pajsk.moe.gov.my

PAJSK Online atau dalam bahasa penuhnya ialah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum telah diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem ini adalah pentaksiran yang perlu diduduki atau diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah dan boleh dilayari menerusi laman web mereka pajsk.moe.gov.my.

Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini dibangunkan bagi kemasukan prestasi berunsurkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru.

Kaedah sistem ini direka bentuk secara atas talian bagi memudahkan pihak berwajib terutamanya para guru sekalian untuk memasukkan data dengan cepat dan efisien. Dengan penggunaan standard ini, akan mengelakkan ketaksamarataan di dalam pemberian markah kepada para pelajar.

Pentaksiran ini juga memainkan peranan penting kepada murid kerana ia akan membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

Berbeza dengan Sistem Pengurusan Sekolah Modul Murid iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sistem PAJSK ini adalah khas untuk pentaksiran bukan untuk data murid semata-mata tetapinya ianya juga mempunyai 3 komponen asas penilaian yang akan diterangkan kemudian. Sebelum ini mari kita login dahulu ke dalam sistem ini untuk mengetahui cara log masuknya.

CARA LOGIN PAJSK KPM ONLINE

Langkah 1

Sila ke pautan laman web di sini: https://pajsk.moe.gov.my

Langkah 2

This image has an empty alt attribute; its file name is image-20.png

Sila pilih samada anda perlu login PAJSK untuk peringkat Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah. Ini kerana setiap pautan adalah untuk individu-individu tertentu sahaja,jika anda adalah seorang peranan guru kelas, klik Sekolah.

  1. Bahagian: Ini adalah untuk Bahagian Pendidikan
  2. Jabatan Pendidikan Negeri: Ini adalah untuk pegawai JPN sahaja
  3. Pejabat Pendidikan Daerah: Ini adalah untuk pegawai PPD sahaja
  4. Sekolah: Ini adalah untuk guru sahaja
  5. Semakan Markah Murid: (pautan ini sudah dinyah-aktifkan)

Langkah 3

pajsk.moe.gov.my

Masukkan ID Kod Sekolah

Langkah 4

Masukkan Kata Laluan

Bagi guru yang pertama kali mengisi, guru perlulah mendapatkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan daripada Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) di sekolah masing masing.

Langkah 5

Kemudian, tekan butang Masuk. Anda kini sudah berjaya masuk dalam sistem PAJSK

*Nota: Ubtuk manual kemasukan markah sistem pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokuriklum login PAJSK KPM 2021 anda boleh layari https://www.moe.gov.my/en/pekeliling/899-manual-pajsk-guru-penolong-kanan-kokurikulum/file

CARA UNTUK MENGISI MARKAH MURID DALAM PAJSK KPM

Berikutan isu wabak pandemik iaitu Covid-19 yang melanda negara kini, pihak KPM telah menetapkan ketetapan baharu berkenaan dengan tarikh akhir pengisian markah murid.

Langkah 1

Mula-mula, masukkan ID Kod Sekolah dan juga Kata Laluan anda.

Langkah 2

Setelah berjaya memasuki ‘Login’ atau ‘Daftar Masuk’, maklumat berkenaan sekolah akan dipaparkan. Kemudian, pihak guru perlulah memilih untuk mengemas kinikan maklumat yang ingin di isikan bagi pihak murid masing-masing.

Bagi pengisian aktiviti dan rekod SEGAK murid, data dan maklumat adalah mengikut penilaian awal yang telah dilakukan iaitu semasa sesi persekolahan.

Langkah 3

Maklumat-maklumat tersebut akan diisi ke dalam rekod data murid dan secara automatik pengiraan markah individu murid akan dipampangkan.

Bagi pengisian data Senarai Aktiviti, sekiranya maklumat tiada dalam pilihan, guru boleh menambah sedia maklumat dengan mengklik butang pensel pada paparan tersebut.

Langkah 4

Klik pada butang KELAS dan TAHUN yang ingin dikemaskinikan, dan seterusnya klik butang CARI untuk dipaparkan mengenai maklumat murid pada kelas yang dipilih.

Setelah semua data diisi dan dilengkapkan, guru akan beralih kepada penyediaan laporan atau pengesahan markah murid.

Berkenaan maklumat data murid, markah penuh setiap murid akan terpampang secara automatik setelah semua maklumat diisi lengkap oleh guru.

Langkah 5

pajsk.moe.gov.my.

Rekod pengesahan data dan maklumat murid akan menunjukkan Jumlah Murid Lengkap, Tidak Lengkap dan Tidak Berdaftar dalam PAJSK online:

  • Jumlah Murid Lengkap – Murid yang telah lengkap diisi KETIGA-TIGA komponen. (Aktiviti,SEGAK,Laporan)
  • Jumlah Murid Tidak Lengkap – Masih Terdapat Komponen Yang tidak diisi. Klik pada nombor jumlah yang diberikan dan Senarai Nama yang belum lengkap akan dipaparkan.
  • Murid Tidak Berdaftar – Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen.

Langkah 6

pajsk.moe.gov.my.

Setelah semua maklumat murid dilengkapkan dan semua komponen diisi lengkap, Butang SAH MARKAH akan berfungsi.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkenaan cara login PAJSK atau penggunaan sistem ini, boleh dipanjangkan terus ke alamat email: [email protected]

Kami berharap perkongsian kami ini dapat membantu guru-guru sekolah yang masih tidak jelas tentang cara-cara pengisian markah jasmani murid ke dalam laman web PAJSK Online.

Sumber :

https://sistemguruonline.my/2017/03/pajsk-online.html

https://keptennews.com/tag/cara-login-pajsk-kpm

Summary
Cara Menggunakan PAJSK Online (pajsk.moe.gov.my)
Article Name
Cara Menggunakan PAJSK Online (pajsk.moe.gov.my)
Description
PAJSK Online atau dalam bahasa penuhnya ialah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum telah diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem ini adalah pentaksiran yang perlu diduduki atau diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah dan boleh dilayari menerusi laman web mereka pajsk.moe.gov.my.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: