masker tepung beras

Masker tepung beras merupakan antara bahan kebiasaan digunakan oleh orang Asia diwajah. Selain daripada memainkan peranan yang penting dalam menyedapkan sesuatu makanan. Ia juga dipenuhi dengan bahan anti-penuaan dan juga menjadi agen penyerap minyak.

Untuk pengetahuan ia juga mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan termasuklah dalam mencerahkan kulit wajah . Jika anda berkeinginan untuk menghilangkan jerawat dan bitnik-bintik pigmentasi di muka, maka tepung beraslah penyelamatnya.

Kaya dengan vitamin-B membantu untuk menghasilkan sel baru pada kulit wajah. Terdapat banyak manfaat menggunakannya sebagai masker. Berikut merupakan cara untuk membuat masker tepung beras untuk kulit kelihatan lebih cantik.

Masker Tepung Beras

masker tepung beras

Cara membuat masker :

  1. Mula-mula nak buat masker tepung berass kenalah ada tepung berasnya dahulu.
  2. Ambik satu sudu tepung beras dan letakkan didalam mangkuk atau cawan mengikut keselesaan sendiri
  3. Lalu letakkan sedikit air dan bancuh dengan pekat. Jika hendak campur serbuk kunyit atau yogurt / madu / putih telur juga boleh. Pilihan sendiri. Nak original takde campuran apa-apa pun boleh
  4. Kemudian sapu pada muka seperti memakai masker atau seperti pakai bedak ssejuk. Pakai sehingga masker tepung beras itu kering.
  5. Kemudian basuh muka dengan menggunakan air.
  6. Maskernya boleh disimpan hingga keesokan hari.
  7. Amalkan dengan kerap jika boleh pakai setiap hari dan anda akan nampak kesan dia sedikit demi sedikit. Kulit muka juga akan sentiasa nampak segar, lembut dan cerah. Malahan jerawat juga tidak akan muncul lagi.

Cara membuat masker tepung beras dan susu:

  1. Satu sudu besar tepung beras dicampur bersama satu sudu makan susu cair
  2. Digaul dan disatukan sehingga sebati
  3. Kemudian sapu pada wajah dan biarkan selama 15 minit
  4. Bilas muka menggunakan air.
masker tepung beras

Cara membuat masker tepung beras bersama kunyit dan lemon:

  1. Empat sudu makan tepung beras digaul bersama tiga sudu makan perahan jus lemon segar. Lalu letakkan satu sudu makan serbuk kunyit.
  2. Sapukan pada wajah seperti membuat masker dan di urut dengan lembut pada muka.
  3. Biarkan selama 30 minit lalu bilas.

Cara membuat masker tepung beras. Minyak zaitun dan serbuk susu:

  1. Letakkan sepuluh sudu makan tepung beras. Lalu campurkan lima sudu makan serbuk susu. Seterusnya satu sudu makan minyak zaitun.
  2. Setelah gaul letakkan sedikit air ataupun secukupnya untuk dijadikan sebagai masker.
  3. Sapukan pada wajah. Lalu biarkan ia selama 30 minit dan selanjutnya bilas dengan air yang bersih.

Cara membuat masker tepung beras, teh hijau dan lemon:

  1. Dua sudu makan tepung beras di campurkan bersama tiga sudu makan air bancuhan teh hijau. Kemudian ditambah bersama satu sudu perahan jus lemon.
  2. Seterusnya sapukan campuran yang telah digaul sebati pada muka
  3. Biarkan selama 30 minit dan bilas menggunakan air bersih.

Cara membuat masker tepung beras, tepung gandum dan juga madu:

masker tepung beras
  1. Satu sudu makan tepung beras dicampurkan bersama satu sudu teh madu, satu sudu teh oat dan juga satu sudu teh susu.
  2. Sapukan pada wajah dan urut dengan lembut pada wajah
  3. Biarkan di muka selama 15 minit dan bilas dengan air.

Cara membuat masker tepung beras, jeruk dan epal :

  1. Kisar hirisan jeruk dan epak untuk mendapatkan jus nya.
  2. Tiga sudu jus yang telah dikisar dicampurkan dengan 2 sudu makan dadih dan disertai bersama dua sudu makan tepung beras.
  3. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan ia selama 15 minit
  4. Bilaskan muka dengan menggunakan air dan lap sehingga kering.

Cara membuat masker tepung beras, tomato dan juga lidah buaya:

  1. Setengah sudu teh tepung beras diletakkan didalam mangkuk ataupun cawan. Kemudian campurkan bersama satu sudu makan gel lidah buaya,
  2. Setelah digaul dengan sebati, masukkan satu sudu teh tomato yang telah dikisar dengan halus.
  3. Sapukan pada wajah dengan rata dan urut wajah dengan perlahan.
  4. Biarkan wajah selama 30 minit dan bilas wajah menggunakan air.

Terdapat beberapa kebaikan menggunakan tepung beras sebagai masker dan diantara kebaikannya adalah ia dapat menyerap minyak di muka kerana tepung beras mempunyai variasi agen yang mampu menyerap minyak. Selain itu, menjadi kegemaran dan kegilaan semua wanita jika mendapat kulit muka yang putih maka menggunakan ia sebagai masker dapat memuluskan dan memutihkan kulit wajah apabila ia digunakan secara konsisten.

Tambahan pula, tepung beras merupakan bahan semulajadi yang diyakini tiada bahan kimia didalamnya dan itu menjawab persoalan yang bahawa menggunakan ia sebagai masker mampu mengurangkan dan menghilangkan jerawat di muka.

Malahan, bukan sekadar itu sahaja ia juga mampu mengurangkan dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya bukan sahaja dapat menanggalkan sel-sel mati yang terdapat pada kulit namun ia dapat juga menyerikan kulit wajah seperti kelihatan baru atau orang kata seperti kulit telur.

Tepung beras juga mengandungi bahan anti-penuaan yang membuatkan wajah kelihatan lebih muda dari usia dan juga kebaikannya banyak lagi boleh didapati malah cara membuat masker muka menggunakan tepung beras juga amat mudah dan menjimatkan masa. Malahan ia juga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk membuatnya. Untuk mereka yang ingin memutihkan wajah tanpa menggunakan pencuci muka yang mempunyai bahan kimia dan ingin menggunakan bahan semulajadi ia amatlah disaraankan untuk mencubanya. Yang tinggal hanyalah merajinkan diri untuk membuatnya sahaja . Selamat mencuba !

 SUMBER:

https://www.99.co/blog/indonesia/memutihkan-wajah-pakai-masker-tepung-beras

https://food.ndtv.com/beauty/5-diy-homemade-rice-flour-face-packs-for-a-refreshing-and-flawless-skin-1814490

https://www.yoy.my/lihat-wanita-ini-hanya-guna-tepung-beras-untuk-kulit-putih-dan-gebu/

Summary
Cara Membuat Masker Tepung Beras Untuk Kulit Lebih Cantik
Article Name
Cara Membuat Masker Tepung Beras Untuk Kulit Lebih Cantik
Description
Masker tepung beras merupakan antara bahan kebiasaan digunakan oleh orang Asia diwajah. Selain daripada memainkan peranan yang penting dalam menyedapkan sesuatu makanan. Ia juga dipenuhi dengan bahan anti-penuaan dan juga menjadi agen penyerap minyak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: