psu 3.0

PSU 3.0 atau nama penuhnya Program Subsidi Upah 3.0 ini diumumkan di Belanjawan 2021 pada 6 November 2020.

PSU 3.0 yang asal hanya merangkumi sektor pelancongan dan runcit, tetapi PSU 3.0 PERMAI terbaru merangkumi semua sektor ekonomi yang dipengaruhi oleh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Antara matlamat PSU 3.0 ini dilaksanakan adalah untuk menyokong kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKP yang menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis.

PSU 3.0 PERMAI ini juga telah ditambah baik apabila sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini meliputi semua sektor yang terkesan oleh pandemik Covid-19 ini.

Program Subsidi Upah 3.0 PERMAI

SYARAT PERMOHONAN PSU 3.0

Berikut adalah syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk membuat permohonan PSU 3.0 ini:

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
  4. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.
  5. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
  6. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.

SIAPA YANG TIDAK BOLEH MEMOHON UNTUK PROGRAM INI?

Berikut adalah mereka yang tidak boleh Dan tidak layak untuk memohon PSU 3.0:

  • Majikan dan pekerja yang belum mendaftar atau memberi sumbangan dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftarkan SSM / ROS / ROB / PBT atau organisasi lain dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  • Majikan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Majikan yang tidak beroperasi di negeri MCO.
  • Pekerja dengan gaji bulanan lebih dari RM4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.

CARA MEMOHON PSU 3.0

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

Untuk langkah ke-6 di atas, anda boleh rujuk di bawah ini dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

SOALAN LAZIM MENGENAI PSU 3.0

Di bawah adalah beberapa soalan-soalan lazim mengenai program ini yang sering diajukan:

1. Apakah syarat tambahan yang diletakkan di bawah PSU 3.0?

  • Perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja yang layak memohon PSU 3.0.
  • Perusahaan di dalam semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP sahaja yang layak memohon PSU 3.0.
  • Industri-industri ini adalah antara industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya pada tahun 2021 dan masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
  • Senarai aktiviti sektor yang berkaitan telah diperincikan di www.myfuturejobs.gov.my

2. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN)?

  • Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
  • Majikan hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah yang betul dan tepat.
  • Majikan perlu memuat turun borang BRN dari portal PRIHATIN melalui capaian di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my, seterusnya mengisi, melengkapkan borang dan dan memuat naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).
  • Kegagalan majikan dalam memberikan BRN yang betul akan melambatkan proses pembayaran subsidi upah.

3. Apakah itu borang Akuan Pengisytiharan PSU 3.0?

  • Akuan Pengisytiharan ini ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.

4. Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah PSU walaupun membuat caruman bulanan PERKESO?

  • PSU adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui pakej PRIHATIN termasuk PSU 3.0 untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

5. Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang
menyertai PSU tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja?

  • Pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my.
  • Pekerja juga boleh membuat aduan berhubung PSU 3.0 di https://eaduansip.perkeso.gov.my.
  • Sebarang masalah perburuhan di luar PSU 3.0, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03 -8886 2409 atau emel di [email protected]

Sekiranya anda ingin memohon untuk program ini, anda bolehlah ikut cara-cara di atas. Jangan lupa semak kelayakan anda dahulu ya! Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Sumber:

https://belanjawan2021.treasury.gov.my/permai/faq/psu-en.html

https://www.ajobthing.com/blog/how-to-apply-for-psu-3.0-under-permai

https://www.perkeso.gov.my/images/permai/psu3/FAQ_Program_Subsidi_Upah_Bersasar_30_PERMAI_190121.pdf

Summary
Cara Memohon PSU 3.0 PERMAI (Permohonan Online)
Article Name
Cara Memohon PSU 3.0 PERMAI (Permohonan Online)
Description
PSU 3.0 atau nama penuhnya Program Subsidi Upah 3.0 ini diumumkan di Belanjawan 2021 pada 6 November 2020.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: