Cara Mengesan dan Merawat angin pasang Pada Anak Anda
Ramai kanak-kanak dan bayi juga mengalami angin pasang,

Seperti kebanyakan orang, anda mungkin mengaitkan masalah Hernia dengan aktiviti angkat berat. Tetapi, sebenarnya ramai kanak-kanak dan bayi juga mengalami angin pasang, dan bukankah ia sangat jelas bahawa mereka tidak mengangkat berat di gim atau menggerakkan perabot yang berat. Dalam kebanyakan kes, Hernia adalah masalah kongenital maksudnya ia boleh didapati semasa lahir, tetapi mungkin tidak dapat dikenalpasti sehinggalah pada saat-saat tertentu dalam hidup mereka.  

Angin pasang biasanya dikesan dalam tahun pertama kehidupan. Pada bayi pramatang, keadaan tersebut biasanya akan dirawat melalui pembedahan sebelum bayi dibenarkan keluar dari unit penjagaan rapi neonatal. Kadangkala, ia tidak dikesan sehinggalah anak itu meningkat remaja, mahupun sehingga dewasa.

Jom ketahui bagaimana kita boleh kesan masalah angin pasang pada anak kita.

Jenis Angin Pasang

1. Angin pasang inguinal

Majoriti Hernia yang dihidapi kanak-kanak, kira-kira 80% daripadanya adalah jenis angin pasang inguinal. Ini adalah sejenis Hernia yang terletak di bawah abdomen berhampiran pangkal paha. Bagi kanak-kanak lelaki, usus yang menonjol akan memasuki kantung buah zakar sehingga boleh menyebabkan pembengkakan dan kesakitan. Sebaliknya, pada kanak-kanak perempuan pula, ia biasa terjadi di labia atau pangkal paha. Kawasan biasa munculnya angin pasang adalah di dalam abdomen, pangkal paha dan sekitar pusat perut. Bayi pramatang dijangkakan berisiko tinggi untuk mendapat Hernia inguinial berbanding bayi normal. Sekitar 30% bayi pramatang mendapat angin pasang inguinial manakala 60% daripada mereka mengalami keadaan tisu yang terperangkap di dalam rongga abdomen.

Terdapat dua jenis Hernia inguinal:

  • Angin pasang inguinal langsung (Direct Hernia Inguinal). Keadaan ini berlaku apabila titik lemah berkembang di bahagian bawah otot abdomen dan tisu boleh menolak menembusi titik itu.
  • Angin pasang inguinal tidak langsung (Indirect Hernia Inguinal). Keadaan ini berlaku apabila saluran inguinal (laluan kecil melalui dinding perut bawah) gagal ditutup sebelum bayi lahir. Jenis ini lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang dilahirkan lebih awal (pramatang).

2. Angin pasang Umbilikal (Umbilical Hernia)

Angin Pasang  jenis ini biasa berlaku pada bayi yang baru dilahirkan dan bayi berusia lebih muda dari 6 bulan. Ia terjadi apabila pembukaan di dinding abdomen, tempat tali pusat keluar dari dinding perut gagal ditutup. Kesannya mungkin membuatkan pusat perut bayi anda kelihatan membesar dan membengkak. Namun, jenis ini biasanya sembuh dengan sendiri apabila bayi anda sudah berusia setahun.

3. Angin pasang Epigastrik

Angin pasang ini cenderung berlaku kepada kanak-kanak lelaki. Dalam Hernia jenis ini, terdapat benjolan menembusi otot perut, iaitu antara bahagian dada dan pusat perut. Ia menyebabkan bahagian badan yang terjejas kelihatan seperti membengkak. Pembedahan diperlukan untuk memperbaiki angin pasang jenis ini.

4. Angin pasang Hiatal

Jenis angin pasang ini berlaku apabila bahagian atas perut menonjol menembusi pembukaan lemah pada diafragma di mana esofagus bertemu dengan perut. Walaupun Henia ini biasa berlaku, ia selalunya bersaiz kecil dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak mungkin mengalami simptom seperti pedih ulu hati, sakit dada dan masalah pencernaan. Pengubahsuaian diet dan/ atau pengambilan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom ini, namun ia juga kadangkala memerlukan prosedur pembedahan.

5. Angin pasang Pemotongan (Incisional)

angin pasang ini berlaku selepas pembedahan abdomen bagi merawat angin pasang dijalankan. Usus akan menonjol menembusi abdomen di sekitar pemotongan yang dilakukan sewaktu pembedahan. Anak anda perlu menjalani pembedahan sekali lagi untuk mengatasi masalah Hernia ini.

6. Angin pasang Sukan

Remaja yang aktif dalam sukan boleh mendapat Hernia jenis ini melalui kecederaan di kawasan inguinal yang terjadi kerana pergerakan berpusing yang berulang. Ini terutamanya berlaku kepada remaja yang bermain sukan hoki ais, bola sepak dan tenis. Ia boleh menjadi sukar untuk didiagnosis kerana jenis ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda seperti jenis-jenis angin pasang yang lain. Simptom utama yang dialami remaja dengan masalah Hernia sukan adalah sakit pada pangkal paha dan boleh merebak ke kantung buah zakar. Kesakitan ini boleh bertahan selama berbulan-bulan, walaupun tanda adanya benjolan.

Simptom Angin Pasang

Hernia pada kanak-kanak sering dikesan semasa menjalani pemeriksaan pediatrik rutin. Ia juga boleh dikesan oleh ibu bapa yang melihat perubahan pada badan anak mereka seperti kehadiran benjolan pada satu atau kedua-dua belah pangkal paha atau di sekitar pusat perut semasa menukar lampin atau memandikan bayi. Benjolan akan kelihatan lebih jelas di pangkal paha apabila bayi sedang meneran, menangis atau batuk.

Simptom angin pasang termasuklah:

  • Ketulan di pangkal paha.
  • Bayi kerap menangis.
  • Gumpalan besar yang kelihatan apabila kanak-kanak berdiri atau meneran (seperti menangis atau batuk) dan gumpalan itu tidak kelihatan apabila anak anda berbaring.
  • Benjolan yang lembut dan menyakitkan.

Rawatan Angin Pasang

Masalah angin pasang perlu dirawat, dan ia selalunya melibatkan prosedur pembedahan. Tujuan pembedahan dilakukan untuk mengelakkan komplikasi seperti belitan di mana sebahagian usus tersepit dalam Hernia dan boleh mengakibatkan sebahagian bekalan darah ke usus terhalang. Bayi berumur 6 bulan dan lebih muda dengan masalah angin pasang inguinal mempunyai risiko lebih tinggi mendapat jangkitan berbanding kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua.

Sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan rutin seperti menjalani ujian darah, ujian air kencing dan perbincangan bersama doktor mengenai ubat-ubatan yang sesuai diambil oleh anak anda akan dilakukan terlebih dahulu. Sekiranya Hernia didapati sukar untuk dikesan atau dirasa, pemeriksaan ultrabunyi boleh dilakukan oleh doktor.

Dalam tempoh untuk menjalani pembedahan, anak anda tidak boleh makan selama enam hingga lapan jam, tidak boleh minum susu ibu selama empat jam atau meminum air kosong selama dua jam sebelum pembedahan itu. Ini adalah penting bagi meminimumkan risiko penyedutan kandungan perut. Selain itu, prosedur pembedahan ini biasanya dilakukan di bawah pengaruh anestesia umum.

Dalam beberapa kes angin pasang, tisu tersebut boleh terperangkap dalam dinding abdomen dan menyebabkan kesakitan yang digelar ‘incarceration’. Ini adalah amat berbahaya lebih-lebih lagi jika usus dibelit dengan cukup kuat sehingga menghalang aliran darah. Keadaan ini dipanggil sebagai Hernia terbelit (Strangulation angin pasang).

Hernia terbelit atau tercekik boleh menyebabkan komplikasi teruk bahkan juga kematian. Jika doktor tidak dapat menolak usus masuk semula ke dalam dinding dengan cara mengurut benjolan dari luar abdomen anak anda, pembedahan kecemasan mungkin diperlukan dengan segera.

Tanda-tanda bahawa angin pasang mungkin boleh terbelit termasuklah:

  • Pening dan muntah.
  • Kembung perut.
  • Benjolan yang membesar, kemerahan dan berasa lembut apabila disentuh.

Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang didiagnosis dengan Hernia sebenarnya mempunyai otot atau tisu abdomen yang lemah sejak lahir.

Namun, berita baiknya adalah angin pasang adalah penyakit yang biasa berlaku dan mudah dirawat tanpa meninggalkan sebarang kesan jangka panjang yang buruk. Jadi, anda tidak perlu terlalu bimbang mengenainya. Berjumpalah doktor dengan segera jika anak anda mengalami simptom Hernia.

SUMBER

https://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/adhd-tests-making-assessment

https://tide.com/en-us/safety

https://runwildmychild.com/tide-pools/

Summary
Cara Mengesan dan Merawat angin pasang Pada Anak Anda
Article Name
Cara Mengesan dan Merawat angin pasang Pada Anak Anda
Description
Angin pasang biasanya dikesan dalam tahun pertama kehidupan. Pada bayi pramatang, keadaan tersebut biasanya akan dirawat melalui pembedahan sebelum bayi dibenarkan keluar dari unit penjagaan rapi neonatal. Kadangkala, ia tidak dikesan sehinggalah anak itu meningkat remaja, mahupun sehingga dewasa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: