BPN Login

BPN Login amat penting bagi tujuan membuat semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional atau lebih dikenali sebagai BPN. BPN adalah bantuan daripada kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pasti ramai yang tertanya tanya cara untuk login BPN ini untuk membuat semakan status permohonan. Jadi, di sini saya akan memberitahu cara menggunakan BPN Login.

Cara-Cara Login BPN

  1. Anda hanya perlu layari laman web https://bpn.hasil.gov.my

2. Masukkan ID Pengguna anda yang mana ID Pengguna anda ialah nombor kad pengenalan anda.

3. Pastikan ID Pengguna tersebut adalah dalam 12 digit. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash. Sebagai contoh jika nombor kad pengenalan anda ialah 980202-05-4825, masukkan 980202054825.

4. Klik butang Semak.

5. Kemudian, jika ada belum mendaftar lagi, akan terpapar ralat yang mana anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

6. Namun, jika anda sudah mendaftar, anda akan berjaya login BPN 2.0. Anda juga boleh mula daftar permohonan.

Masalah Ketika Login BPN

Terdapat beberapa masalah yang selalu dihadapi ketika anda cuba login BPN. Antara masalah yang seringkali dihadapi adalah:

1. Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan” di paparan

Sekiranya perkara ini berlaku, ini bermaksud anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Prihatin Nasional termasuk BPN 1.0. Oleh itu, anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.

2. Kata laluan salah

Ada kemungkinan anda terlupa kata laluan untuk BPN anda. Namun, anda tidak perlu risau. Jika perkara ini berlaku, anda hanya perlu klik link Terlupa Kata Laluan? Anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu.

Kemudian, klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya. Sila jawab kelima-lima soalan keselamatan tersebut dan ikut arahan yang diberikan sehingga selesai.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan BPN

  1. Anda hanya perlu layari laman web https://bpn.hasil.gov.my atau https://www.hasil.gov.my.

2. Masukkan ID Pengguna anda yang mana ID Pengguna anda ialah nombor kad pengenalan anda untuk login BPN.

3. Pastikan ID Pengguna tersebut adalah dalam 12 digit. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash. Sebagai contoh jika nombor kad pengenalan anda ialah 980202-05-4825, masukkan 980202054825.

4. Klik butang semak.

5. Selepas klik butang semak, skrin akan memaparkan status permohonan BPN anda.

6. Skrin akan memaparkan nama, nombor kad pengenalan dan status permohonan. Terdapat lima status permohonan yang akan dipaparkan iaitu seperti berikut:

  • Permohonan Diterima
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Tiada Rekod
  • Tidak Layak.

SUMBER:

https://www.sinarharian.com.my/article/76280/KHAS/Covid-19/Soalan-lazim-mengenai-Bantuan-Prihatin-Nasional-(BPN)

https://therohani.com/login-bpn-2/

https://www.br1m.info/cara-membuat-semakan-bantuan-prihatin-nasional-bpn/

Summary
Cara Menggunakan BPN Login (Bantuan Prihatin Nasional)
Article Name
Cara Menggunakan BPN Login (Bantuan Prihatin Nasional)
Description
BPN Login amat penting bagi tujuan membuat semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional atau lebih dikenali sebagai BPN. BPN adalah bantuan daripada kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: