semakan temuduga spa

Sekiranya anda adalah pemohon SPA, pasti anda ingin tahu cara untuk membuat semakan temuduga SPA anda bukan? Kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-caranya.

Bekerja dalam perkhidmatan awam adalah perkara yang diidam-idamkan oleh semua warganegara di Malaysia ini. Jadi, semua proses daripada permohonan, peperiksaan, sehinggalah semakan adalah sangat penting untuk diberi perhatian.

Temuduga SPA ini boleh dibuat semakannya boleh dibuat secara atas talian sahaja. Ini kerana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak lagi mengeluarkan surat temuduga secara pos mulai 1 Oktober 2015.

Sekiranya anda sudah pun membuat permohonan di SPA, anda boleh menyemak untuk temuduga anda secara atas talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Sebelum anda boleh membuat semakan untuk temuduga anda, anda mestilah lulus peperiksaan online atau peperiksaan atas talian yang telah dijalankan oleh pihak SPA dahulu.

Jadi, bawah ini kami kongsikan dengan anda cara-cara untuk anda membuat semakan temuduga SPA untuk memudahkan anda.

CARA MEMBUAT SEMAKAN TEMUDUGA SPA

Keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini akan diberitahu kepada calon melalui emel dan anda juga boleh membuat penyemakan secara atas talian.

Kebiasaannya, keputusan temuduga akan diumumkan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh terakhir temduga dijalankan.

Calon yang gagal sesi temuduga adalah mungkin disebabkan oleh prestasi yang kurang memuaskan semasa sesi temuduga. Contohnya, mungkin calon tidak membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Calonn juga mungkin kurang pengetahuan mengenai jawatan yang ditemuduga, dan mempunyai dokumen yang tidak lengkap.

Selain itu, berkemungkinan juga calon tidak mempunyai personaliti yang bersesuaian dan gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Berikut pula adalah cara-cara untuk anda membuat semakan temuduga SPA anda. Ikuti sahaja langkah-langkah seperti di bawah ini.

Langkah 1

Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://spa9.spa.gov.my

Langkah 2

Setelah memasuki portal tersebut, anda perlu log masuk ke akaun yang telah didaftarkan sebelum ini dan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.

Langkah 3

Setelah anda log masuk ke portal rasmi SPA, terdapat banyak maklumat yang telah pun dikemas kini oleh anda sebelum ini dan terdapat pilihan SEMAKAN PERMOHONAN

Langkah 4

Anda akan lihat paparan menu dan klik butang STATUS PERMOHONAN untuk mengetahui jawatan yang anda pohon sama ada BERJAYA atau GAGAL.

Langkah 5

Jika anda ingin mengetahui status sama ada telah berjaya atau tidak dengan sesi temuduga tersebut, anda boleh melakukan semakan mengikut tarikh dan tempoh keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang telah ditetapkan di https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/keputusan-temu-duga

Langkah 6

Setelah anda layari laman web di atas, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Langkah 7

Keputusan semakan temuduga anda akan dipaparkan berserta jawatan untuk ditemuduga seperti dalam contoh gambar di bawah.

Spa8i Semakan Temuduga, SPA Login Masuk 2021

Mudah sahaja bukan cara untuk membuat semak temuduga SPA ini? Kami doakan anda berjaya dalam peperiksaan online dan temuduga yang akan anda duduki nanti ya. Selamat membuat semakan secara atas talian. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.

Sumber:

https://www.panduanmalaysia.com/semakan-keputusan-temuduga-spa/

https://www.xpresi.org/semakan-panggilan-temuduga-spa-2020-online-terkini/

https://www.permohonan.my/semakan-spa-online-keputusan-peperiksaan/

Summary
Cara Membuat Semakan Temuduga SPA
Article Name
Cara Membuat Semakan Temuduga SPA
Description
Sekiranya anda adalah pemohon SPA, pasti anda ingin tahu cara untuk membuat semakan temuduga SPA anda bukan? Kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-caranya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: