Cara Memohon Rumah Selangorku, Syarat Kelayakan dan Soalan Lazim.

Rumah Selangorku adalah satu penjenamaan semula “rebrand” daripada penggunaan nama “Rumah Kos Sederhana” atau “Rumah Mampu Milik”. Sebelum ini, penggunaan nama Rumah Kos Rendah juga pernah ditukar!

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik. Rumah yang disediakan oleh pihak PKNS ini bertujuan untuk memberi keselesaan berdasarkan faktor saiz, rekabentuk dan komuniti.  Objektif sebenar dasar perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman yang sempurna’. Supaya, rakyat dan keluarga mempunyai tempat tinggal yang lebih baik, selesa dan selamat untuk didiami.

Andakah Anda Layak Memohon?

Dibawah merupakan Syarat Kelayakan  untuk memohon Rumah Selangorku:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak mempunyai rumah sendiri(semasa memohon)
  • Pindah milik adalah dibenarkan kepada orang lain hanya selepas tempoh 5 tahun dan keatas sahaja!
  • Pendapatan tidak melebihi gaji dan pendapatan yang telah ditetapkan. Contohnya untuk beli rumah kos rendah pastikan gaji anda tak lebih RM3K. Manakala untuk unit kategori lain, gaji tak boleh melebihi RM10K

Anda Rasa anda layak untuk Memohon tapi tak tahu bagaimana cara untuk memohon?

Berikut adalah Cara-Cara untuk memohon

Permohonan Rumah Selangorku Harus dibuat secara online melalui laman web rasmi mereka iaitu http://lphs.selangor.gov.my/

Skim ini adalah berbeza dari yang sedia ada, sebab anda memang tidak boleh membuat permohonan Rumah Selangorku melalui borang yang dicetak atau secara peribadi – senang cerita memang semua Wajib dibuat secara online!

Bila dah daftar akaun, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti dibawah ini untuk sahkan Kalayakan untuk Skim Perumahan

  • Salinan kad identiti
  • Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
  • Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
  • Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
  • Salinan bil utiliti
  • Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)

Pemohon Rumah Selangorku adalah dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit pemohon.

Jika pemohon itu berjaya, Mereka akan mendapat surat atau emel untuk mengesahkan yang mereka Layak untuk mendapat rumah dibawah skim ni.

Soalan Lazim

1. Adakah permohonan rumah selangorku mudah untuk lulus?

Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang

2. Permohonan saya ditolak, bagaimana cara untuk membuat rayuan?

Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan sudah direject

3. Bila tempoh dibenarkan jika saya mahu jual semula rumah ini atau sewa pada orang lain skim ini?

Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu tempoh memoratarium 5 tahun

Nota 1: Jika pendaftaran anda sebelum ini sudah melebihi tempoh 2 tahun, anda dikehendaki untuk mohon semula

Nota 2:  jika anda sudah mendaftar dan telah menghantar permohonan secara online serta berjaya lulus, tetapi anda menolak tawaran tersebut nama anda akan disenarai hitamkan dalam Senarai Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku.

Nota 3: Jika anda ingin kongsikan program rumah mampu milik rumah selangorku ini dengan kawan atau ahli keluarga terdekat anda di media social seperti di Facebook dan Whatapps mereka yang tinggal di Selangor sekarang, sangat dipersilakan.

Impian untuk memiliki rumah sudah pastinya impian semua orang bukan? Terutama jika kita sudah mempunyai keluarga. Dalam situasi sekarang memilik rumah bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu melalui Program Rumah Selangorku impian itu semakin hampir untuk kita kecapi.

Melalui perkongsian ini moga ianya memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba untuk memohon, semoga berjaya!

SUMBER:

https://www.kakiproperty.com/apa-itu-rumah-selangorku/

https://mypt3.com/rumah-selangorku

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apa-rumah-selangorku-adakah-saya-layak-16249

Summary
Cara Memohon Rumah Selangorku, Syarat Kelayakan dan Soalan Lazim.
Article Name
Cara Memohon Rumah Selangorku, Syarat Kelayakan dan Soalan Lazim.
Description
Rumah Selangorku adalah satu penjenamaan semula “rebrand” daripada penggunaan nama “Rumah Kos Sederhana” atau “Rumah Mampu Milik”. Sebelum ini, penggunaan nama Rumah Kos Rendah juga pernah ditukar!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: