Taman Permainan
Taman permainan adalah tempat terbaik bagi kanak – kanak terutamanya. Mereka dapat melihat dan merasai peralatan permainan berbeza untuk mereka berseronok sepanjang hari bermain bersamanya.

Taman permainan adalah tempat terbaik bagi kanak – kanak terutamanya. Mereka dapat melihat dan merasai peralatan permainan berbeza untuk mereka berseronok sepanjang hari bermain bersamanya.

Daripada ‘kolam’ yang dipenuhi bola berwarna – warni dan gelongsor untuk bermain dan berkenalan sesama mereka, taman permainan luar dan dalam mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Namun begitu, kanak – kanak dan ibu bapa bukan satu – satunya yang ada di taman permainan, terdapat kuman juga di sekitarnya.

Taman permainan yang kotor dan tercemar boleh menyebabkan penyakit di kalangan kanak – kanak yang kemudiannya menyebabkan ia tidak lagi selamat.

Selain peranan pemilik taman permainan untuk menjaga kebersihan taman sekitar, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan melindungi anak – anak anda daripada bahaya dan kuman.

Berikut adalah tips yang sangat berguna untuk pemilik taman permainan dan boleh digunakan oleh ibu bapa bagi memastikan kebersihan taman permainan anak anda di tahap terbaik.

#TIPS

1. Meletakkan penyahkuman di kawasan permainan

Kebersihan bermula daripada anda, anda sebagai pemilik kawasan permainan perlulah meletakkan hand sanitizer di kawasan sekitar taman permainan.

Sebelum membuka taman permainan anda pastikan dispenser hand sanitizer telah diletakkan. Bagi ibu bapa yang memiliki taman permainan atau sebelum membiarkan anak anda bermain di kawasan permainan pastikan anak anda telah menggunakan hand sanitizer.

Ibu bapa perlulah mendidik anak – anak mereka untuk menggunakan hand sanitizer dengan kerap sebelum bermain bagi mengelakkan bakteria atau kuman merebak dan menjangkiti anak anda melalui sentuhan.

Namun begitu, jika anak anda menyentuh pemukaan yang kotor dan berpasir, ia akan meninggalkan kesan pada tangan mereka, membasuh tangan menggunakan air dan sabun adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan kuman.

Ibu bapa juga perlu mengingatkan anak mereka untuk membasuh tangan mereka selepas selesai menggunakan bilik air untuk memastikan kebersihan mereka terjaga.

2. Membersihkan permukaan kawasan permainan

Hal ini perlu dan mesti dilakukan setiap malam selepas taman permainan ditutup. Staf perlu membersihkannya dan menyahkuman setiap sudut, bahagian dan tempat yang kanak – kanak mungkin merangkak, berjalan, memegang, menarik atau permukaan yang mungkin bersentuhan dengan kanak – kanak.

Pastikan setiap pagar, pemegang, tangga, di dalam dan di luar tiub, bar bergayut, tali buaian dan tikar lantai tidak terkecuali. Untuk pemilik taman permainan, keselamatan adalah penting memandangkan ia adalah langkah untuk mendapatkan kepercayaan ibu bapa yang meletakkan anak – anak mereka di pusat permainan anda.

Mereka percaya taman permainan anda tidak akan membahayakan anak mereka jadi pastikan mereka merasa selamat dengan tanggungjawab anda memastikan semua alat permainan dalam keadaan baik dan bersih.

Penyakit berjangkit boleh tersebar di kawasan yang tidak dijaga dan kotor. Disebabkan itu pemilik pusat permainan dan ibu bapa yang mempunyai taman permainan untuk anak – anak mereka memainkan peranan penting dalam memastikan peralatan permainan bersih dan dinyahkuman setiap malam bagi mengelakkan penyakit yang tidak diingini.

Di samping memastikan tiada peralatan permainan yang rosak dan selamat untuk mereka.

Jadi, bagaimana ingin memastikan anak – anak anda terhindar daripada penyakit yang disebabkan kotoran? Ini merupakan tip untuk ibu bapa yang sering membawa anak mereka ke taman permainan.

Kebersihan yang baik

1. Mengamalkan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas bermain

Sebelum ini anda belajar tentang hand sanitizer, sekarang kita beralih kepada soal membasuh tangan. Ajar anak anda tentang kepentingan membansuh tangan sebelum dan selepas bermain.

Tabiat ini berfungsi dengan 2 cara iaitu membantu anak anda menghalang kuman yang ada pada peralatan permainan dan melindungi kanak – kanak lain daripada mendapatkan kuman yang anak anda mungkin ada.

2. Membawa bersama tisu basah

Apabila keluar daripada rumah dengan membawa bersama tisu basah boleh membantu anda bersedia jika anda perlu mengelap tangan anda dan tidak ada sebarang sumber air.

Anda juga boleh menggunakannya untuk mengelap peralatan permainan yang digemari anak anda terutama pada taman permainan luar.

3. Menggunakan tuala mikrofiber untuk pembersihan segera

Mungkin anda dan keluarga memilih untuk berkelah di taman, dan anda perlu membersihkan meja piknik sebelum anda meletakkan makanan di atasnya.

Tuala mikrofiber dengan mudah boleh melakukannya kerana anda hanya perlu penyembur pembersihan yang mesra alam serta tuala untuk mengelap.

4. Mendidik anak anda supaya tidak memasukkan tangan ke dalam mulut atau hidung

Didik anak anda daripada rumah untuk mengelakkan tabiat memasukkan tangan ke dalam mulut dan hidung mereka. Apabila mereka menyentuh mulut, hidung dan wajah mereka dengan tangan yang tidak bersih akan menyebabkan kuman tersebar.

5. Mengalakkan pengamalan tabiat bersin yang betul

Kanak – kanak sepatutnya belajar bagaimana untuk batuk dan bersin dengan betul dan selamat untuk mengelakkan mereka daripada menyebarkan kuman pada kanak – kanak lain.

Beritahu mereka untuk batuk ke arah pelipat siku mereka dan menggunakan tisu ketika bersin dan bukannya tangan kerana melakukannya boleh menyebarkan air liur dan hingus bersama dengan kuman sebaik sahaja mereka menyentuh peralatan taman permainan.

Keselamatan yang baik

1. Pantau keselamatan anak anda menggunakan peralatan permainan

  • Pantau anak – anak anda ketika mereka menggunakan taman permainan. Ia tidak begitu sukar kerana mereka selalunya akan memanggil anda supaya anda melihat ke arah mereka apabila mereka memanjat, melompat atau di atas buaian.
  • Periksa taman permainan di mana tempat anak anda bermain. Perhatikan sebarang bentuk berbahaya seperti peralatan yang yang rosak atau berkarat serta permukaan yang berbahaya. Laporkan sebarang masalah dan kerosakan pada pihak yang terlibat atau pihak berkuasa.
  • Didik anak anda untuk tidak menolak, berebut atau bersempit di taman permainan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini
  • Berpakaian ringkas dan selamat di taman permainan. Tanggalkan sebarang bentuk aksesori pada tubuh badan serta baju anak anda seperti rantai, dompet, kain aksesori atau pakaian dengan sebarang tali yang boleh tersangkut pada peralatan atau mencekik leher anak anda. Malah topi keledar juga boleh membahayakan anak anda, jadi tanggalkan dan tinggalkan di kenderaan anda.

2. Memilih tempat permainan yang bersesuaian dengan usia anak anda

  • Cara bermain kanak – kanak kecil dan kanak – kanak yang lebih besar adalah berbeza. Pastikan anak anda bermain di tempat permainan yang bersesuaian dengan umurnya.
  • Pastikan kanak – kanak ditempatkan di taman permainan yang sesuai dengan usia mereka. Asingkan anak – anak anda yang berumur di bawah 5 tahun ke taman permainan yang sesuai dengan umurnya.
  • Untuk bayi anda yang baru mula berjalan, pastikan taman permainan tersebut mempunyai permukaan yang lembut dan mudah untuk mereka berjalan
  • Jika anak anda sudah tegap kepalanya dan boleh duduk dengan betul (selalunya dalam 9 bulan), anda boleh letakkan bayi anda pada buaian dengan bentuk seperti timba yang boleh menyokong anak anda untuk mereka mencuba.

3. Berhati – hati tetapi elakkan daripada menjadi berlebih – lebihan

Memandangkan ia merupakan tugas ibu bapa dalam memastikan anak mereka kekal selamat dan sihat, jangan lupa untuk seimbangkan persekitaran anak anda dan biarkan mereka berseronok di taman permainan luar juga.

Hal ini kerana, terdedah kepada bakteria sedikit boleh membentuk sistem imun anak anda yang baik. Amalkan amalan kebersihan yang baik di samping memastikan keselamatan mereka dan biarkan anak anda nikmati waktu bermain mereka!

SUMBER

http://EzineArticles.com/10045058

https://www.irec.ph/2018/05/07/tips-for-maintaining-cleanliness-and-hygiene-for-indoor-playgrounds/

https://www.safekids.org/tip/playground-safety-tips

Summary
Cara Menjaga Keselamatan Dan Melindungi Anak – Anak Daripada Bahaya Dan Kuman Taman Permainan
Article Name
Cara Menjaga Keselamatan Dan Melindungi Anak – Anak Daripada Bahaya Dan Kuman Taman Permainan
Description
Taman permainan adalah tempat terbaik bagi kanak – kanak terutamanya. Tetapi, ia juga boleh jadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan anak anda jatuh sakit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: