pencernaan

Terdapat satu organ dalam badan yang mempunyai banyak fungsi, sehinggakan ianya dikenali sebagai otak kedua! Apabila kita mula menjaga aspek kesihatan ini dengan lebih baik, secara am badan kita akan jadi lebih sihat. 

Ha organ apa ini? Tak lain tak bukan sistem pencernaan kita!

Bukan semua orang tahu, sistem pencernaan bukanlah untuk penghadaman semata-mata.  Malah, ianya turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Lebih dikenali sebagai “otak kedua”, sistem pencernaan yang terjejas boleh mengakibatkan kemudaratan dalam pertahanan badan, pengawalan perasaan dan banyak lagi.

Apabila kita mula menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan lebih baik, badan akan jadi lebih sihat. Berikut adalah manfaat kesihatan yang anda akan nikmati setiap hari dengan penjagaan sistem penghadaman anda.

KANDUNGAN:

  1. Meningkatkan sistem dayatahan anda
  2. Membantu penyerapan nutrien
  3. Meningkatkan kesihatan emosi yang baik (Pengurangan Stres)
  4. Kulit yang lebih sihat
  5. Mengurangkan masalah pencernaan seperti angin perut, sembelit dan cirit-birit
  6. Persekitaran faraj yang lebih sihat

1. Meningkatkan sistem dayatahan anda

Kini terdapat banyak kajian yang menunjukkan hubungan rapat antara kesihatan sistem pencernaan dan sistem dayatahan kita.

Apabila makanan dicernakan semasa proses penghadaman, sistem pencernaan anda berfungsi untuk menyerap nutrien yang digunakan untuk menyokong pelbagai fungsi di dalam tubuh kita dan menghilangkan sisa nutrien yang tidak diperlukan dari badan anda.

Sel T dalam sistem pertahanan kita dapat berkembang dengan lebih baik sekiranya terdapat bakteria sihat dalam sistem pencernaan kita.

Ketidakseimbangan bakteria baik dan buruk dalam sistem pencernaan kita mungkin akan mengelirukan sistem dayatahan sehingga menyebabkannya mulai menyerang sel normal dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketahanan yang lemah, malah menjadikan badan sukar untuk pulih dengan cepat.

Inilah antara sebab penting untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan sistem penghadaman.

Ada kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu kultur dengan Lactobacillus setiap hari dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan dalam pekerja pejabat pertengahan umur.

2. Membantu penyerapan nutrien

Mikrobioma adalah dunia biologi yang amat menakjubkan dengan kehadiran bertrilion -trilion bakteria yang baik dan buruk di dalam sistem penghadaman kita.

Bakteria baik yang hidup di dalam saluran penghadaman akan membantu kita menjaga kesihatan kita secara keseluruhan dengan membawa isyarat ke organ kita, mempengaruhi tahap kimia otak kita, dan membantu mencernakan makanan yang kita makan untuk digunakan oleh badan kita sebagai nutrien dan tenaga.

Ini bermaksud bahawa mikrobioma sistem pencernaan kita mempunyai peranan yang penting untuk menyokong penyerapan nutrien ke dalam badan kita supaya kita tetap sihat dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, bakteria baik di dalam sistem pencernaan yang sihat dapat membantu meningkatkan penyerapan dan ketersediaan bio nutrien dari makanan sambil menjauhkan sisa toksik dan bakteria jahat dari sistem anda. Sekiranya kesihatan sistem pencernaan kita tidak baik, badan kita mungkin tidak dapat menyerap nutrien dengan baik.

3. Meningkatkan kesihatan emosi yang baik (Pengurangan Stres)

Apabila kita memberi lebih perhatian kepada penjagaan sistem penghadaman kita dengan mengurangkan stres, ia akan membantu untuk menambahbaik kesihatan mental anda.

Ini adalah kerana apabila kita menghadapi stres dan tidak mengambil masa untuk rehat, ia akan mengganggu sistem pencernaan anda dan menimbulkan masalah mental di atas diri anda.

Banyak pakar yakin terdapat hubungan kimia yang rapat antara sistem pencernaan dan otak kita untuk badan berfungsi dengan baik. Oleh itu, apabila kita mempunyai tekanan, kedua-dua organ tersebut tidak dapat berkomunikasi dengan elok dan akan menimbulkan masalah mental yang lain.

Kajian kini menunjukkan bahawa isyarat komunikasi antara kedua-dua organ tersebut akan dapat membantu mencari rawatan baru untuk orang yang mengalami kemurungan, kegelisahan, gangguan pemakanan dan masalah mental yang lain seperti ingatan.

Walaupun tidak boleh digunakan sebagai pengganti ubat kemurungan, penggunaan makanan fermentasi dan probiotik mempunyai manfaat kepada kesihatan otak.

4. Kulit yang lebih sihat

Menurut kajian, keadaan kulit kita akan terjejas secara negatif jikalau sistem pencernaan tidak sihat. Masalah kulit yang anda mungkin hadapi ialah seperti jerawat, psoriasis, dan eczema.

Orang yang mempunyai ekzema serta orang yang tidak mempunyai ekzema mempunyai kelompok bakteria yang berbeza di usus mereka. Gejala eczema mungkin dapat diatasi jika karadangan dalam usus dikurangkan.

Ini kerana keradangan pada usus melepaskan sitokin pro-radang ke seluruh badan. Kulit adalah organ terbesar di dalam badan dan bertindak balas terhadap sitokin keradangan ini dan mengakibatkan pelbagai bentuk penyakit kulit.

Oleh itu, jika anda inginkan kulit yang lebih cantik, kita kenalah bermula dengan menyayangi sistem pencernaan anda. 

5. Mengurangkan masalah pencernaan seperti angin perut, sembelit dan cirit-birit

Sekiranya perut anda sering mengalami gangguan penghadaman seperti angin perut, sembelit, cirit-birit, dan sakit perut, ini boleh menjadi tanda-tanda masalah di dalam sistem penghadaman anda.

Ketidakseimbangan bakteria di dalam sistem pencernaan, dikenali sebagai dysbiosis.

Walaupun angin perut adalah normal, itu juga dapat menjadi tanda ketidakseimbangan mikrobioma usus. Terdapat bakteria yang mengeluarkan lebih banyak gas dalam penghadaman. Dalam kes ini, suplemen probiotik mungkin dapat melebihkan bakteria yang kurang mengeluarkan gas.

Masalah keseimbangan ini turut boleh menyumbang kepada masalah seperti sembelit dan cirit-birit. Apabila jumlah dan tenis bakteria seimbang, semua masalah pencernaan ini akan berkurangan.

Dalam satu kajian, peserta yang mengambil probiotik menunjukkan penurunan dalam kejadian perut angin. Dalam kajian lain pula, pengambilan minuman probiotik setiap hari dapat mencegah cirit-birit pada kanak-kanak.

Faktor luaran seperti penggunaan ubat, tekanan, perjalanan, dan diet yang buruk dapat dengan mudah mengganggu proses pencernaan normal anda dan menyebabkan ketidakselesaan gastrousus.

6. Persekitaran faraj yang lebih sihat

Di dalam dunia biologi, mikrobioma faraj adalah suatu dunia yang masih penuh dengan misteri, dan para penyelidik baru sahaja mula memahami bagaimana ia dapat mempengaruhi kesihatan kita secara keseluruhan.

Untuk pengetahuan anda semua, bakteria di dalam sistem pencernaan juga adalah sangat penting untuk kesihatan faraj, kerana ia dapat mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya dan menyebabkan jangkitan dan komplikasi lain pada faraj anda.

Walaupun sistem pencernaan dan faraj anda mengandungi jenis bakteria baik yang sama, terdapat beberapa spesies akan bertindih dengan satu sama lain, tetapi keduanya mempunyai sistem yang berbeza.

Ekosistem bakteria faraj adalah lebih selektif dan lebih sesuai kepada jenis spesies bakteria yang dipanggil Lactobacillus. Sistem faraj dan sistem pencernaan boleh  mempengaruhi antara satu sama lain kerana jarak faraj yang dekat dengan dubur memungkinkan peralihan bakteria sistem pencernaan ke faraj.

Pendek kata, sistem pencernaan manusia adalah lebih kompleks daripada apa yang kita fikirkan sebelum ini. Ia akan memberi kesan besar kepada kesihatan menyeluruh badan anda.

Sistem pencernaan yang sihat menyumbang akan kepada kebaikan sistem dayatahan badan yang kuat, kesihatan jantung, kesihatan otak anda, mendapat mood yang lebih baik, tidur dengan lebih nyenyak, dan mengalami proses pencernaan yang lebih baik.

Salah satu cara menyihatkan sistem pencernaan adalah dengan memakan probiotik yang mencukupi. Konsep penggunaan mikroorganisme untuk membantu kesihatan telah dibincangkan sejak awal 1900-an.

Probiotik berfungsi dengan mengubah komposisi bakteria usus anda atau aktiviti metabolik bakteria yang ada. Bakteria yang baik akan memusnahkan bakteria yang buruk di dalam usus anda. Ini mencegah bakteria buruk membiak dan mengurangkan jangkitan atau keradangan.

Probiotik yang biasanya terdapat dalam sistem pencernaan kita adalah seperti bakteria Bifido, L. acidophilus dan Lactobacillus.

Minuman susu kultur Yakult Ace dan Ace Light  mengandungi lebih dari 30 bilion bakteria bermanfaat Lactobacillus yang dikenali sebagai Shirota strain. Shirota strain adalah salah satu jenis bakteria probiotik yang baik dan kuat. Minuman susu kultur Yakult adalah selamat diminum dan diperbuat tanpa pengawet, tanpa pewarna dan tidak ada penstabil makanan.

Susu kultur Yakult Ace diperkaya dengan vitamin D , manakala susu kultur Yakult Ace Light adalah jenis versi kurang gula yang mengandungi 39% kurang gula.

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Yakult Malaysia. Jika anda ingin mencuba, sila klik banner di bawah untuk membuat pesanan penghantaran ke rumah (terhad kepada kawasan tertentu sahaja)

Summary
Cara mendapatkan 6 manfaat kesihatan hanya dengan menjaga satu aspek ini saja!
Article Name
Cara mendapatkan 6 manfaat kesihatan hanya dengan menjaga satu aspek ini saja!
Description
Bukan semua orang tahu, sistem pencernaan bukanlah untuk penghadaman semata-mata. Malah, ianya turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Lebih dikenali sebagai “otak kedua”, sistem pencernaan yang terjejas boleh mengakibatkan kemudaratan dalam pertahanan badan, pengawalan perasaan dan banyak lagi.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: