cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga sangat penting kerana ia merupakan first impression terhadap bagaimana majikan menganggap anda sebagai calon. Apa yang anda katakan semasa fasa pertama temuduga dapat memberi tanggapan yang berbeza sama ada dengan cara yang baik atau buruk.

Anda pastinya tidak mahu kelihatan kekok dan kurang kemahiran sosial tetapi sebaliknya anda ingin menunjukkan sikap yang profesional dan kemahiran berkomunikasi yang baik untuk menjadi aset syarikat sekiranya diterima.

Beberapa majikan membuat keputusan untuk menolak calon berdasarkan tanggapan pertama yang buruk.

Sebagai contoh, seorang calon pekerja yang datang lambat semasa sesi temuduga atau sikap yang kerap memeriksa telefon pintar sepanjang sesi temuduga menyebabkan majikan menganggap bahawa calon bukan pekerja yang menepati kualiti untuk syarikat kerana tidak dapat memberikan komitmen, tidak menepati waktu, kurang fokus, dan tidak cekap.

Perkara kecil sangat memberi impak yang besar pada tahap pencarian pekerjaan ini. Oleh sebab itulah pentingnya mengambil berat terhadap adab semasa temuduga dan menyiapkan diri sebaiknya sebelum menghadapi temuduga yang sebenar.

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Berikut adalah tujuh langkah mudah untuk memperkenalkan diri kepada penemuduga anda dan memberi kesan yang positif:

1. Mulakan dengan membuatsedikit research tentang syarikat dan penemuduga anda.

2. Berpakaian profesional untuk temu duga.

3. Elakkan sebarang gangguan dan jaga hubungan mata.

4. Senyum – yakin dan selesa.

5. Gunakan bahasa badan yang bebas dan profesional.

6. Sediakan ucapan ringkas dan pengenalan diri.

7. Latih semula perkenalan anda dengan rakan.

Perkara yang perlu dilakukan ketika tiba di tempat temuduga

Apabila anda tiba di tempat temuduga, anda perlu mengenalkan diri anda kepada penyambut tetamu dengan menyatakan nama dan sebab lawatan anda.

Sebagai contoh, “Nama saya Siti safuah, dan saya mempunyai temuduga yang dijadualkan dengan En. Karim pada pukul 2 petang” atau “Saya Siti Safuah, dan saya mempunyai janji temu dengan En. Karim pada pukul 10 pagi”.

Anda perlulah bersikap sopan dan hormat pada perkenalan pertama di syarikat tempat anda melakukan temuduga. Kebanyakan pengurus pengambilan pekerja akan meminta pendapat daripada penyambut tetamu mengenai calon yang datang.

Sekiranya anda bertindak kurang sopan, kemungkinan besar anda akan ditolak daripada menerima pekerjaan di syarikat tersebut.

Perkara yang perlu dikatakan semasa berjumpa dengan penemuduga

Lazimnya,anda akan dibawa ke bilik temuduga, atau pengurus pengambilan pekerja akan keluar menemui anda di kawasan penerimaan tetamu. Walaupun anda mempunyai temuduga, luangkan masa untuk memperkenalkan diri agar penemuduga mengetahui siapa diri anda.

Segera berdiri sekiranya anda sedang duduk, dan tawarkan untuk berjabat tangan walaupun penemuduga tidak menawarkan tangan mereka terlebih dahulu. Ia adalah etika yang baik dengan menawarkan diri berjabat tangan sebagai sebahagian daripada pengenalan anda.

Anda patut memberitahu penemuduga bahawa anda senang bertemu mereka, tersenyum, dan membuat hubungan mata. Sebagai contoh, “Saya Tina Lionel, dengan senang hati dapat bertemu dengan anda.”

Elakkan kesalahan temu bual yang biasa dilakukan, seperti tidak memberi perhatian atau berpakaian tidak sopan. Bagi mengelakkan masalah tapak tangan berpeluh akibat gemuruh, cuba untuk menenangkan diri di tandas sbelum temuduga dan basuh tangan kemudian keringkan. Sekiranya ia tidak membantu, anda perlu menyediakan tisu lebih awal untuk mengeringkan peluh.

Memperkenalkan Diri pada Temuduga secara dalam Talian

Semasa anda ditemuduga melalui panggilan video, pastikan anda tiba di mesyuarat lebih awal untuk memastikan gadjet dan jaringan internet anda berada dalam keadaan yang lancar.

Semasa temuduga sedang berlangusng, anda perlu terus fokus pada kamera anda untuk membuat hubungan mata yang baik dan berkesan dengan penemuduga anda. Penemuduga akan memulakan pertemuan dengan memperkenalkan diri. Selepas pengenalan penemuduga, anda boleh membalas dengan pengenalan ringkas anda sendiri.

Peka dengan bahasa badan

Komunikasi nonverbal penting untuk diberi perhatian. Semasa temuduga, bahasa badan adalah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan terhadap pendengar ketika kita sedang berkomunikasi dengan mereka.

Sebagai contoh, jika anda ingin menyampaikan sesuatu dengan penuh keyakinan, anda boleh mengangkat bahu, dagu, dan menegakkan dada anda sedikit.

Menjaga hubungan mata semasa anda memperkenalkan diri anda adalah satu lagi amalan yang perlu sentiasa dipraktikkan bagi menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda berminat dalam perbualan dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan bakal majikan anda pada masa hadapan.

Sebelum temuduga sebenar berlangsung, anda boleh berlatih bahasa badan dengan rakan atau ahli keluarga untuk latihan memperkenalkan diri. Selain itu, anda juga boleh berlatih di hadapan cermin ketika seorang diri.

Sediakan apa yang hendak disampaikan

Keyakinan penting dibina ketika awal permulaan anda memperkenalkan diri. Sebagai asas permulaan yang kukuh, anda perlu menyatakan nama anda dengan berani dan tidak takut untuk bersuara kerana kita tidak mahu orang lain sukar untuk mendengar perkara yang diucapkan atau diminta mengulang kembali apa yang dikatakan.

Nada suara yang tinggi akan menunjukkan keyakinan dan keterujaan anda ketika temuduga.

Selain itu, anda perlu memastikan diri anda sentiasa mengingati nama-nama penemuduga anda kerana kegugupan boleh menghilangkan keyakinan anda perhatian anda ketika sesi temuduga.

Dengarkan dan ulangi nama mereka dalam perkenalan anda untuk membantu anda mengingat semasa anda menjalankan perbualan.

Sumber:

https://www.indeed.com/career-advice/interviewing/how-to-introduce-yourself-in-an-interview

https://www.thebalancecareers.com/how-to-introduce-yourself-at-a-job-interview-2060581

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.careercontessa.com%2Fadvice%2F10-common-interview-questions%2F&psig=AOvVaw3_5rB7BVSEOXn6BcppJ-S8&ust=1621483877651000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJjMjKrw1PACFQAAAAAdAAAAABAD

Summary
Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga
Article Name
Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga
Description
Cara memperkenalkan diri semasa temuduga sangat penting kerana ia merupakan first impression terhadap bagaimana majikan menganggap anda sebagai calon. Apa yang anda katakan semasa fasa pertama temuduga dapat memberi tanggapan yang berbeza sama ada dengan cara yang baik atau buruk.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: