

Ia seakan shawl tanpa pin tetapi gaya ini lebih bebas kerana anda tidak perlu menyimpulkannya.

Cara menggayakan loose shawl:

  1. Mula-mula letakkan selendang anda di atas kepala. Sebelah panjang dan sebelah pende
  2. Kemudian, ambil hujung yang lebih pendek, bawa ke sisi yang bertentangan dan pasangkannya pada selendang yang berhampiran di telinga
  3. Ambil sisi yang lebih panjang, bawa ke bahu anda dan biarkan hujungnya bebas.

Anda boleh meletakkan shawl di atas kepala dan menyelitkan di dalam baju jika anda suka.

Tetapi, kebanyakannya membiarkannya drape bebas untuk penampilan yang lebih mudah.

Ini adalah di antara cara pakai shawl trend terkini yang anda boleh ikuti. Diharap perkongsian ini membantu anda untuk menggayakan shawl mengikut kesesuaian anda.

Selamat berfesyen!

Sumber:

https://www.halalzilla.com/hijab-styles-material-occasion/90330

https://www.stylecraze.com/articles/how-to-wear-hijab-step-by-step/

https://www.halaltrip.com/other/blog/9-creative-ways-to-style-your-hijab/

Summary
Cara Pakai Shawl Trend Terkini
Article Name
Cara Pakai Shawl Trend Terkini
Description
Dah lama duduk di rumah, mesti ada yang kekeringan idea dan tak tahu cara pakai shawl trend terkini, kan?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: