buat larutan peluntur sendiri
Cara membuat peluntur di rumah mudah sahaja dengan bahan-bahan yang boleh didapati di pasaraya.

Membuat larutan peluntur disinfeksi sendiri untuk menyah cemar rumah adalah mudah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan untuk memulakannya. Peluntur klorin adalah larutan disinfeksi yang tidak mahal, senang diperolehi dan cukup kuat untuk membunuh kuman berbahaya. Menjaga kebersihan rumah sangat bermakna bagi semua keluarga, tapi sangat penting terutamanya bagi individu yang mempunyai keadaan autoimun atau masalah kesihatan lain seperti cystic fibrosis.

Sebelum anda mula menggunakan peluntur di semua tempat, ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa peluntur adalah (caustic) dan boleh mengeluarkan asap yang boleh membawa maut. Sebab itulah peluntur perlu dicairkan terlebih dahulu dan memastikan ia tidak digunakan dalam jumlah yang kuat dan tidak dicampur dengan larutan dan kimia lain.

Pusat Kawalan Penyakit mengesyorkan kuantiti peluntur dan air yang berbeza bergantung pada apa yang dibersihkan. Pastikan anda mengikuti setiap langkah tersebut untuk membuat larutan peluntur yang selamat dan berkesan seperti keperluan anda.

Senarai bahan-bahan

Membuat larutan peluntur sendiri untuk menyah cemar rumah adalah mudah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan untuk memulakannya:

  • Botol spray
  • Cawan penyukat
  • Kain basah
  • Sarung tangan getah
  • Peluntur rumah
  • Air

Setelah mengumpulkan kesemua bahan-bahan tersebut, mencampurkannya dengan selamat memerlukan sedikit persediaan.

Kaedah membuat larutan peluntur disinfeksi

Peraturan pertama untuk membuat larutan peluntur disinfeksi adalah sama ada keluar dari rumah atau mencari bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik. Peluntur yang kuat mengeluarkan asap toksik dan jangan gunakannya dalam ruang yang kecil dan tertutup.

Selain itu, anda disyorkan untuk memakai pakaian dan kasut yang anda tidak kisah jika tertumpah peluntur. Ikat rambut anda dan pakai sarung tangan getah bagi keselamatan tambahan.

Seterusnya, menyukat dan mencampurkan bahan-bahan:

  1. Bersihkan permukaan keras seperti meja
  2. Campurkan 1 cawan (240 mililiter) peluntur bersama 18.9 liter air.
  3. Untuk membuat larutan 1:10 bagi menyah cemar peralatan perubatan yang mungkin dicemari oleh COVID-19, anda memerlukan 1 bahagian peluntur bagi setiap 9 bahagian air.
  4. Berhati-hati ketika menuangkan peluntur ke dalam botol spray, kemudian tambah air. Mencamurkan kedua-dua larutan ini dalam cara ini boleh mengelakkan daripada peluntur tertumpah atau terpercik pada diri anda. Sekiranya kulit anda terkena peluntur, lapkan dengan kain lembap.
  5. Apabila bahan-bahan telah dicampur, letakkan penutup botol tersebut dan kocak sedikit kandungannya.
  6. Selepas itu, larutan anda sedia untuk digunakan.
  7. Anda boleh juga membasuh permukaan botol dengan menggunakan sabun dan air suam sebelum menggunakan peluntur itu.
  8. Selepas menyembur peluntur pada permukaan yang dibersihkan, biarkan ia kering sendiri.

Jangan sesekali mencampurkan bahan lain ke dalam larutan peluntur.

3 produk yang perlu dielakkan dicampur dalam peluntur:

  • Campuran ammonia dan peluntur menukarkan klorin dalam peluntur kepada gas chloramine. Menghidu asap ini boleh menyebabkan batuk, kesukaran bernafas dan pneumonia.
  • Kompaun asidik seperti cuka atau pencuci tingkap menghasilkan gas klorin apabila dicampur bersama peluntur. Pendedahan berlebihan boleh mengakibatkan sakit dada, muntah dan kematian.
  • Alkohol bertukar menjadi kloroform apabila dicampurkan dengan peluntur. Menghidu kloroform boleh mengakibatkan kepenatan, pening dan pengsan.
  • Larutan peluntur klorin akan hilang kuasa menyah cemar apabila terdedah kepada haba, matahari dan evaporasi. Bagi mengekalkan kekuatan larutan peluntur anda, buat peluntur baru setiap hari dan buang sisa semalam. Jauhkan dari kanak-kanak.

Secara alternatif, anda boleh membeli larutan pembersih ringan yang mengandungi peluntur dalam kuantiti sedikit di kedai. Dengan itu, anda boleh mengelakkan kecederaan tidak diingini.  

SUMBER

https://www.cloroxmalaysia.com/resources/coronavirus/how-to-make-your-own-disinfecting-solution/

https://www.wired.com/story/coronavirus-disinfectant-cleaning-guide/

Summary
Article Name
Cara Membuat Larutan Peluntur Disinfeksi
Description
Membuat larutan peluntur disinfeksi sendiri untuk menyah cemar rumah adalah mudah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan untuk memulakannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: