Now Reading
Cara Memohon Rumah Selangorku dan Syarat Kelayakan.

Cara Memohon Rumah Selangorku dan Syarat Kelayakan.

Rumah Selangorku

Rumah Selangorku merupakan satu penjenamaan semula (rebrand) daripada penggunaan nama Rumah Kos Sederhana atau Rumah Mampu Milik. Malah, penggunaan nama Rumah Kos Rendah juga turut ditukar!

Daftar sekarang! ! Rumah Selangorku Dua Tingkat siap 2024 BANGI untuk  dijual @ Bangi Lama, Bangi, Selangor, Rumah Teres 2 Tingkat dari harga RM  298,888 | PropertyGuru Malaysia

Secara ringkasnya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes”. Rumah yang disediakan oleh pihak KNS akan memberikan keselesaan berdasarkan kepada faktor saiz, rekabentuk dan komuniti.  Objektif utama, dasar perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman yang sempurna’. Jadi, rakyat dan keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik,selesa dan selamat untuk didiami.

Kenapa Rumah Selangorku Diperkenalkan?

  1. Jurang harga yang terlalu besar di antara rumah kos rendah dengan rumah yang biasa di pasaran.
  2. Jenis rumah harga sederhana (RM350,000 kebawah) tidak mempunyai banyak pilihan.
  3. Pembeli yang berpendapatan sederhana dan sederhana rendah tidak mempunyai kemampuan memiliki rumah (khususnya pasangan muda).
  4. Perumahan kos rendah sedia ada tidak memiliki kemudahan yang mencukupi malah rekabentuk kurang menarik menyebabkan penghuni tidak selesa di kawasan perumahan sendiri.
Rumah Selangorku: Semak Kelayakan, Projek Terkini & Cara Mohon!

Cara Memohon Rumah Selangorku

Permohonan Rumah Selangorku kena buat online melalui laman web mereka iaitu http://lphs.selangor.gov.my/

Skim ni lain sikit dari yang ada, sebab korang memang tak boleh buat permohonan Rumah Selangorku melalui borang yang dicetak atau secara peribadi – memang semua kena buat online!

Bila dah daftar akaun, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen kat bawah ni untuk sahkan kelayakan untuk skim perumahan:

  • Salinan kad identiti
  • Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
  • Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
  • Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
  • Salinan bil utiliti
  • Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)

Pemohon Rumah Selangorku dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit dorang.

Kalau pemohon tu berjaya, dorang akan dapat surat atau emel untuk sahkan yang mereka terpilih untuk mendapat rumah dibawah skim ni.

Syarat Kelayakkan

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

Soalan Lazim Rumah Mampu Milik Selangor

1. Adakah permohonan rumah selangorku mudah lulus?

Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang

2. Permohonan saya telah kena tolak, bagaimana cara untuk buat rayuan?

Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan kena reject

3. Bila tempoh dibenarkan jika saya mahu jual semula rumah ini atau sewa pada orang lain skim ini?

Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu tempoh memoratarium 5 tahun

4. Antara senarai dokumen penting yang perlu disediakan?

Anda perlu sertakan dokumen sokongan seperti penyata kwsp, penyata gaji, salinan kad pengenalan, bil utiliti, akaun bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja.

See Also
yayasan bank rakyat

P/S: Jika pendaftaran sebelum ini sudah melebihi 2 tahun, pemohon perlu mohon semula

PP/S : Hati-hati jikalau sudah daftar dan hantar permohonan secara online serta berjaya lulus, tetapi anda menolak tawaran tersebut, maka nama anda akan kena senarai hitam dan blacklist dalam list dan Senarai Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku.

PPP/S: Jika anda mahu kongsikan program rumah mampu milik rumah selangorku dengan kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat anda di Facebook dan Whatapps mereka yang tinggal di Selangor sekarang, dipersilakan

Harap Artikel ini membantu anda untuk memahami cara-cara untuk memohon Rumah Selangorku dengan mudah!!.

SUMBER:

https://mypt3.com/rumah-selangorku

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apa-rumah-selangorku-adakah-saya-layak-16249

error: Content is protected !!