pinjaman koperasi tentera

Pinjaman Koperasi Tentera adalah pinjaman khas yang boleh dipohon oleh semua anggota ATM dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi serbaguna yang ditubuhkan pada Tahun 1960 bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Koperasi tentera menawarkan dua jenis pembiayaan peribadi iaitu berpenjamin dan tidak berpenjamin. Kedua-dua jenis pembiayaan ini mempunyai syarat di mana peminjam atau penjamin mestilah di kalangan Angkatan Tentera Malaysia sahaja. Oleh itu, kami akan memberitahu cara-cara untuk membuat pinjaman di koperasi tentera.

Berapakah Yuran Dan Caj Bulanan?

Pinjaman Koperasi Tentera ini mempunyai yuran bulanan dan caj perkhidmatan yang sama. Untuk yuran bulanan,

  • Pembiayaan sehingga RM15,000 dikenakan caj sebanyak RM30 sahaja sebulan
  • Pembiayaan antara RM15,001 sehingga RM 200,000 dan mempunyai penjamin atau RM100,000 tetapi tidak mempunyai penjamin akan dikenakan caj sebanyak RM40 sebulan.

Manakala, untuk caj perkhidmatan.

  • Peminjam akan dikenakan caj sebanyak RM10 sahaja untuk pembiayaan baharu.
  • Pembiayaan bertindih perlu membayar RM50.

Bagi sesiapa yang ingin membuat semakan CTOS dan CCRIS mereka juga perlu membayar sebanyak RM5 untuk semakan CTOS dan RM7 untuk semakan CCRIS. CTOS dan CCRIS adalah syarikat yang menyediakan laporan kredit bagi pemohon yang digunakan oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon. Namun, CCRIS adalah dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta.

Selain itu, anda juga dikehendaki untuk membayar duti setem iaitu RM5 bagi setiap RM1000 atau sebahagian daripadanya.

Syarat Kelayakan Pinjaman Koperasi Tentera

Pembiayaan Peribadi Berpenjamin

  • Tidak melebihi 20 kali nilai pendapatan kasar pemohon iaitu gaji dan elaun tetap atau tidak melebihi 60% jumlah potongan yang dibenarkan.
  • Pihak koperasi akan mengambil kira mana satu yang lebih rendah di antara kedua-dua nilai tersebut sebelum meluluskan permohonan pinjaman Koperasi Tentera kepada pemohon.
  • Perlu menjadi ahli terlebih dahulu dengan membayar yuran kemasukan sebanyak RM10 atau RM20 untuk kemasukan semula.
  • Perlu membayar modal saham minimum sebanyak RM100 dan juga 6 bulan yuran berjumlah RM180.
  • Dibenarkan untuk membuat pinjaman sehingga ke RM200,000 iaitu jumlah maksimum dan akan mengenakan kadar keuntungan sebanyak 5.65% setahun kepada peminjam.
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan dari 6 bulan sehingga maksima 120 bulan.
  • Pembiayaan sehingga RM15,000, seorang penjamin diperlukan. Manakala, untuk pembiayaan melebihi RM15,001, dua orang penjamin diperlukan.
  • Penjamin mestilah di kalangan anggota koperasi dan masih aktif berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Bagi pemohon di kalangan pesara tentera, dua orang penjamin diperlukan bagi mendapat kelulusan pinjaman dan kedua-duanya mestilah kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang masih aktif.

Pinjaman Peribadi Koperasi Tentera Tidak Berpenjamin

  • Pemohon mestilah di kalangan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia atau kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan, yang telah disahkan perkhidmatan dan memegang jawatan tetap.
  • Tempoh perkhidmatan pemohon mesti melebihi tempoh pembiayaan atau jangka masa pembayaran balik pembiayaan.
  • Pembiayaan ini hanya terhad kepada anggota yang telah mengekalkan keanggotaan mereka untuk tempoh lima tahun atau menyandang pangkat Lans Koperal dan ke atas atau yang setara.
  • Jumlah yang dipinjam hendaklah tidak melebihi 20 kali nilai pendapatan kasar pemohon (gaji dan elaun tetap) atau tidak melebihi 60% jumlah potongan yang dibenarkan, dan mereka akan melihat mana satu yang lebih rendah di antara kedua-dua nilai tersebut.
  • Tambahan caj akan di masukkan ke dalam pembayaran balik pada kadar 0.85% setahun yang dikenakan atas pembiayaan yang telah diluluskan bagi menggantikan penjamin dengan menggunakan konsep Al-Kafalah.
  • Pemohon perlu membayar terlebih dahulu yuran bulanan untuk tempoh minimum iaitu 6 bulan (bagi anggota baharu) atau 12 bulan (bagi kemasukan semula).
  • Amaun yang dibenarkan untuk dipinjam hanyalah sehingga ke RM100,000 iaitu jumlah maksimum. Di mana para peminjam diberi tempoh pembiayaan dari 6 bulan sehingga maksima 120 bulan. Manakala untuk kadar keuntungan pula, pihak koperasi telah menetapkan sebanyak 3.65% setahun.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan Diri (MyKad) pemohon.
  2. Salinan penyata gaji terkini pemohon.
  3. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini (kakitangan awam).

Dokumen yang sama diperlukan bagi penjamin untuk pembiayaan peribadi berpenjamin. Dokumen yang lain mungkin akan diminta bergantung kepada kelayakan.

Cara Memohon Pinjaman Koperasi Tentera

Sebelum anda memohon pastikan anda telah memenuhi syarat-syarat tersebut dan semua dokumen telah disediakan. Permohonan pinjam ini boleh dibuat dimana-mana cawangan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Koperasi Tentera.

Anda boleh muat turun borang permohonan melalui laman web rasmi KT atau secara atas-talian (online) melalui laman web Koperasi Tentera.

Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://therohani.com/pinjaman-koperasi-tentera/

https://pinjamanperibadibank.com/personal-loan/pinjaman-koperasi-tentera/

Summary
Cara Memohon Pinjaman Koperasi Tentera
Article Name
Cara Memohon Pinjaman Koperasi Tentera
Description
Pinjaman Koperasi Tentera adalah pinjaman khas yang boleh dipohon oleh semua anggota ATM dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: